Pages

Thursday, February 14, 2013

Kelahiran Abdurredza - Part 2

Alhamdulillah, berkali-kali aku mengucapkan syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya. Bidan memotong tali pusat dengan diiringi ucap selawat dari aku dan hasben. Pastu baby dilap-lap n diletakkan atas dada. Owh! Betapa nikmatnya rasa menjadi ibu. Baby kucium berkali-kali, walaupun masih belum dibersihkan sepenuhnya, bau baby sangat mendamaikan, tak boleh nak describe macam mana baunya. Lepas sesi tu, nurse bawak baby pergi mandi dan hasben mengazankan dia.

Aku? Aku ada sesi jahit menjahit, hahaha! Dah habis dijahit, aku duduk-duduk diberikan sarapan, sandwich & air milo. Baby dah ada kat sebelah dan sesi menyusu pun bermula. Aku tengok jam dah pukul 10 pagi. Eh, sedar tak sedar dah 2jam setengah aku kat dalam tu. Lamanya! Lebih lama dari masa bersalin.. Akhirnya nurse datang dalam pukul 11 lebih nak hantar ke wad. Aku tanya, kenapa lama sangat kena tunggu? Katanya takde doktor tadi. Doktor pegi round wad. Bole ek camtu? Takpe jela,janji aku dah selamat and nak berehat-rehat sambil belek baby kat wad.. :) Kalau ikutkan, aku boleh keluar wad petang tu jugak, tapi disebabkan lambat masuk ke wad, baby tak sempat buat ujian pendengaran. Makanya bermalam lah aku kat "hotel" PPUKM tu.

Aku ditempatkan kat wad tambahan di tingkat 2, wad yang sama masa melahirkan Mawar. Bermakna wad bersalin di tingkat 1 penuh. Dan kebetulan, aku ditempatkan di katil sebelah dengan katil Mawar dulu.. Sepanjang hari aku cuba belajar dan menyesuaikan diri dengan cara menyusukan baby. Malam tu aku tido tak berapa lena. Baby-baby lain menangis bersahut-sahutan. Sambung menyambung. Alhamdulillah Redza tidur dengan aman damai dan setiap sejam, dua jam aku kejutkan dia untuk menyusu. Sehingga hari ini (dah habis pantang pun! Hehe) Redza masih fully BF dan aku berniat+berazam untuk teruskan sehingga 2tahun, insyaAllah! Semoga anakku Abdurredza membesar dengan sihat dan kuat. Solawat... Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad..

Ketika berusia sehari.

 
Dah sebulan lebih...

2 bulan setengah... baru lepas training minum guna botol susu.

Kelahiran Abdurredza - Part 1

5.12.2012 - satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup. Alhamdulillah, aku berjaya melahirkan seorang lagi umat Muhammad SAW.. Kali ni aku nak cerita pasal kelahiran anak kedua aku. Sepanjang mengandung aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan kelahiran bayi ini sepertimana mudahnya kelahiran anak pertamaku.

Bermula pada 4.12.2012 - kat ofis, aku berborak dengan ofismate sambil bagitau betapa malasnya dah aku nak pergi kerja akhir-akhir ni. Akhirnya aku ambil keputusan nak cuti awal (cuti bersalin boleh ambil awal 2 minggu dari EDD). Aku call admin tanya macammana nak aply, then dia kata kena ada surat pengesahan tarikh EDD dari doktor. Ada member ofis ni kata ada surat standard dari hospital or klinik, just mintak je tak perlu jumpa doktor. Aku call klinik yang biasa aku buat check up,dia kata kena datang jumpa doktor dan doktor akan buat surat tu. Then, call PPUKM pulak,pon sama jugak, kena jumpa doktor dan dia terus set appointment aku 5.12.2012. Aduh! Malasnya nak jumpa doktor, bukan apa, menunggu giliran nak jumpa doktor tu yang buat aku tersangat malas! Petang habis kerja,hasben jemput then aku ajak dia ke tesco sebab nak beli barang dapur sikit and paling penting, set bersalin yang aku terlupa beli,hehe..habis setesco aku round sambil hasben aku gurau,jangan terberanak kat sini sudah,sebab aku kejap-kejap berhenti sebab mengah!  hahaha...

12.30am, 5.12.2012 - aku mula rasa sakit perut. 2,3 kali buang air besar n aku dah mula suspek macam nak bersalin je. Aku bagitau hasben, mintak dia standby kot la kejap lagi nak kena hantar ke hospital.. Hati dah berdebar tapi aku pejamkan mata jugak untuk tido. Pukul 3.30pg bangun lagi buang air besar, sakit perut dah macam senggugut. Aku tido lagi dengan hati berdebar. Pukul 5.30 aku terbangun sebab rasa macam baby menekan nak keluar. Masa buang air, darah keluar. Wah, dah turun darah. Contraction bermula! Aku pun kejutkan hasben. Dia tanya bole tahan lagi ke, kalau bole kita pegi hospital lepas subuh. Aku pun mengemas baju n susu mawar. Barang aku n baby dah siap kemas dlm beg. Pukul 6.45 aku call mak n mama bgtau yang aku macam dah nak bersalin. Pastu sms busu, achik n ateh. Pas dah calling-calling, aku pun keluar rumah pukul 7. Contraction makin kerap n makin sakit! Kami hantar mawar ke rumah nenek dulu. Aku mintak hasben singgah kedai beli air n roti buat sarapan. Lagipun nak meneran nanti kena ada tenaga. Contraction makin kuat. Hasben terpaksa ikut jalan short cut yang bertentang arus utk cepat sampai. Nasib baik rumah nenek sebelah hospital je. Sampai kat kaunter kecemasan O&G pukul 7.10, aku dah nak terduduk depan kaunter menahan contraction sambil sengih kat nurse. Nurse tanya, ni sakit dah rasa nak meneran atau baru rasa sakit-sakit? Aku jawab, dah macam nak terberanak ni nurse. Dia suh naik atas katil n check bukaan. Nurse tu jerit kat kawan dia, 8cm! Hantar LR.. Nurse buat kerja dengan tangkas. Mintak aku pindah katil dan terus sorong ke LR sepantas kilat. Aku sempat dengar diorang kata, bersenam kita pagi ni (diorang tolak sambil berlari sebab takut terberanak).

Sesampai LR, bidan (maaf,aku tak tau apa istilah yang digunakan sebab dia bukan doktor dan bukan nurse biasa) yang akan entertain aku dah ready. Sementara dia siapkan peralatan, aku dah makin terasa nak bersalin sangat-sangat. Hasben dah sampai n masuk bilik sekali. Dia baru lepas isi borang katanya. Contraction datang, air ketuban pecah. Aku cakap nak keluar dah baby ni, tapi bidan tu kata belum masanya lagi, bukaan belum cukup (banyak la, aku dah memang rasa baby nak keluar sangat dah!). Sekali lagi contraction datang, aku jerit je, nak keluar dah baby ni! Ok, baru bidan tu bagi aku meneran. 3 kali teran, lahirlah Abdurredza dengan selamatnya ke dunia. Fuh! Semua berlaku dengan pantas, sampai di kecemasan O&G pukul 7.10, aku selamat bersalin 7.24. Syukran ya Allah..

...to be continue...