Pages

Thursday, July 19, 2012

Wanita Angin

Hari ini aku tengok kalender, dah 19 Julai 2012. Betapa cepatnya masa berlalu. Diam tak diam dah separuh tahun lebih dah masa berlalu. Dulu, selalu dengar kata 2012 nanti akan berlaku kiamat. Siap ada filem 2012 lagi. Tilikan masyarakat mayan (orang Afrika) yang menyatakan kemusnahan besar dunia ini akan berlaku tahun 2012. Pastu banyak lagi cerita-cerita mengenai kemusnahan dunia atau kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ni. Walaubagaimanapun, bukan berkenaan kiamat yang aku nak cerita, selagi dunia belum berakhir, aku perlu tetapkan hala tuju hidup aku.Ada dunia lain yang lebih lama, yang lebih kekal abadi yang akan aku huni selepas ini. Sebelum aku rancang itu ini tiba-tiba aku terasa nak tengok karekteristik aku melalui tarikh lahir@bintang kelahiran. Bukan nak percaya 100% pun, tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu aku mengenali diri ini. Macam cerita-cerita kiamat, semua orang percaya kiamat akan berlaku (salah satu rukun iman) jadi, cakap-cakap orang berkenaan kiamat sekurang-kurangnya menyedarkan mereka-mereka (termasukla aku) agar bertaubat, mengukuhkan iman dan melakukan kebaikan dengan sedikit masa yang kita ada. Jika tiada peringatan, orang akan lalai dan hanyut dengan arus hidup mereka sendiri.

Setelah meng'gugel' dan menyelongkar emel, aku jumpa balik benda ni. Ada yang dalam BI, tapi panjang berjela. Aku ambik yang ni sebab pendek dan mudah faham. Wanita angin rupanya aku, patutla mudah nak angin je, hahahaha....

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
-Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Macam ni rupanya sifat wanita angin. Walaubagaimanapun, ambil yang positif. Jadikan diri kita yang terbaik. Amin!
 





Tuesday, July 17, 2012

Cacamarba Di Pagi 27 Sha'aban

Aku nak mandi tapi air takde, lampu bilik air terkelip-kelip. Aku takut, pastu mintak hasben temankan mandi kat bilik air lain (tapi sebenarnya rumah aku ni ada satu je bilik air). Yang peliknya, aku boleh goreng ikan haruan sambil mandi! Hasben aku dok lipat kain baju. Tengah mandi sambil goreng ikan, tiba-tiba mak dengan adik datang umah nak ukur rumah, katanya nak pilihanraya ni, orang nak bagi bantuan buat rumah. Tengah terbongkok-bongkok mengukur tu la aku terbangun dari tidur.. Mimpi rupanya! Hahahaha!! Tengok jam baru pukul 2.51pagi. Tapi aku rasa pelik aje mimpi aku ni. Lawak pun ada. Ah! Lupakan, mimpi mainan tidur.

Sekarang dah pukul 4.27pagi, mata aku masih tak ngantuk. Kejap lagi nak bangun sahur. Puasa ganti di waktu-waktu kecemasan, huhuhu.. Takpelah, sekurang-kurangnya bole praktis puasa masa pregnen ni. Masa mengandungkan Mawar dulu, aku tak jumpe bulan puasa, so tak tau macam mana rasanya. Sekarang baby dalam perut dah 5 bulan, dia pon dah praktis puasa dengan aku dalam 7 hari dengan cemerlang, kira lulus la untuk bersedia puasa selama sebulan. Malam ni baby banyak bergerak, tak tau la kenapa. Sebenarnya sejak seminggu ni aku selalu terjaga dalam pukul 3,4 pagi dan time tu la si baby ni main bola. Wah, seronok ye berjaga malam-malam! Nanti bila dah lahir, malam-malam awak tido ye.. Hehehe..

