Pages

Wednesday, May 9, 2012

Senyum Sendirian

Hari ini bosan-bosan di ofis. Tiba-tiba teringat nak print resepi buat biskut biskutan. Memandangkan nak raya nanti, boleh la aku praktis awal-awal (ceh! beraya ingat, puasa dah habis ganti ke belum??), hehehe...

Rupa-rupanya resepi ada dalam netbook kat rumah. So, aku buka la emel kot kot la emel asal yang dapat dari kawan tu masih ada. Sedang mencari-cari tiba-tiba aku ternampak emel lama. Lamaaaaa emel tu, sekitar Mac 2006. Dah 6 tahun emel tu ada lagi dalam inbox yang sebenarnya aku dah simpan dalam folder khas. Emel berbalas-balas dengan seseorang. Kemudian beberapa siri emel dengan orang yang sama tapi tajuk berlainan. Wah, emel itu mampu membuatkan aku tersenyum sendiri! Gedik rasa...hahaha... 

Emel pertama aku yang beri pada dia untuk bagi link website@forum untuk bersosial dengan bekas kawan-kawan sekolah menengah kami (kami sesekolah dulu) dan juga cerita pasal reunion yang akan dibuat nanti. Kemudian dibalas-berbalas dengan tanya khabar, terbabit cerita kawan-kawan kawin, dia ajak jumpa untuk belanja makan (nak memancing la tu...hehehe). Kemudian dalam 2 bulan tidak beremel. Mungkin masa tu kami dah berhubung pakai telefon rasanya. Kemudian banyak lagi emel-emel rentetan, tuju-tuju lagu dan lain-lain lagi yang tak perlu aku cerita, huhuhu... Memang emel-emel itu mebuatkan aku tersenyum memandangkan aku beremel dengan dia dengan bahasa diri "kau-aku". Tapi dia lebih lembut dan santun dengan "saya-awak". 

Ah! Semua ini gara-gara aku sedang menghadam novel "Perempuan Nan Bercinta" karya Dr. Faisal Tehrani yang aku beli di Pesta Buku tempohari. Selamat membaca untuk diriku.

Tuesday, May 8, 2012

Certot : Semak!


Engkau. Ye engkau! Engkau tahu tak bahawa aku ini bukan seperti engkau? Engkau tahu tak bahawa hidup aku bukannya 100% malah 50% pun tidak untuk dicurahkan dengan menjadi hamba kerja?Agenda hidup aku bukan setakat hanya di pejabat.  Aku datang ke tempat kerja hanyalah menunaikan tanggungjawab aku untuk mencari rezeki. Jika ada hal berebut karpet, penyapu dan kertas di seputarku selagi tidak menjejaskan periuk nasi aku, ada aku kesah? Asalkan tidak mengganggu hidup aku, asalkan tidak menjejaskan rezeki aku, tidak kuasa aku nak kesah!

Maaf andai engkau tersinggung. Aku sudah semak dengan ngomelan-ngomelan engkau yang tidak berkesudahan. Apa yang engkau dapat dengan mengomel itu ini pasal dia? Lagi kerap engkau bercerita pasal dia, lagi kerap jugalah dia akan “menari-nari” di depan mata engkau. Engkau tahu tak? Tau tak? Semakin banyak engkau sebut nama dia, semakin banyak engkau bercerita pasal dia, semakin banyak pahala dia dapat? Semakin banyak dosa engkau dapat? Dan semakin semak aku yang mendengarnya. Mula-mula dulu, aku pun meluat dengan mereka-mereka, tetapi apa guna aku rosakkan hati aku dengan merasa jaki kepada mereka? Apa yang aku dapat? Semak! Maka, tidak bolehkah engkau berlapang dada? Tidak bolehkah engkau lantakkan sahaja dia-dia itu? Jika dia-dia itu mengganggu periuk nasi engkau, mengganggu engkau membuat kerja, cakaplah terus terang dengan dia. Jangan cakap dengan aku lagi. Semak! Banyak lagi hal lain yang aku boleh fikir. Banyak lagi hal lain yang boleh dibicarakan untuk menambah pahala.

Moga engkau mengerti.