Pages

Friday, September 14, 2012

Certot : EMOkah??

Certot 1
A : jom pakai CD, aku dah mula pakaikan utk anak aku, jimat, bla...bla...bla...
B : aku masih belum berminat la sbb malas rasanya nak dok membasuh lebih2 lg kalau baby berak,huhu..
A : nak seribu daya, taknak seribu dalih...laki kau pon bole tlg basuh. Jimat, bla...bla...bla...
B : yup,mmg kalu taknak bole bg sejuta dalih, aku skrg mmg belum ready nk guna lg..
A : jgn la emo2, org pregnen mmg mudah emo.
B : manade emo, aku mmg blom nk guna lg. Ok la, slmt berjimat..
A : xpe, aku faham. Take cre. Bye.

Certot 2
A : -MMS gamba pad- Ni pad pakai basuh. Klu minat bg tau  k. Aku nk let go. Ni mmg pjg. Bgus utk ko pakai ms pantang.
A : -MMS carta kebaikan guna CD-
B : Td bateri kong..aku miting,xleh nk caj. Yg pad tu mmg bgus,tp bab membasuh tu yg aku mls n byk lg sbb lain.kang ko kata seribu dalih plak kang,tp hakikatnya,utk aku,aku xready lg.
A : Ok. Xpe..jgn emo2 k..tq
B : Huhuhu,bila aku ckp cmni mesti nk kata aku emo kan..ke ko yg emo sbnrnya??
A : Ok aku bg pndgn je k. Tp cr ko ckp mcm mnyindir. K xpelah k.. Take k. Bye
B : Sori kalu ko rasa mcm menyindir..xde niat langsung nk menyindir pon.. Ok,u too,take cre. Sorry again. Salam...

Tempoh masa antara certot 1 dan certot 2 lebih kurang 3-4 bulan. Certot 1 adalah sms yg telah dikarang semula hasil dari daya ingatan yang ada sebab dah delete yang ori. Certot 2 adalah sms sebenar yang dicopy-paste secara live.

Ok, renung-renungkan dan selamat beramal...huhuhu...

Monday, September 3, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H


Dah lebih separuh dah raya baru nak tulis pasal hari raya, hehehe... busy makan kueh raya ler.... Tahun ni raya di Melaka. Agak meriah sebab adik beradik semua ada kecuali Bang Ngah, turn raya dia lari sikit sebab 2 tahun lepas kakak ipar bersalin 3 hari sebelum raya yang mana, turn raya masa tu kat Melaka. Aku beraya tahun ni Cuma 3 buah rumah je kat Melaka, 2 rumah member sekolah satu lagi rumah mertua abang Chik aku. Rumah lain tak pergi (ada ke rumah yang nak pergi??hahaha...).

Malam raya kedua, aku ajak diorg buat BBQ. Kebetulan Bang Ngah balik haritu tapi Bang Long pulak takde sebab dia raya pertama lagi dah balik ke rumah mertua. Takpela, janji masih ramai. Adik aku sorang tu “tokey” Giant, jadi kebetulan dia bagitau harga kambing murah masa raya pertama pastu ditambah dengan diskaun dia sebagai staff, lagi berganda murahnya, maka aku memborong daging kambing agak berkilo-kilo jugak. Perap guna rempah sendiri je, kalau beli yang dah siap perap, mahal sikit. Disebabkan adik beradik aku semua lelaki, memang keje diorang la panggang memanggang ni. Aku dengan ipar-ipar dan anak buah duduk tadah mulut dan perut je la... Puas betul makan kambing malam tu. Ada jugak ayam, udang dengan sosej. Best makan-makan... Kami jemput sekali keluarga mertua Bang Chik (setakat ni, Bang Chik je kawin dengan orang Melaka pastu jarak umah 10 minit je dah sampai). Lepas makan-makan, diorang main mercun & budak-budak main bunga api. Laki aku antara kaplanya, dah la pakai kain pelikat je... huhuhu...

Raya ketiga kami balik KL. Kat KL pun takde rumah mana pun yang kami beraya sebab mertua dah pergi raya rumah sedara awal-awal (lagipun hasben aku taknak beraya sangat tahun ni katanya...layan...). Raya keempat kami pergi Senawang rumah sepupu Mama, raya ke-5 rumah Andak, raya ke-6 rumah Achik, tu je rasanya rumah sedara belah KL yang aku pergi, sikit betul... Malamnya pulak pergi berkaroke ramai-ramai dengan adik-adik ipar, aku tak nyanyi, segan seh... :)

Harini dah hari ke 16 Syawal, mungkin dah takde rumah yang nak dirayakan. Jemputan rumah terbuka pun tak banyak tahun ni, bagus la jugak. Bukan apa, kadang-kadang ni kalau pergi makan sana sini, sakit perut, sengsara. Dah la pregnen ni, letih aku nak ke toilet. So, masa yang ada ni la aku berehat-rehat setting apa patut kat rumah ni untuk memulakan kerja dengan semangat baru, memulakan hidup dengan semangat baru, memulakan segalanya dengan semangat baru... InsyaAllah...

*Gambar raya takde sebab semua snap guna camera Bang Chik. Tak bawak pendrive time tu so tak sempat nak ambik. Nanti balik kampung, copy kat adik baru bole upload...huhuhu