Saturday, June 30, 2012

Ceritera : Kelahiran Mawarku Ke Dunia

Kelmarin bukak facebook, aku tengok ada beberapa orang kawan yang “mengupdate “ status facebook masing-masing dengan berita gembira menimang cahaya mata. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Muhammad. Bila tengok baby-baby yang baru lahir ni, terkenang la pulak Cik Mawar sekuntum masa dia baru lahir. Syahdu rasa.

Sebelum lebih banyak urat terputus yang akan menyebabkan aku terlupa, baik aku coretkan alkisah masa Mawar nak dilahirkan.

Alhamdulillah, pengalaman mengandungkan dia 38 bulan tanpa sebarang masalah. Tanpa mengidam pelik-pelik (hampir tiada apa yang diidamkan kecuali rambutan, hahaha).

Aku mula rasa sakit-sakit ala-ala senggugut tu masa hari Jumaat lebih kurang pukul 2 pagi. Masa tu aku tengah tengok World Cup 2010 (German lawan apa aku dah tak ingat). Aku sorang kat rumah sebab En. Abah keluar jumpa kawan. Aku siap ambik kala rasa sakit tu. Ye la, dah 38 minggu memang dah boleh meletup bila-bila masa. Hasil pembacaan kat blog-blog banyak yang kata kekerapan rasa sakit tu akan jadi antara 5-10 minit sekali sakit. Tapi aku tak kerap sebab dari sakit yang kedua tu, 15 minit baru rasa balik, tu pun rasa macam perut masuk angin. Aku pergi dapur makan roti dengan milo. Sambung balik tengok bola pastu SMS En. Abah. “Abg, mlm ni baby mcm lain mcm sikit. Ada rasa sakit sikit-sikit mcm senggugut tapi tak kerap. Abah kat mana tu?”. Lebih kurang gitu la SMS aku. En. Abah balik pukul 3pagi lebih kurang. Dia tanya nak ke hospital tak? Tapi aku macam malas sebab pagi-pagi buta. Lagipun belum kerap pun rasa sakit tu. Oh lupa, rasa sakit tu dipanggil ‘contraction’. Aku kata tidur la dulu. Esok kalau rasa sakit boleh pergi hospital.

Esoknya, Sabtu, aku bangun pagi tapi rasa biasa. Kemudian sambung tidur sampai pukul sebelas (sekarang dah tak boleh macam tu lagi dah….huhu). Semasa nak buang air sekali keluar darah (istilah perubatannya dipanggil “show”). Auw! Berderau darahku. Terus jantung berdegup kencang. Aku panggil En. Abah yang terpisat-pisat. Terus dia suruh aku pergi bersenam naik eliptikal, ada ke patut? Hahaha… Dia tengah mamai tapi excited. Aku mandi dan bersiap untuk ke hospital, HUKM. Kami bawa semua keperluan (kot-kot kena tahan wad terus). Sampai di unit kecemasan untuk ibu bersalin, aku pun diperiksa doktor. Doktor pelatih pun ada. Tanya itu ini. Aku layankan aje sebab aku tahu, diorang belajar. Doktor kata jalan belum bukak. Dia bagi aku 3 biji botol pastu suruh datang hari Isnin bawak botol-botol tu atau datang bila rasa contraction kerap (selang 5 minit sekali).

