Pages

Sunday, October 14, 2012

Harga Rumah Sewa Sekarang – Melampau!



Ok, aku memang belum mampu nak beli rumah sekarang. Mungkin satu dua tahun lagi. By the time tu, aku tau, pasti harga rumah akan lebih meningkat lagi. Melambung-lambung… So sekarang, bila tak mampu beli, sudah tentu la kena menyewa kan? Tapi…. Harga rumah sewa sekarang pun dah melampau! Terutama kalau nak sewa melalui agen. Agen ni makan duit atas angin je.

Aku nak kongsi pengalaman mencari rumah sewa sekitar Bandar Sri Permaisuri & Bandar Tun Razak, Cheras. Aku nak cari rumah sewa sekitar situ sebab memandangkan anak aku dah makin besar dan boleh masuk playschool, aku nak hantar dia ke sekolah, boleh berkawan-kawan jugak. Kawasan situ dekat jugak dengan ofis (lepas separuh jem di Jalan Cheras/Loke Yew yang memang glemer dengan kesesakannya). Jadi, aku dengan hasben pun round-round sekitar perumahan flat, apartment, kondo, townhouse, teres dan sewaktu dengannya tu nak cari rumah sewa yang ditampal-tampal iklan, sekali call, majoriti harga sewa adalah RM1000 ke atas untuk apartment. Ada yang dah ada perabot sikit, RM1200 ke atas. Ada satu tu, bila tanya, harga sewa RM1700! Terus letak telefon je la. Bayangkan, kalu sewa RM1200 bersamaan dengan installment kalau aku beli rumah yang berharga RM250k ke bawah. Tapi mana nak cari rumah RM250k di kL?? Di pinggiran KL pun sekarang harga dah lebih RM250k. Nak harga macam tu boleh dapat, tapi kena duduk kat Bukit Beruntung ke, Rawang yang menghala ke utara tu ke, Kuala Selangor ke. Kalau duduk jauh, dah kena kira kos minyak dan tol pulak pastu masa atas jalan lagi yang tak ternilai kalau nak dibandingkan masa tu kita guna untuk luangkan masa dengan anak-anak dan keluarga. Kalau nak beli rumah di kampung aku (Melaka), masih boleh dapat rumah berharga di bawah RM250k di atas tanah, tapi bebanan komitmen bayar rumah dan sewa (sebab tak duduk di rumah sendiri) akan jadi berganda. Jika rumah boleh disewakan, mungkin agak kurang bebanan.

Kerajaan sekarang konon nak bantu golongan muda memiliki rumah dengan mewujudkan skim rumah PR1MA. Tapi yang dapat atau layak beli hanya golongan tertentu sahaja dan tinggal/bekerja di kawasan tersebut dan juga pengundi berdaftar di Parlimen Putrajaya! Kalau mengikut gaji, hanya kakitangan sokongan sahaja yang mampu memiliki rumah tersebut sebenarnya. Bagi yang pertengahan, memang kena beli la rumah dari kapitalis-kapitalis cekik darah tu. Dah la kami-kami juga tidak layak membeli rumah kos rendah. Bagi mereka yang layak pula, dah la boleh beli rumah PR1MA, ada rumah kos rendah yang dibuat sewa di kampung laki bini, sudahnya, memang kami golongan pertengahan ini seperti tertindas. Oh, sungguh tidak adil dan kejam dunia ini.

Bila tiada rumah, terasa macam asing di negara sendiri. Rasa tak “secure”. Rasa “kepunyaan” seperti entah di mana... Kalau nak kerja sehingga pencen dan hutang rumah dijangka selesai sejurus pencen, aku kena mula beli rumah sekarang kalau tempoh loan 30 tahun atau beli selewatnya umur 35 tahun jika tempoh loan 25 tahun. Aku bukan nak mengeluh, tapi inilah kenyataan hidup yang perlu dilalui bukan aku seorang, malah beribu lagi golongan muda pertengahan. Oh! Mudakah aku? Tapi umur ahli pemuda pemudi parti mana-mana pun, bawah 35 kan? So, masih muda aku ini, huhuhu...

4 comments:

  1. kalau ke arah kuala selangor maybe still dpt rumah atas tanah around 250k. area rawang tu macam dah tak dpt dah.. dekat2 kl 250k tu still boleh dpt tp apartment la..

    smoga berjumpa rumah idaman :)

    ReplyDelete
  2. nak sewa rumah ard x? dia kata nk sewakan janji lepas loan byr bln2. tp tmn bukit teratai la..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah tengok location taman bukit teratai tu, 2x5 je jarak dia dgn umah aku dok skrg dan melalui jln yg hampir sama ke'jammed'an nya....huhuhu...btw, bape harga sewa?

      Delete
  3. itulah yang byk berlaku, saya beli rumah 2 thn lepas, baru siap dlm harga 380k. blum dapat kunci, saya tgk agen rumah jual sy beli tu pd harga 520k. terkejut besar saya lihat mark up harga yang sungguh tdak munasabah itu. dan sememangnya golongan pertengahan adalah golongan yang tercekik. gi bawah tak boleh, gi atas tak mampu, kat tengah takder tempat nak pergi.

    ReplyDelete

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.