Semasa aku menulis entry ni, kejadian dah 4 hari
berlaku. Rasa marah mungkin sudah reda, tapi rasa terkilan dan kecewa masih
ada. Alkisahnya pasal motor Honda EX5 yang dipinjam oleh suamiku dari pakciknya
(Pakman) untuk ke tempat kerja. Usia motor tu duduk kat bawah rumah yang
aku duduk tu baru 20 hari. Sedih betul! Motor tu dah la bukan kami yang punya. Dah
la Pakman beli motor tu semata-mata untuk letakkan “nombor plat cantik” buat
sementara waktu sebelum dia beli kereta baru
Hari Khamis (18.10.12) hasben balik rumah dalam pukul
8 malam dengan hujan sepanjang perjalanan. Hari Jumaat aku cuti sebab Achik
pergi bercuti ke Singapore jadi aku jaga Mawar kat rumah. Hasben pergi keje
guna kereta. Motor duduk elok kat bawah rumah (rumah flat yang bawah dia ada
tempat letak motor, boleh bayangkan??) Malam tu dia balik lebih kurang pukul
8.45 sebab jalan jem. Hujan dan ditambah pula hari Jumaat memang jem la
mana-mana jalan pun. Masa balik tu dia sempat jeling motor yang sedang duduk elok
kat situ. Hari Sabtu dalam pukul 11pagi dia keluar nak cari makanan untuk “brunch”
sekali tengok motor dah takde!! Aku turun ke bawah dan kami sama-sama
round-round keliling rumah tu untuk tengok-tengok kot-kot ada yang ambik pastu
letak kat tempat lain ke... Tapi memang takde la kan...Masing-masing diam tak
terkata. Macam-macam perasaan ada tapi tak tau nak cakap macam mana.
Pakman dengan Achik, hari Ahad baru balik. Bila dia balik petang Ahad tu,
hasben aku pergi mengadap diorang sebab rasa macam tak sedap hati je nak
bagitau guna telefon. Pakman takde kat rumah ada urusan, yang ada Achik. Dia
gelak je sudahnya sebab benda dah jangka. Mula-mula dia bagi pinjam memang
nampak dan rasa dia seperti keberatan nak bagi pinjam motor tu sebab dia tau,
motor EX5 memang yang jenis mudah kena curi dan memandangkan kami pula tinggal
di rumah flat yang tahap keselamatannya 50-50... Tapi, mungkin dah takde
rezeki. Nasib baik nombor motor boleh dipakai semula tapi ada beberapa proses
yang dia kena buat. Tak pasal-pasal dah menyusahkan orang. Dah la Pakman dan
Achik tu dah banyak menolong kami. Mungkin pada Pakman, tak menjadi kudis pasal
harga motor sebab dia kaya. Mungkin boleh dipanggil jutawan sebenarnya. Tapi
kami yang rasa sangat-sangat terkilan. Ada Pak Guard kat pagar utama pun tak
guna! Kejenya tukang bukak palang gate je.. Bila cakap motor hilang, dia kata,
oh, kat sini memang dalam sebulan 5-6 biji motor hilang. Boleh buat statistik
lagi kau, tapi kau dok buat bodo je biar orang bawak lari motor keluar. Ke kau
ada bersekongkol? Mula la aku nak buat tuduhan liar ni......
Sejak duduk situ hampir 4 tahun, cermin kereta aku pernah 2x pecah. Kali
pertama ada orang baling botol arak dari tingkat 5, kene cermin depan kereta aku.
Nasib baik tau siapa orangnya jadi kami mintak gantirugi (masa tu cermin kereta
belum diinsurankan). Sekali lagi ada orang baling batu kene cermin belakang
pulak. Time tu cermin kereta dah diinsurankan so boleh claim insuran. Sekarang
tiap-tiap tahun aku insurankan aje cermin kereta. Kemudian, awal tahun aritu,
no plat kereta aku pulak kene curi. Oii, no plat pon nak curi ker bangang??
Ish! Sib baik tengah pregnen, kalau tak macam2 perkataan dah keluar,huhuhu....
Pastu sekarang ni motor pulak kene curi. Sampai tak terkata dah.
Mungkin dah tiba masanya untuk aku berhijrah. Bukankah Rasulullah juga
berhijrah untuk ke arah yang lebih baik? Semoga aku menjumpai tempat ‘penghijrahan’
yang lebih baik. InsyaAllah... Salam Maal Hijrah (walaupun raya haji pun
belum :) )
nak gelak pun ade kesian pun ade hehe..
ReplyDeletegelak baca wording ko ni le haha!! teringat zaman U dulu..
kereta kancil buruk aku tu pun org gi amek cover tayar tu. dah la jadi bertambah buruk dgn karat maratnye hehe.. dok apartment yg org2nye mentality kelas rendah kot.. dicalar2 kereta aku, dented kat bumbung ntah kene baling ngan ape.. kuah roti canai pun org campak dr atas kene kereta aku.. hampagas betul diorg ni..
insyaAllah ade rezeki aku pindah gak.. jauh la dari tengah bandar ni...moga itu yg terbaik :)
Weh, kt U dulu ada karang mengarang ke? hahaha... Tengah sedih memang ayat munge2 sentimental je... :)
DeleteBetul tu, duduk dengan org yg mentaliti kelas ketiga (bak kata adik aku) memang cmni la jdnya...
Slmt berpindah, tp ko pindah lps bersalin nnt kan? aku pindah mungkin awal bulan depan, tengah cari umah...