Fuh! Perasaan makin berdebar. Masa tu dah pukul 12.30 tengahari. En. Abah ajak pergi makan. Katanya makan besar sebelum aku bersalin. Jom! Aku setuju je bab makan-makan ni. Kami makan di restoran nasi arab. Aku makan kebab kambing dengan nasik segunung. Siap sempat rasa shisha yang abah pesan, hehehe… Lepas tu baru call mak, nenek, mama dan segala bagai makcik-makcik di kejiranan Cheras tu. Balik makan, aku terus balik rumah, sempat singgah kedai beli beras sebab mak akan datang dari kampung untuk jaga masa aku berpantang. Sebenarnya contraction aku ada rasa sepanjang masa tu, cuma kekerapan dia selang 15 minit, 20 minit. Sampai rumah, mak kata dia dah dalam perjalanan dari Melaka. Aku pun mengemas rumah, sapu sampah, bersenam atas eliptikal pastu solat. Petang tu dalam pukul 6, aku dah rasa makin kerap contraction. Selang 10 minit. Aku bagitau mak dengan En. Abah, mungkin dah masanya kot. Kami semua ke HUKM. Sekali lagi pergi ke tempat kecemasan ibu-ibu. Kali ini, doktor kata dah bukak 2cm dan aku kene duduk wad. Makin berdebar aku dibuatnya. 7.30 aku masuk wad. Doktor kata, pukul 12malam nanti akan datang periksa. Lamanya! Contraction makin kuat dan kerap tapi aku masih boleh bertahan. Aku makan nasi goreng ayam kunyit yang En. Abah tapau, habis sepolistrin. Mak temankan aku sampai pukul 10.30 malam sebab waktu melawat dah habis. Tinggal la aku sorang-sorang kat katil dengan pesakit-pesakit yang lain (HUKM tiada pengkelasan wad. Semua orang sama taraf). En. Abah kata dia duduk kat luar tunggu aku. Sementara tunggu pukul 12, aku jalan-jalan keliling wad, tegur-tegur orang. Pusing sana-sini (orang kata kalau banyak berjalan mudah bersalin, tu yang aku buat tu…). Akhirnya sampai jugak pukul 12 (memang penantian suatu penyeksaan!).  Dah dengar suara doktor, tapi masih belum sampai turn aku. Masa tu kalau contraction, rasa tak boleh bergerak dah, sakit sangat.

Pukul 12.30 baru nurse datang panggil aku suruh masuk bilik pemeriksaan. Doktor check, dia kata dah buka 5cm. Dia akan pecahkan air ketuban. Aku senyum je la. Doktor tu sangat lembut, perempuan India, baik je. Terasa hilang sakit sekejap. Lepas dia pecahkan air ketuban, katanya aku dah boleh masuk bilik bersalin. Husband pun dah boleh ikut masuk sekali. Aku pun SMS En. Abah ajak dia masuk. Pukul 1.15 aku masuk bilik bersalin. Nurse dengan doktor-doktor pelatih sibuk pasang alat itu ini. Aku dah seram sejuk (aircond kuat sangat…-ke aku nervous??-). En. Abah tenangkan aku (thanxs sayang kerana berada disisiku selalu). Tiba-tiba aku rasa contraction kuat sangat. Menggigil tangan. Diaorang bagi aku gas (sedut guna corong) untuk hilangkan rasa sakit katanya tapi macam takde kesan pon. Nurse kata kalau sakit sangat dia boleh bagi suntikan epidural. Aku kata suntik la, sakit sangat dah ni. Aku tanya, bila doktor akan datang check? Dia kata pukul 4 pagi. Apa?? Pukul 4 pagi?? Dengan sakit macam ni, aku tak boleh nak bayang macam mana nak tahan sampai pukul 4 pagi! 5 minit lepas nurse tu suntik, aku tiba-tiba rasa macam nak meneran, masa tu air ketuban semua terpercik keluar sampai aku jerit sekuat hati, "Doktorrrrr....." hahaha...lawak gile bila ingat balik. Berlari nurse-nurse datang tengok aku. Aku cakap macam nak keluar je ni. Diorang terus siap-siap pakai glove dan ajar aku cara nak meneran. Sekali lagi rasa sakit datang, aku teran sekuat hati. En. Abah bisik bagi kata semangat sambil tu bagitau yang dah nampak ubun-ubun dah! Wah, aku pon makin semangat push sampai keluar kepala, fuh! Time tu segala macam zikir keluar sampai last sekali aku jerit "Hiyaaaarghhhhh" hahahaha!.... Sekali lagi teran untuk keluar bahu and jeng..jeng...jeng..keluarlah Cik Mawar ku sayang! Aku masuk 1.15 pagi, aku bersalin 1.37 pagi, alhamdulillah, mudah dan sekejap. Berkat berselawat dari mula masuk wad sampai ke bilik bersalin.


