Hari ini aku tengok kalender, dah 19 Julai 2012. Betapa cepatnya masa berlalu. Diam tak diam dah separuh tahun lebih dah masa berlalu. Dulu, selalu dengar kata 2012 nanti akan berlaku kiamat. Siap ada filem 2012 lagi. Tilikan masyarakat mayan (orang Afrika) yang menyatakan kemusnahan besar dunia ini akan berlaku tahun 2012. Pastu banyak lagi cerita-cerita mengenai kemusnahan dunia atau kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ni. Walaubagaimanapun, bukan berkenaan kiamat yang aku nak cerita, selagi dunia belum berakhir, aku perlu tetapkan hala tuju hidup aku.Ada dunia lain yang lebih lama, yang lebih kekal abadi yang akan aku huni selepas ini. Sebelum aku rancang itu ini tiba-tiba aku terasa nak tengok karekteristik aku melalui tarikh lahir@bintang kelahiran. Bukan nak percaya 100% pun, tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu aku mengenali diri ini. Macam cerita-cerita kiamat, semua orang percaya kiamat akan berlaku (salah satu rukun iman) jadi, cakap-cakap orang berkenaan kiamat sekurang-kurangnya menyedarkan mereka-mereka (termasukla aku) agar bertaubat, mengukuhkan iman dan melakukan kebaikan dengan sedikit masa yang kita ada. Jika tiada peringatan, orang akan lalai dan hanyut dengan arus hidup mereka sendiri.
Setelah meng'gugel' dan menyelongkar emel, aku jumpa balik benda ni. Ada yang dalam BI, tapi panjang berjela. Aku ambik yang ni sebab pendek dan mudah faham. Wanita angin rupanya aku, patutla mudah nak angin je, hahahaha....
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
-Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Macam ni rupanya sifat wanita angin. Walaubagaimanapun, ambil yang positif. Jadikan diri kita yang terbaik. Amin!
saya punya ada tak???
ReplyDeleteUmi, ko unsur air... :)
ReplyDeleteWaNiTa Air
Wanita ini di bawah lambang Cancer ( 22 jun - 23 Julai) Scorpio ( 24 Oktober- 22 November). Pisces ( 20 Feb- 20 mac).
mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
Mereka ini dipandu dan mempunyai sifat mudah bersimpati , berdaya imaginatif, sentimental dan mempunyai perasaan yg berubah2 dan berhati2.
tenang dang mudah tersentuh oleh emosi org2 yg berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata terhadap situasi yg menyedihkan.
Mudah mengikut rentak emosi org lain dan diri sendiri.