Pages

Thursday, February 14, 2013

Kelahiran Abdurredza - Part 2

Alhamdulillah, berkali-kali aku mengucapkan syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya. Bidan memotong tali pusat dengan diiringi ucap selawat dari aku dan hasben. Pastu baby dilap-lap n diletakkan atas dada. Owh! Betapa nikmatnya rasa menjadi ibu. Baby kucium berkali-kali, walaupun masih belum dibersihkan sepenuhnya, bau baby sangat mendamaikan, tak boleh nak describe macam mana baunya. Lepas sesi tu, nurse bawak baby pergi mandi dan hasben mengazankan dia.

Aku? Aku ada sesi jahit menjahit, hahaha! Dah habis dijahit, aku duduk-duduk diberikan sarapan, sandwich & air milo. Baby dah ada kat sebelah dan sesi menyusu pun bermula. Aku tengok jam dah pukul 10 pagi. Eh, sedar tak sedar dah 2jam setengah aku kat dalam tu. Lamanya! Lebih lama dari masa bersalin.. Akhirnya nurse datang dalam pukul 11 lebih nak hantar ke wad. Aku tanya, kenapa lama sangat kena tunggu? Katanya takde doktor tadi. Doktor pegi round wad. Bole ek camtu? Takpe jela,janji aku dah selamat and nak berehat-rehat sambil belek baby kat wad.. :) Kalau ikutkan, aku boleh keluar wad petang tu jugak, tapi disebabkan lambat masuk ke wad, baby tak sempat buat ujian pendengaran. Makanya bermalam lah aku kat "hotel" PPUKM tu.

Aku ditempatkan kat wad tambahan di tingkat 2, wad yang sama masa melahirkan Mawar. Bermakna wad bersalin di tingkat 1 penuh. Dan kebetulan, aku ditempatkan di katil sebelah dengan katil Mawar dulu.. Sepanjang hari aku cuba belajar dan menyesuaikan diri dengan cara menyusukan baby. Malam tu aku tido tak berapa lena. Baby-baby lain menangis bersahut-sahutan. Sambung menyambung. Alhamdulillah Redza tidur dengan aman damai dan setiap sejam, dua jam aku kejutkan dia untuk menyusu. Sehingga hari ini (dah habis pantang pun! Hehe) Redza masih fully BF dan aku berniat+berazam untuk teruskan sehingga 2tahun, insyaAllah! Semoga anakku Abdurredza membesar dengan sihat dan kuat. Solawat... Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad..

Ketika berusia sehari.

 
Dah sebulan lebih...

2 bulan setengah... baru lepas training minum guna botol susu.

Kelahiran Abdurredza - Part 1

5.12.2012 - satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup. Alhamdulillah, aku berjaya melahirkan seorang lagi umat Muhammad SAW.. Kali ni aku nak cerita pasal kelahiran anak kedua aku. Sepanjang mengandung aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan kelahiran bayi ini sepertimana mudahnya kelahiran anak pertamaku.

Bermula pada 4.12.2012 - kat ofis, aku berborak dengan ofismate sambil bagitau betapa malasnya dah aku nak pergi kerja akhir-akhir ni. Akhirnya aku ambil keputusan nak cuti awal (cuti bersalin boleh ambil awal 2 minggu dari EDD). Aku call admin tanya macammana nak aply, then dia kata kena ada surat pengesahan tarikh EDD dari doktor. Ada member ofis ni kata ada surat standard dari hospital or klinik, just mintak je tak perlu jumpa doktor. Aku call klinik yang biasa aku buat check up,dia kata kena datang jumpa doktor dan doktor akan buat surat tu. Then, call PPUKM pulak,pon sama jugak, kena jumpa doktor dan dia terus set appointment aku 5.12.2012. Aduh! Malasnya nak jumpa doktor, bukan apa, menunggu giliran nak jumpa doktor tu yang buat aku tersangat malas! Petang habis kerja,hasben jemput then aku ajak dia ke tesco sebab nak beli barang dapur sikit and paling penting, set bersalin yang aku terlupa beli,hehe..habis setesco aku round sambil hasben aku gurau,jangan terberanak kat sini sudah,sebab aku kejap-kejap berhenti sebab mengah!  hahaha...

