Pages

Showing posts with label jahitan. Show all posts
Showing posts with label jahitan. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Nursing Cover

Nursing cover... Aku tak pernah pakai pun sebelum ni nursing cover ni. Tengok orang menyusukan anak-anak diorang kat shoping-shoping mall tu, guna nursing cover untuk tutup mana sepatutnya. Ada jugak guna jenis poncho tu. Tapi fungsinya sama je nak cover 'aurat' kita semasa menyusukan baby di khalayak umum.



Sebut pasal menyusu ni, aku ada baca blog ibu-ibu yang menyusukan anak. Ada orang kata dia seperti ‘dipandang serong’ kalau menyusukan baby di tempat awam. Mula-mula aku rasa skeptical dengan orang yang memandang tu tapi bila ada dua kejadian berlaku depan mata berkenaan kes menyusu ni, aku mula berfikir, adakah ibu itu menjaga adap sopan ketika menyusukan baby di tempat awam?

Aritu aku pergi klinik untuk injection baby. Memang la tu klinik ibu dan anak tapi ada jugak jenis bapa mithali yang ikut masuk skali dalam klinik yang sempit terutama bila ramai orang. Seat memang confirm tak cukup, kesian kat ibu-ibu yang anak masih sebulan dua dan yang tengah sarat mengandung dok mengah berdiri tunggu turn.Sebenarnya nak cerita pasal menyusu di khalayak umum ni. Ada sorang ni bawa anak dia untuk injection setahun kot sebab nampak anak dia dah besar. Dia menyusukan anak dia dengan selamba badak je singkap baju pastu anak menyusu. Perut semua terburai orang nampak. Ish...aurat tu...aku yang duduk sebelah dia pulak rasa tak selesa. Kes lagi satu tak perlu rasanya aku cerita, lagi dasat.
 
Kejap lepas tu Redza pun terbangun nak menyusu. Memandangkan turn lama lagi jadi aku menyusukan la dia. Kirai nursing cover, sangkut kat leher then terus la menyusukan baby. Ibu yang selak baju kat sebelah aku tiba-tiba dok tarik-tarik baju dia kasik tutup perut & t*t yang terdedah. Pastu senyum kat aku. Aku balas je la senyum balik kan... Tiba-tiba dia tanya, kat mana beli kain tutup tu? Aku yang "ayu & pemalu" ni jawabla kawan bagi (ada tipu sikit kat situ...yela, jahit tak semenggah, malu nak mengaku,kah!kah!kah!).

Well, aku buat benda ni pun dari tunjuk ajar kat dalam internet sebab takde sample. So, aku buat memang ikut je la apa yang ditunjuk dalam tutorial kat internet cuma saiz tu aku besarkan (aku memang suka besar-besarkan saiz ikut suka ati kan...hahaha...). Yela, aku kan dah bersaiz 'besau' maka kena la lebih lebau untuk mengcover kan...

Ni la rupa bentuk nursing cover buatan aku. Kain jenis cotton, kaler hitam putih (tak mau striking sangat nanti menarik perhatian orang pulak! malu i...). Kalau perasan, kain ni sama dengan kain buat barut baby, hahaha...

Ni pandangan dari depan.

Ni pandangan dari belakang.
 
Strap.

**Biras aku (adik ipar aku punya wife kira biras kan?) dia kata macam apron... Akak buat ek? Aku sengih je...huhuhu....

Tuesday, March 26, 2013

Barut Oh Barut

Aku dah buat entry ni sebelum bersalin, tapi disebabkan tak sempat nak ambik gambau, baru sekarang aku post, hehehe...

Agak-agaknya ada ke orang buat barut guna kain cotton yang berharga RM35 semeter?? Huhuhu... Ada...ada...aku salah sorang daripadanya. Sebenarnya tersilap beli kain. Biasa orang buat barut baby guna kain cotton yang buat baju sekolah tu. Kalau yang tu harga semeter baru berapa hengget je. Ye la, kalau pegi ke Jakel, mesti la orang tu promot yang mahal-mahal punya kain kan? Sampai tak nampak dah kain murah-murah ni, ntah mana dia sorok agaknya. Ditambah dengan "tuan penasihat" pun join sekali, lagi la dia suruh beli je (janji dia bayar takpe...).. Swiss cotton kau! Beli semeter corak lain, semeter lagi corak lain, huhuhu..

