Engkau.
Ye engkau! Engkau tahu tak bahawa aku ini bukan seperti engkau? Engkau tahu tak
bahawa hidup aku bukannya 100% malah 50% pun tidak untuk dicurahkan dengan
menjadi hamba kerja?Agenda hidup aku bukan setakat hanya di pejabat. Aku datang ke tempat kerja hanyalah menunaikan
tanggungjawab aku untuk mencari rezeki. Jika ada hal berebut karpet, penyapu
dan kertas di seputarku selagi tidak menjejaskan periuk nasi aku, ada aku
kesah? Asalkan tidak mengganggu hidup aku, asalkan tidak menjejaskan rezeki
aku, tidak kuasa aku nak kesah!
Maaf
andai engkau tersinggung. Aku sudah semak dengan ngomelan-ngomelan engkau yang
tidak berkesudahan. Apa yang engkau dapat dengan mengomel itu ini pasal dia? Lagi
kerap engkau bercerita pasal dia, lagi kerap jugalah dia akan “menari-nari” di
depan mata engkau. Engkau tahu tak? Tau tak? Semakin banyak engkau sebut nama
dia, semakin banyak engkau bercerita pasal dia, semakin banyak pahala dia dapat?
Semakin banyak dosa engkau dapat? Dan semakin semak aku yang mendengarnya.
Mula-mula dulu, aku pun meluat dengan mereka-mereka, tetapi apa guna aku
rosakkan hati aku dengan merasa jaki kepada mereka? Apa yang aku dapat? Semak!
Maka, tidak bolehkah engkau berlapang dada? Tidak bolehkah engkau lantakkan
sahaja dia-dia itu? Jika dia-dia itu mengganggu periuk nasi engkau, mengganggu
engkau membuat kerja, cakaplah terus terang dengan dia. Jangan cakap dengan aku
lagi. Semak! Banyak lagi hal lain yang aku boleh fikir. Banyak lagi hal lain
yang boleh dibicarakan untuk menambah pahala.
Moga
engkau mengerti.
No comments:
Post a Comment
Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.