12.30am, 5.12.2012 - aku mula rasa sakit perut. 2,3 kali buang air besar n aku dah mula suspek macam nak bersalin je. Aku bagitau hasben, mintak dia standby kot la kejap lagi nak kena hantar ke hospital.. Hati dah berdebar tapi aku pejamkan mata jugak untuk tido. Pukul 3.30pg bangun lagi buang air besar, sakit perut dah macam senggugut. Aku tido lagi dengan hati berdebar. Pukul 5.30 aku terbangun sebab rasa macam baby menekan nak keluar. Masa buang air, darah keluar. Wah, dah turun darah. Contraction bermula! Aku pun kejutkan hasben. Dia tanya bole tahan lagi ke, kalau bole kita pegi hospital lepas subuh. Aku pun mengemas baju n susu mawar. Barang aku n baby dah siap kemas dlm beg. Pukul 6.45 aku call mak n mama bgtau yang aku macam dah nak bersalin. Pastu sms busu, achik n ateh. Pas dah calling-calling, aku pun keluar rumah pukul 7. Contraction makin kerap n makin sakit! Kami hantar mawar ke rumah nenek dulu. Aku mintak hasben singgah kedai beli air n roti buat sarapan. Lagipun nak meneran nanti kena ada tenaga. Contraction makin kuat. Hasben terpaksa ikut jalan short cut yang bertentang arus utk cepat sampai. Nasib baik rumah nenek sebelah hospital je. Sampai kat kaunter kecemasan O&G pukul 7.10, aku dah nak terduduk depan kaunter menahan contraction sambil sengih kat nurse. Nurse tanya, ni sakit dah rasa nak meneran atau baru rasa sakit-sakit? Aku jawab, dah macam nak terberanak ni nurse. Dia suh naik atas katil n check bukaan. Nurse tu jerit kat kawan dia, 8cm! Hantar LR.. Nurse buat kerja dengan tangkas. Mintak aku pindah katil dan terus sorong ke LR sepantas kilat. Aku sempat dengar diorang kata, bersenam kita pagi ni (diorang tolak sambil berlari sebab takut terberanak).

Sesampai LR, bidan (maaf,aku tak tau apa istilah yang digunakan sebab dia bukan doktor dan bukan nurse biasa) yang akan entertain aku dah ready. Sementara dia siapkan peralatan, aku dah makin terasa nak bersalin sangat-sangat. Hasben dah sampai n masuk bilik sekali. Dia baru lepas isi borang katanya. Contraction datang, air ketuban pecah. Aku cakap nak keluar dah baby ni, tapi bidan tu kata belum masanya lagi, bukaan belum cukup (banyak la, aku dah memang rasa baby nak keluar sangat dah!). Sekali lagi contraction datang, aku jerit je, nak keluar dah baby ni! Ok, baru bidan tu bagi aku meneran. 3 kali teran, lahirlah Abdurredza dengan selamatnya ke dunia. Fuh! Semua berlaku dengan pantas, sampai di kecemasan O&G pukul 7.10, aku selamat bersalin 7.24. Syukran ya Allah..

...to be continue...

Sunday, January 13, 2013

Ohoo!!

Wah! Lamanya dah tak berblog. Last entry seminggu sebelum bersalin, maknanya harini dah 2 bulan aku tak menaip..huhu.. Hidup makin buzy la katakan.. Tapi sebenarnya takde la buzy mana, cuma setiap kali aku pegang handphone je, si Mawar datang mintak nak main game,tengok youtube bagai. Kalau dia dah pegang handphone, aku bukak pulak netbook, tapi itu pon dia nak. Dah sampai kadang-kadang macam berebut! hahaha... Last-last aku belikan dia tablet Ipro (nak beli Ipad takut dia guna 'ganas',jadi beli yang murah je,hehe). Itu pun masih lagi tak boleh tengok apa-apa je yang aku pegang, haih! Banyak benda aku nak tulis tapi banyak yang terbantut. Takpela, ada lagi sebulan untuk aku melepak-lepak sebelum kerja semula. Ada lapang masa aku akan curi-curi menaip... Selamat kembali!

Wednesday, November 28, 2012

Set Sarung Bantal


InsyaAllah, tak lama lagi si kecil dalam perut akan menjenguk dunia. Seperti biasa, setiap ibu-bapa akan membuat persiapan itu ini begitu dan begini untuk menyambut anak yang bakal dilahirkan nanti. Aku dah buat checklist untuk baby baru ni. Hampir semuanya dah di”tick”. Mungkin banyak yang dah ada sebab yang ni anak kedua, jadi penjimatan adalah sangat ketara sebab banyak yang guna “kakak” punya…hehehe… Hanya beberapa benda untuk aku belum ada lagi. Lagipun dulu anak pertama, semua benda nak beli. Tapi yang ni, beli yang memang perlu sahaja. Sikit-sikit atau mana-mana yang tercicir tu, akan ditopap along the way…