Aku dah jumpa si zap-on tu. Beli kat kedai jahitan sebelah je dengan Semua House tu. Tak ingat apa nama kedai, tapi memang boleh nampak dari tepi jalan sebelah mamak kat Semua House tu... Aku beli semeter warna hitam, semeter warna putih. Kemudian, bermula la projek membuat barut baby...hehehe... Buat dua jenis, satu ada lekuk kat belakang satu lagi jenis kotak je macam biasa. Bila dah siap, aku tengok macam besar je barut ni. Ish..tak bole jadi ni, so aku pun beli jugak barut yang dah siap beberapa helai lagi sebab takut barut yang aku buat besar, huhuhu....bila kira-kira balik, beli lagi murah! kah! kah! kah!... tapi takpela, puas ati sebab sekurang-kurangnya menajamkan skill aku menjahit secara lurus... ;)

Ni yang bentuk segiempat tepat.

Cinonet je zap-on aku letak..huhuhu

Ni jenis yang berlekuk. Lekuk tu kat bawah. Gambar ni entah kenapa, tersangat la degil, dia tak mau rotate, biar je la, janji paham yang lekuk tu kat bawah.

TERKINI : Aku cuma guna barut ni selama sebulan je sebab dah tak muat! Masa buat aku rasa besar, bila dah pakai, sebulan je sempat pakai sebab Adik membesar bagai juara! Alhamdulillah, sehat anak ibu. Jadinya pakai yang dah ready made kat Tesco ada jual jenama Fiffy. Habis cerita. :D .. (kelihatan ada sedikit pembaziran di situ... ;) )

Wednesday, November 28, 2012

Set Sarung Bantal


InsyaAllah, tak lama lagi si kecil dalam perut akan menjenguk dunia. Seperti biasa, setiap ibu-bapa akan membuat persiapan itu ini begitu dan begini untuk menyambut anak yang bakal dilahirkan nanti. Aku dah buat checklist untuk baby baru ni. Hampir semuanya dah di”tick”. Mungkin banyak yang dah ada sebab yang ni anak kedua, jadi penjimatan adalah sangat ketara sebab banyak yang guna “kakak” punya…hehehe… Hanya beberapa benda untuk aku belum ada lagi. Lagipun dulu anak pertama, semua benda nak beli. Tapi yang ni, beli yang memang perlu sahaja. Sikit-sikit atau mana-mana yang tercicir tu, akan ditopap along the way…

Ok, kembali kepada tajuk. Aku baru selesai menjahit set sarung bantal berserta bantal-bantalnya pun aku buat jugak. Fuh! Terasa cam best sebab dapat buat sendiri. Puas hati. Cuma aku yang excited ni tak sempat berfikir nak mencantik-cantikkan sarung tu dengan lebih kreatif. Nanti beli kain lagi pastu buat lebih cantik. Sarung bantal kena ada sekurang-kurangnya dua set sebab kalau-kalau baby termuntah ke, boleh ganti dengan yang lain. Masa Mawar dulu beli satu, dapat hadiah satu, memang ngam-ngam la. Tak payah banyak-banyak sangat. Sekarang ni pun bantal dia tergolek-golek je sebab bantal dah kecik. Eh! Bukan bantal yang kecik, tapi dia yang dah besar, huhuhu…
Ini bantal yang belum bersarung...pun buat sendiri jugak,huhuhu...

 Set sarung bantal pertama. Teddy kotak-kotak.

 Set sarung bantal kedua. Biru bunga-bunga.

Projek lain yang menanti untuk aku jahit adalah nursing cover, cadar tilam baby & barut. Barut tu aku nak buat yang jenis zap-on je. Tapi kat mana nak cari si zap-on tu? Hasben dah pergi beberapa kedai jahit tolong carikan benda tu tapi semua jenis yang besar dan keras. Zap-on tu macam pelekat kat beg tu. Dulu aku panggil dia “set-set”. Panggil berdasarkan bunyi yang dia keluarkan masa bukak dan tutup, hahahaha!…. Mana nak cari yang lembut-lembut dan nipis sikit ye?? Mungkin aku kena pergi Semua House atau Medan Mara nak cari benda tu kot. Ok la, nanti dah jumpa dan dah siap buat barut aku nak abadikan kat blog ni. Sekian.