Bermula saat itu, bergelarlah aku seorang ibu dengan rasminya... Syukran Lillah... Bila tengok muka si comel ni, hilang semua sakit yang aku rasa. Itulah nikmat seorang ibu. Sempena ulang tahun kelahirannya yang kedua, aku berdoa agar dia diberikan kesihatan yang baik, membesar sebagai johan dan menjadi anak yang solehah. Ibu sayang kamu wahai Mawar Zahra...

Monday, June 18, 2012

Aku Malas

Aku dah lama tak update blog ni, cuma mungkin pagi ni aku terpanggil nak menulis mungkin sebab tengah rasa geram, boleh?? Hahaha... Sebenarnya dah lama dah aku rasa geram je dengan bos aku ni sebab dia selalu mintak aku itu-ini kalau dia tengah bermesyuarat! Bukan aku nak melawan, tapi aku sendiri pelik kalau nak mesyuarat tu, prepare-lah awal-awal. Kalau sekali dua jadi macam ni, aku tak kisah. Tapi bila dah banyak kali, mula la aku rasa hangin... Tempoh hari ada mesyuarat dengan KP, dia kalut-kalut mintak aku senarai projek IBS. Aku sedut je dari sistem, ada beratus projek, aku dah susun cantik-cantik tapi rupa-rupanya dia nak summary je. Aku naik ke bilik semula buat summary pulak! Lepas tu, masa tengah mesyuarat call, mintak hantar report projek. Macam la guna sangat benda tu masa mesyuarat. Dan hari ini, aku masuk sekali dalam mesyuarat, bersama big bos jugak, pastu tiba-tiba dia bagi note: "Dapatkan Laporan Perbelanjaan Mei 2012". Sambil hulur note ke aku, sambil tu dia kata nak hardcopy punya. Bila hardcopy, dah tentu aku kena balik ofis untuk print kemudian masuk semula ke bilik mesyuarat. Letih tau tak?? Kenapa pagi tadi kau tak mintak siap-siap?? So, sebagai tanda aku dah malas, aku turun ke ofis dengan membawa buku nota aku, aku printkan hardcopy report dan kemudian aku hantar ke bilik mesyuarat. Aku mintak tolong kawan yang ada mesyuarat sekali dalam tu untuk bagi pada dia dan kemudiannya aku masuk semula ke ofis! Hahaha... Tak payah masuk mesyuarat lagi.. Malas aku. Esok ada site visit ke Melaka. Jangan nanti masa site visit pun dia mintak aku report, boleh?? Hahahaha... Bos aku ni ok je sebenarnya tapi bila part ni yang aku 'maleh' sikit dengan dia ni. Hmmm....

Saturday, May 26, 2012

Cadar Baby

Haritu dah sarung bantal, now sarung tilam a.k.a. cadar pulak. Aku selalunya gunting kain untuk buat macam-macam pastu jahitnya kemudian. Kemudian tu makan masa minggu jugak sebab yang free weken je. Kalau hari biasa nak buat malam-malam agak susah sebab Mawar takkan senang hati biarkan aku duduk menjahit sedangkan dia kena tidur. Nak buat time dia dah tidur, aku pulak dah ngantuk sebab nak kene bangun pagi keje pulak. Jadinya bermula Jumaat malam Sabtu membawa ke hari Ahad, bila-bila ada free aku akan mencilok untuk menjahit. Itu yang kadang-kadang aku boleh lupa kain tu aku potong nak buat apa sebenarnya. Ukuran macam mana dan sebagainya. Di sebabkan dah terkena haritu (awal-awal excited, semua buat by heart je) jadi aku pun dok tulis ukuran-ukuran dan tanda sikit-sikit pada kain.

Tengoklah buku yang aku tulis ukuran tu, "cantik" aje kena conteng dengan pembantu peribadi aku! Huhuhu...

Ni rupa cadar yang dah siap dijahit untuk tilam saiz baby. buat 2 helai, sama je coraknya. Sebenarnya terlebih beli kain pastu dah tak tau nak buat apa, buat cadar je la semua, hahaha....