Ok, kembali kepada tajuk. Aku baru selesai menjahit set sarung bantal berserta bantal-bantalnya pun aku buat jugak. Fuh! Terasa cam best sebab dapat buat sendiri. Puas hati. Cuma aku yang excited ni tak sempat berfikir nak mencantik-cantikkan sarung tu dengan lebih kreatif. Nanti beli kain lagi pastu buat lebih cantik. Sarung bantal kena ada sekurang-kurangnya dua set sebab kalau-kalau baby termuntah ke, boleh ganti dengan yang lain. Masa Mawar dulu beli satu, dapat hadiah satu, memang ngam-ngam la. Tak payah banyak-banyak sangat. Sekarang ni pun bantal dia tergolek-golek je sebab bantal dah kecik. Eh! Bukan bantal yang kecik, tapi dia yang dah besar, huhuhu…
Ini bantal yang belum bersarung...pun buat sendiri jugak,huhuhu...

 Set sarung bantal pertama. Teddy kotak-kotak.

 Set sarung bantal kedua. Biru bunga-bunga.

Projek lain yang menanti untuk aku jahit adalah nursing cover, cadar tilam baby & barut. Barut tu aku nak buat yang jenis zap-on je. Tapi kat mana nak cari si zap-on tu? Hasben dah pergi beberapa kedai jahit tolong carikan benda tu tapi semua jenis yang besar dan keras. Zap-on tu macam pelekat kat beg tu. Dulu aku panggil dia “set-set”. Panggil berdasarkan bunyi yang dia keluarkan masa bukak dan tutup, hahahaha!…. Mana nak cari yang lembut-lembut dan nipis sikit ye?? Mungkin aku kena pergi Semua House atau Medan Mara nak cari benda tu kot. Ok la, nanti dah jumpa dan dah siap buat barut aku nak abadikan kat blog ni. Sekian.

Tuesday, November 27, 2012

Musim "Cuti"

Harini dah 27.11.2012. Bermakna ada lagi 3 hari nak habis bulan November 2012. Sebenarnya nak tulis pasal CUTI. Bulan ni aku dah ambik 8 hari cuti di mana 5 daripadanya adalah Cuti Kecemasan (EL)! Fuh, 3 hari je cuti terancang sebab nak pindah rumah aritu jadi memang cuti yang terancang. Yang lain-lain terpaksa EL sebab kes-kes kecemasan. Nasib baik cuti aku banyaaakkk lagi, hehehe... Aku memang simpan cuti untuk kes-kes macam ni. Sebab anak kecik lagi jadi simpan-simpan cuti dalam GCR ke memang aku tak simpan pun lagi. Sebabnya aku rancang akan mula menyimpan bila dah 10 tahun kerja. Makin lama kerja, makin naik pangkat, makin susah nak bercuti, jadi time tu la paling sesuai untuk simpan cuti. Ada orang simpan awal-awal sebab senang katanya. Terpulanglah pada masing-masing, tapi berdasarkan pengalaman aku tengok bos-bos aku, cuti diorang berlambak-lambak bila pangkat dah tinggi sebab susah nak cuti dan kadang-kadang takde keperluan untuk cuti. Last-last cuti burn gitu je. Rugi...rugi... Lagipun aku ada 30 tahun lagi nak kerja beb! (tu kalau umur panjang dan tak bersara awal, hehehe...)

