Pages

Monday, June 17, 2013

Kehidupan Baru

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan ini. Hampir sebulan aku ‘senyap’ di sini. Sibuk betul rasanya sejak kebelakangan ni. Sibuk berkursus. Sibuk menguruskan anak-anak. Sibuk menguruskan kehidupan baru…

Kehidupan baru? Ya... Hidup aku dah tak macam dulu. Banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku baik dari segi kerjaya, keluarga dan juga diri sendiri sejak pertengahan bulan Mei hari tu. Mula-mula aku bertukar tempat bertugas. Dari HQ di Jalan Sultan Salahuddin ke HQ di Midvalley… Kemudian, anak-anak mula dijaga pengasuh, pastu husband “out station” untuk tempoh yang agak lama la jugak….tacing….tapi alhamdulillah, berkat doa dia dari kejauhan dapatlah aku menguruskan semuanya di dalam kawalan….jauuuuhhh...tapi dekat di hati…. :D

Macam mana kerja kat tempat baru? Alhamdulillah, best. Dapat bos pun yang baik. Aku lebih terasa macam “jurutera” berbanding yang sebelum-sebelum ni…hahaha…. Pergi kerja and balik kerja lebih kurang je jarak dia daripada yang sebelum ni cuma bila waktu balik, kadar kesesakan dia luar sikit dari kebiasaan….biasa la KL kan…alah bisa tegal biasa…

Anak-anak? Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik. Lembut je orangnya. Husband dia pun jenis lembut, hahaha… Ni pun makcik husband yang rekemenkan. Serabut sangat rasa masa dapat tau kena tukar. Bukan sebab kerja, tapi fikir anak-anak dulu sebab masa tu jugak pengasuh asal (makcik husband) dah mula busy dengan ‘bisnes’ dia jadi dah tak boleh nak jaga sangat anak-anak. Tapi syukur akhirnya dipertemukan dengan pengasuh sekarang, yang lebih dikenali sebagai Ummi oleh anak-anak...

Husband outstation pegi mana? Jauuuuuhhhh…. Semoga dia selamat pergi and selamat kembali semula ke pangkuan keluarga… Malam-malam sebelum tidur berborak dengan Mawar. Bila tanya, abah mana? Abah naik terbang…huhuhu…tunjuk gambar abah, dia cium-cium. Bila abah call, melompat-lompat dia bercakap pastu sempat pesan, nanti abah beli mainan banyak-banyak eeh…. alahai…tacing tau…huhuhu… Pesanan untuk abah, jaga diri, jaga kesihatan, jaga keselamatan, nikmati hidup diperantauan, all the best… May Allah bless us… Jangan lupa pulak kat kami… ;)

Aku? Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Tak lama lagi bulan puasa pulak. Semoga Allah beri kekuatan yang lebih untuk aku bertahan dan menjalani kehidupan baru ini… Syukran lillah. Solawat… Allahumma Solli A’la Muhammad, Wa aali Muhammad.