Saturday, May 19, 2012

Selimut Cik Kak Dan Adik

Masa beli kain-kain untuk dibuat sarung bantal, cadar dan bermacam lagi projek aku, aku belikan sekali kain cotton untuk dijadikan selimut buat Cik Mawar. Aku beli semeter setiap corak. Kakak selai, adik selai. Masa nak potong-potong kain tu, aku tunjuk kat Mawar, bagitau yang ni untuk kain selimut Mawar, yang ni adik punya... Dia berulang kali lalu lalang pastu cakap, "Wah! Antiknyer... Ni kakaknyer, ni adiknyer" Pastu dok gomol-gomol kain tu. Alahai, comelnya aku rasa. Dia dah faham dah apa aku cakap cuma aku je yang tak faham apa yang dia cakap kalau dia mula "membebel", huhuhu... 

Tapi sebenarnya Mawar jenis yang tak pakai selimut masa tidur. Walau ngantuk macam mana sekalipun bila dia dah tidur, kalau aku selimutkan dia, tak sampai 2-3 minit dia dah tendang kain tu ke tepi, hahaha... Tapi sekarang aku akan cuba pujuk dia untuk pakai sebab nak kena biasakan dari kecik, lagipun dia anak perempuan, kena berselimut. Tu sebab asyik puji kata selimut dia cantik, comel. Malam tadi dah mula pakai selimut tu tapi macam biasa, seminit dua je, pastu dia tarik selimut tu gumpal-gumpal (buat bentuk bergulung macam bantal dah) pastu dia tutup telinga dia. Bila dia dah tido, aku selimutkan semula, bila tengah malam terbangun selimut tu dah ke mana-mana ntah, hahaha... Tapi takpe, perlahan-lahan nanti dia akan berselimut jugak. :)

Wednesday, May 9, 2012

Senyum Sendirian

Hari ini bosan-bosan di ofis. Tiba-tiba teringat nak print resepi buat biskut biskutan. Memandangkan nak raya nanti, boleh la aku praktis awal-awal (ceh! beraya ingat, puasa dah habis ganti ke belum??), hehehe...

Rupa-rupanya resepi ada dalam netbook kat rumah. So, aku buka la emel kot kot la emel asal yang dapat dari kawan tu masih ada. Sedang mencari-cari tiba-tiba aku ternampak emel lama. Lamaaaaa emel tu, sekitar Mac 2006. Dah 6 tahun emel tu ada lagi dalam inbox yang sebenarnya aku dah simpan dalam folder khas. Emel berbalas-balas dengan seseorang. Kemudian beberapa siri emel dengan orang yang sama tapi tajuk berlainan. Wah, emel itu mampu membuatkan aku tersenyum sendiri! Gedik rasa...hahaha... 

Emel pertama aku yang beri pada dia untuk bagi link website@forum untuk bersosial dengan bekas kawan-kawan sekolah menengah kami (kami sesekolah dulu) dan juga cerita pasal reunion yang akan dibuat nanti. Kemudian dibalas-berbalas dengan tanya khabar, terbabit cerita kawan-kawan kawin, dia ajak jumpa untuk belanja makan (nak memancing la tu...hehehe). Kemudian dalam 2 bulan tidak beremel. Mungkin masa tu kami dah berhubung pakai telefon rasanya. Kemudian banyak lagi emel-emel rentetan, tuju-tuju lagu dan lain-lain lagi yang tak perlu aku cerita, huhuhu... Memang emel-emel itu mebuatkan aku tersenyum memandangkan aku beremel dengan dia dengan bahasa diri "kau-aku". Tapi dia lebih lembut dan santun dengan "saya-awak". 

Ah! Semua ini gara-gara aku sedang menghadam novel "Perempuan Nan Bercinta" karya Dr. Faisal Tehrani yang aku beli di Pesta Buku tempohari. Selamat membaca untuk diriku.