Ok, berbalik kepada kepada cerita asal aku, 1hb je aku dah EL. Sebabnya? Aku pun dah tak ingat, almaklumla, banyak betul EL bulan ni sekaligus, huhuhu... Kemudian cuti rehat semasa cuti berapit Deepavali & Maal Hijrah (pindah rumah - cuti terancang maknanya), kemudian EL sehari selepas cuti yang panjang sebab jaga Mawar (anak makcik berkhatan, tak sampai hati nak hantar Mawar hari tu sebab taknak makcik terkejar-kejar antar anak dia pegi berkhatan, dah la tu anak last dia...biarlah...). Kemudian, hari Khamis aku cuti lagi, sebab Hasben masuk Emergency (sesak nafas, asthma, kesian dia...), hari Jumaat pulak, Mawar demam. sebelum tu Mawar selsema n batuk-batuk dah tapi tak demam. Bawak Mawar pegi klinik, aku EL lagi. Sabtu dan Ahad berehat gitu-gitu sambil pergi kenduri kawin sepupu hasben dan lepak-lepak di rumah sebab Mawar masih demam. Dia tak nak makan ubat. Ada ke patut dia luih balik ubat kalau aku bagi pastu muntah. Hari Isnin, aku dah siap-siap nak pergi kerja walaupun hati rasa berat sangat. Sebab malam tu dia batuk sambil nangis-nangis sebab kahak pekat. Oh lupa, cik kak ni pun ada asthma macam abah dia gak. Memang menjadi kebiasaan kalau abah dia selesema, batuk, selang sehari dua anak dia ngikut. Tak pun anak selsema, batuk, pastu abah dia ngikut... Mentang-mentanglah selama ni abah dia jaga dia, sume nak ikut abah ye...huhuhu...Eh, melalut lak. Hasben rasa badan Mawar, panas. Dia kata kena bawak gak pegi klinik yang biasa kitorg buat neb untuk Mawar. Jadi aku sms bos & ofismate bagitu aku masuk lewat. Lepas dah balik klinik dalam pukul 10 pagi, aku rasa kesian kat Mawar jadi aku ambik keputusan EL je la lagi, terus call bos bagitau aku EL (biasanya aku sms, tapi rasa tak sedap hati sebab dah banyak kali pulak EL so aku call la dia, nasib aku dapat bos-bos yang baik, alhamdulillah... dan pejabat aku pun sekarang macam tak banyak kerja, hehehe...).

Dan harini, Mawar dah tak demam. Malam tadi pun dia tido lena sebab makan ubat selsema, demam & asthma, tak berkutik tidonya. Terima kasih sangat-sangat pada Achik yang susah-susah datang rumah sebab nak tolong bagi Mawar makan ubat atau dalam ertikata lain, paksa Mawar makan ubat, huhuhu... Kalau tak, mungkin harini aku masih EL lagi!.Alhamdulillah, Hasben & Mawar dah beransur kembali sehat. Semoga kami sekeluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. Aku masuk semula ke ofis. Masuk-masuk terus isi permohonan cuti aku kat HRMIS. Penilaian prestasi & SKT pun aku submit sekali ke PPP sebab takut nanti dah terberanak, susah jadinya. Dan sekarang aku sedang menaip di blog ni, hehehe.... Dah, bole kemas-kemas meja, fail-fail dalam komputer, nota serah tugas pun dah boleh buat dah sebab nanti mungkin lepas cuti berpantang aku kena pindah sebab big bos dah nak pencen... 

Ok, chaiyukkk!!!!!!!!!!!..........

Tuesday, November 20, 2012

Certot : Isteri Buat Suami



Mungkin orang kata dia sudah gila. Tapi dia rasa dia masih waras.

“Calon Isteri untuk suami. Paling penting, rela berMADU. Kalau rela, baru boleh terus membaca ciri seterusnya. Seterusnya, berpersonaliti menarik, pandai bermanja-manja (gedik terlebih tidak digalakkan), pandai ambil hati lelaki, lemah lembut, sopan santun. Sila PM jika berminat”

Tapi, itulah status di Facebooknya. Itulah juga tweetnya sekian hari. Atau mungkin juga dia sudah mengiklankan kenyataan itu di www.mudah.my. Dia sedang berusaha mencarikan calon isteri baru buat suaminya! Suaminya sering merungut kerana dia tiada ciri-ciri seperti wanita di dalam iklannya itu. Kerana ciri-ciri itu, menyebabkan mereka selalu bergaduh. Mereka selalu berselisih faham. Panas. Yang selalunya dia akan makan hati. Dah puas dia cuba berubah, tapi dia tetap juga begitu dan isu pergaduhan tetap perkara yang sama. Jadi dia terfikir, mungkin dengan cara ini boleh menyelesaikan masalah.  Menambah apa yang kurang, melengkapkan apa yang tempang.

Ya, dia mungkin sudah gila. Jika bukan kerana kasih dan kasihan, mungkin dia sudah mengundurkan diri. Tapi padanya, sekali bersatu, biarlah selamanya. Jika ingin pergi biarlah Yang Maha Kuasa menjemputnya kerana dia tiada tempat untuk dituju. Mungkin bila dia sudah tiada lagi, baru dirinya akan lebih dihargai.


**Ada ke orang macam ni ek? huhuhu....

Saturday, November 17, 2012

Selamat Sudah Berhijrah

Alhamdulillah, akhirnya aku dah selamat berpindah ke rumah sewa baru. Walaupun agak kelam kabut mengemas barang, tapi akhirnya berjaya jugak memindahkan diri... :-) Masa hari perpindahan, aku sewa lori 5tan.. Dengan lori segabak itu, aku menjangkakan semua barang muat untuk diangkut sekali. Rupa-rupanya tidak! Ada banyak lagi barang yang tak muat dan diangkut guna kereta 3-4 trip..huhu...