Sunday, August 12, 2012

My New Toy!


Ceh, tajuk omputih… Aku dah ada mesin jahit sendiri! Alhamdulillah… Moga-moga aku akan rajin dan memanfaatkan mesin tu dengan sepenuhnya. Aku beli mesin ni masa ada promotion, separuh harga dari biasa, sekarang harga dia dah kembali normal, RM4000 kau!... Mesin jahit aku ni ada dua fungsi; jahit & sulam. Yang part sulam aku belum cuba godek lagi. Aku nak mahirkan guna button-button untuk jahit dulu pastu nanti baru masuk bab sulam menyulam. Aku baru guna jahit jenis lurus je, ada beratus lagi aku belum cuba. Dengan tapak-tapak untuk jahitan lagi. Nak masukkan benang bawah pun terkial-kial sebab nak kasik benang lalu atas bobbin, fuh, berpeluh gak buat kerja-kerja “seni” ni, huhuhu...

Google je gambar ni. Rupa mesin jika bersekali dengan tapak untuk sulam.
Rupa mesin tanpa tapak sulam.
Ya, aku tau, MASA memang terhad sebagai wanita berkerjaya (huh, bajet...) dengan anak lagi, rumah lagi nak diuruskan, tapi aku percaya, kalau kita bijak bahagikan masa, susun elok-elok, pasti akan ada masa untuk apa-apa pun. Aku perhatikan hidup aku diawal-awal kawin, pun time tu aku rasa macam tak cukup masa padahal bukannya ada anak lagi. Sebenarnya tanpa disedari masa aku banyak terbuang macam tu aje. Pernah satu ketika, aku dengan hasben perasan benda ni, jadi kitorg cuba isi masa dengan beraktiviti (main badminton, tengok wayang dll) dan hasilnya memang terbukti, masa sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang selalu gagal menguruskan masa kemudian menyalahkan masa kerana tiada untuk kita. Eh! Ni dah bab lain dah ni.. dah bab Fadilah Kamsah dah ni...huhuhu...

*Masa baru dapat mesin ni seminggu sebelum raya, aku sangat berkobar-kobar nak menjahitkan baju kurung raya untuk Mawar. Nanti aku ceritakan tragedinya dalam entry lain...

Friday, August 10, 2012

Baju Pertama Jahitanku

Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita (sejak kecik) @ azam (2009-2012) aku nak belajar menjahit. Tiap-tiap tahun aku google mencari tempat untuk belajar. Setelah bertahun akhirnya aku memuktamadkan untuk belajar di Mariati Design. Aku pilih kelas jahitan baju kurung tradisional dengan MD ni sebab dia buat kelas secara intensif dan tak ambik banyak masa aku. Cuma belajar dua hari dari pukul 10pg sampai 5ptg untuk sepasang@sejenis baju. Yuran dia pun kalau convert pada yang belajar tiap-tiap minggu, 2-3 jam seminggu, sama jugak kira-kiranya malah lebih murah. Tang komitmen nak kena pergi setiap minggu yang kadang-kadang ambik masa 2-3 bulan tu yang buat aku malas sangat nak pergi awal-awal dulu. Bila terjumpa MD ni, baru bersemangat, lagipun dekat jugak nak pergi belajar kat Puncak Jalil.

 Aku belajar 12-13 Mei 2012 yang lepas. Baru sekarang nak cerita sebab weken ni aku akan dapat mesin jahit pertamaku! Hasil belian secara "kutu". Mesin ni pun beli dengan MD secara "kutu". Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok kat blog kakak tu. Ok, ni baju pertama jahitanku. Kain jenis english cotton sebab baru belajar kena pakai kain-kain jenis senang bentuk atau “ngikut kata”. Kalau kain licin susah dan lambat sikit. Dengan cemerlangnya aku berjaya buat baju pada hari pertama siap sempat sembat dengan jahit butang kat leher sebab sementara menunggu member lain menjahit (ada jugak yang bawak kain licin lembut gebu...). Hari kedua buat kain dalam masa sejam lebih la. Tengahari dah balik sebab dah siap semua. Dah dapat sijil, aku pun balik dengan hati berbunga-bunga seperti bunga di baju jahitanku! Alhamdulillah....