Tuesday, May 8, 2012

Certot : Semak!


Engkau. Ye engkau! Engkau tahu tak bahawa aku ini bukan seperti engkau? Engkau tahu tak bahawa hidup aku bukannya 100% malah 50% pun tidak untuk dicurahkan dengan menjadi hamba kerja?Agenda hidup aku bukan setakat hanya di pejabat.  Aku datang ke tempat kerja hanyalah menunaikan tanggungjawab aku untuk mencari rezeki. Jika ada hal berebut karpet, penyapu dan kertas di seputarku selagi tidak menjejaskan periuk nasi aku, ada aku kesah? Asalkan tidak mengganggu hidup aku, asalkan tidak menjejaskan rezeki aku, tidak kuasa aku nak kesah!

Maaf andai engkau tersinggung. Aku sudah semak dengan ngomelan-ngomelan engkau yang tidak berkesudahan. Apa yang engkau dapat dengan mengomel itu ini pasal dia? Lagi kerap engkau bercerita pasal dia, lagi kerap jugalah dia akan “menari-nari” di depan mata engkau. Engkau tahu tak? Tau tak? Semakin banyak engkau sebut nama dia, semakin banyak engkau bercerita pasal dia, semakin banyak pahala dia dapat? Semakin banyak dosa engkau dapat? Dan semakin semak aku yang mendengarnya. Mula-mula dulu, aku pun meluat dengan mereka-mereka, tetapi apa guna aku rosakkan hati aku dengan merasa jaki kepada mereka? Apa yang aku dapat? Semak! Maka, tidak bolehkah engkau berlapang dada? Tidak bolehkah engkau lantakkan sahaja dia-dia itu? Jika dia-dia itu mengganggu periuk nasi engkau, mengganggu engkau membuat kerja, cakaplah terus terang dengan dia. Jangan cakap dengan aku lagi. Semak! Banyak lagi hal lain yang aku boleh fikir. Banyak lagi hal lain yang boleh dibicarakan untuk menambah pahala.

Moga engkau mengerti.

Monday, April 23, 2012

Ayu's Pizza

Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mengisi masa dengan membuat pizza!... Cuti hari pertabalan agung. Maka makan lah makanan agung ini, hahaha.... Aku tengok banyak je cara-cara dengan resepi membuat pizza simple kat internet. Hasil gabungan beberapa cara dan resepi, maka terhasil lah pizza ni... Rasa dia best! macam nak buat hari-hari je, tapi nak menguli tu yang malas sikit. Hehehe...


Pavlova je masih belum buat... Mood memasak macam terhenti seketika sebab sekarang sedang teruja untuk belajar menjahit... Hehehe...

Monday, April 9, 2012

Red Velvet??

Kenapa tajuk ada tanda soal? Hahaha... Sebenarnya aku tak pernah rasa kek red velvet yang sebenar. Yang aku pernah rasa red velvet ni adalah froyo tutti frutti. Biasala kan, ada oven, jadi semangat membakar berkobar-kobar. Aku mencari bahan semua bagai nak dekat seminggu baru cukup semua. Aku ikut resepi dari blog yang aku 'google-google' kat internet ni kat sini dengan kat sini. Klik la kalau nak tau resepi dengan cara-cara nak buat.
Aku buat hari ahad, time tu mertua aku ada di KL. Dah la 1st time buat, siap nak bagi orang rasa, sungguh tidak agak-agak aku ini! hahaha... Tapi, kira boleh la jadi dalam 80% kot kek tu. Cream cheese dia macam cair. Pastu buat dua lapis tapi macam layer tak menjadi je. Dah la tak pernah sapu cream cheese, selekeh sungguh (sila abaikan ye...) Siap buat dua jenis, satu kotak satu bulat! hahaha...


Apa-apa pun, aku telah berjaya mencubakan diri membuatnya. Tahniah untuk diri sendiri! :D. Lepas ni projek pavlova pulak. Mungkin weken ni boleh buat, tengok resepi macam senang je...huhuhuhu...