Alkisah di rumah baru. Sebenarnya rumah ni belum betul-betul ready untuk duduk. Tuan rumah dah bgtau awal-awal, dia nak renovate dapur, nak tambah kabinet dan ejas tempat letak mesin basuh. Tapi bila mengenangkan aku yang dah sarat, terpaksa kami masuk jugak dulu sebab takut dah terberanak sebelum sempat pindah, lagi haru.. So sekarang walau dah pindah, aku tak boleh mengemas sangat sebab tengah bersemak dengan habuk-habuk dan barang-barang tukang. Nak-nak pulak minggu ni banyak cuti dan peraturan kat sini tak boleh ada kerja-kerja renovation masa cuti umum dan hujung minggu.

Walau apa pun, bersyukur sangat aku dah berpindah. Dapat tempat yang lebih selesa. Persekitaran yang lebih mendamaikan. Semoga dengan penghijrahan ini, rezeki kami akan bertambah-tambah dan rahmat Allah mencurah-curah masuk. Amin... Syukran lillah kerana Engkau telah memudahkan segalanya..


Blok sebelah ni tempat Mawar duduk bila aku pergi kerja.
Mawar duduk diam-diam ye, ibu nak berkemas...hehehe... boboiboy!

Friday, November 9, 2012

35 Weeks & Pindah Rumah

Minggu ni aku genap 35 minggu pregnent... Kejap je rasanya masa berlalu. Tiba-tiba, di hujung-hujung pregnen ni, aku menjadi sibuk dan lebih penat. Sibuk disebabkan jadual hidup dah berubah dalam sebulan lebih ni. Sejak hasben dah kerja dalam bidang F&B ni, jadual hidup kami bertiga terus berubah. Hasben pergi kerja saing dengan aku (drop dia kat stesen monorail) atau kadang-kadang dia lebih awal dari aku, pastu balikr umah dah pukul 9, 10 malam. Mawar jumpa abah dia kejap-kejap je. Aku pulak jadi sibuk dan bertambah penat dengan AtoZ kena buat, baik kerja rumah, menghitungkan Mawar dan "membawa perut"...huhuhu...

Esok aku pindah rumah. Bukan... Bukan rumah sendiri lagi... Masih berstatus penyewa. Aku menyewa rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja dan persekitaran manusia yang ok sikit mentalitinya. Aku harap dengan perpindahan ke tempat baru ni aku akan lebih tenang. Rumah sekarang yang aku duduk ni ok je, tapi tula, dikelilingi dengan orang yang mentaliti kelas ketiga, memang menyakitkan hati. Nak ke tempat kerja pon lebih dekat bagi semua pihak. Aku, hasben and adik aku... Oh ye, adik aku akan duduk sekali dengan aku memandangkan dia dapat kerja kat KL ni sementara dia nak mintak tukar balik Melaka.

Dah packing ke belum??? Satu habuk pon aku belum packing! Esok si apek tu nak datang pukul 9.30 pagi katanya. Kalau petang dia takut hujan. Aku sewa lori 5tonne. Banyak wooo barang-barang aku. Katil, tilam, almari, sofa dan segala mak nenek barang apa ntah ada kat dalam stor lagi. Penuh gile stor aku, ntah apa la barang-barang dalam tu. So petang ni, membawak ke malam sampai la pagi esok, aku akan buat kerja-kerja menge'pack' barang. Baju-baju sumbat dalam plastik. Aku harap aku dapat mengurangkan sekurang-kurangnya separuh barang yang kat dalam stor tu untuk dibuang, hehehe... Jadi tak perlu la bilik stor sangat kat umah sewa baru ni sebab rugi rasa kalau bilik elok-elok jadi stor, bole bagi tetamu tido or anak aku dok main-main ke...

Semoga semuanya berjalan lancar and aku "kuat" untuk tempoh berpindah ni. Harap baby dalam perut faham, demi untuk keselesaan kita semua ya sayang.. Segala kesulitan amatlah dikesali...huhuhu....

Sunday, October 28, 2012

Blaus Gedobos

Hahaha... Aku kan baru berjinak-jinak di bidang jahitan. Aku pergi kelas untuk jahit baju kurung tradisional je, tapi aku sibuk cuba buat blaus bagai... