Alhmadulillah! Yeah! Akhirnya aku dah ada oven sendiri (aku curik gambau kat google...).. Lamaaaa sangat dah nak ada oven ni, tapi aku pendamkan je hasrat hati sebab aku macam malas nanti benda tu akan jadi "gajah putih" je kat dapur (ceh! dah macam kerja construction terbengkalai dipanggil gajah putih, hehehe). Punya la kecoh bagai aku rasa masa nak beli oven ni. Semua bermula bila aku sampai kat rumah dalam pukul 6 pastu lepas maghrib kami keluar as "oven hunter" (huhuhu...)
Mula-mula aku ke Carrefour, macam-macam brand ada, macam-macam harga ada. Tapi aku tengok je dulu sebab rasa macam kat Giant Cheras yang baru tu ada lagi banyak pilihan. Dengan Cik Mawar yang berlari ke sana kemari, semua barang dia nak sentuh, aku dengan En. Amir menggagahkan kaki ke Giant pulak. Sampai sana, aku sangat berkenan dengan oven jenama Sharp tapi, hanya ada display sahaja. Kami lalu kat tempat ada daging kambing yang dah siap diperap, apa lagi, meleleh air liur. Kami tapau kambing tu 5 slice!.
Dalam kereta, call adik aku yang keje Giant Melaka mintak dia check kat Giant mana area KL ni yang ada stok tapi semua takde stok! Termasuk lah Giant kat Melaka tu. Ish, apa la Giant ni, kalau dah takde, tak payah display barang tu, buat mengharap hati je. En. Amir pulak call Achik, tanya kat mane ada jual oven yang ok tapi murah. Dia bagitau ada kedai di Taman Midah atau Sen Heng di Permaisuri tapi katanyajangan pergi Courts sebab mahal. Kami pun pergi ke Taman Midah tapi kali ni, En. Amir je yang turun pergi tengok, tapi hampa jugak. Semua mahal-mahal belaka, yang Sharp punya takde jual. Pergi pulak ke Sen Heng di Permaisuri, bila tengok oven, yang aku nak tu takde, semangat makin lemah. Mata tertangkap pada mixer, so, kalau takde oven, beli mixer la dulu. Bila tanya pada salesman tu dia kata dah habis stok! Aiyak, kalau dah habis stok tak payah display maa... Masa tu dah terbayang balik rumah jela, tido, letih. Tapi En. Amir masih bersemangat. Dia ajak pegi Viva pulak. Dalam Viva ada Giant, walaupun harapan sangat tipis dia tetap nak puaskan hati untuk tengok dalam Viva tu. Dia pergi tengok sorang, aku tunggu dalam kereta. Kejap tu dia keluar balik katanya yang aku nak tu takde. Display pun takde (bagus lah, takde lah orang mengharap hati kan...).
Dengan hati berat, kami pun gerak untuk balik rumah. Tapi En. Amir rasa nak jugak ajak pergi tengok kat Courts. Katanya alang-alang dah kesana kemari ni, biar puas hati kalau betul-betul takde dan seperti kedai sebelumnya dia je yang masuk ke dalam untuk survey. Aku tunggu dalam kereta dengan Cik Mawar yang sangat renyah malam tu. En. Amir mms kat aku gambar oven. Walaupun bukan oven yang aku nak, tapi range harga dan saiz yang aku nak. Wow! Dengan laju aku pun keluar kereta, pergi joint En. Amir kat dalam Courts. Akhirnya, aku beli oven Elba 30L ini dengan mixer jenama Elba jugak. Hope kalian bertahan lama dan dapat berjasa banyak dengan aku. Terima kasih kepada En. Amir kerana dengan "semangatnya" akhirnya berjaya jugak kita dapatkan oven & mixer malam tu. Malam tu kami dinner "black pepper grilled lamb chop" (En. Amir yang merasmikan, siap google kat internet cara-cara nak grilled guna oven tu, hehehe....) Sedapnyerrrr....Selepas ini, bermulalah episod baru aku dalam dunia di dapur!
Love it!
Dalam kereta, call adik aku yang keje Giant Melaka mintak dia check kat Giant mana area KL ni yang ada stok tapi semua takde stok! Termasuk lah Giant kat Melaka tu. Ish, apa la Giant ni, kalau dah takde, tak payah display barang tu, buat mengharap hati je. En. Amir pulak call Achik, tanya kat mane ada jual oven yang ok tapi murah. Dia bagitau ada kedai di Taman Midah atau Sen Heng di Permaisuri tapi katanya
Dengan hati berat, kami pun gerak untuk balik rumah. Tapi En. Amir rasa nak jugak ajak pergi tengok kat Courts. Katanya alang-alang dah kesana kemari ni, biar puas hati kalau betul-betul takde dan seperti kedai sebelumnya dia je yang masuk ke dalam untuk survey. Aku tunggu dalam kereta dengan Cik Mawar yang sangat renyah malam tu. En. Amir mms kat aku gambar oven. Walaupun bukan oven yang aku nak, tapi range harga dan saiz yang aku nak. Wow! Dengan laju aku pun keluar kereta, pergi joint En. Amir kat dalam Courts. Akhirnya, aku beli oven Elba 30L ini dengan mixer jenama Elba jugak. Hope kalian bertahan lama dan dapat berjasa banyak dengan aku. Terima kasih kepada En. Amir kerana dengan "semangatnya" akhirnya berjaya jugak kita dapatkan oven & mixer malam tu. Malam tu kami dinner "black pepper grilled lamb chop" (En. Amir yang merasmikan, siap google kat internet cara-cara nak grilled guna oven tu, hehehe....) Sedapnyerrrr....Selepas ini, bermulalah episod baru aku dalam dunia di dapur!
Support elba ek? Nie yg kek merah jd brown tue. Selamat ber'oven! Aku ada oven, tp ada cop 'hak kerajaan'
ReplyDelete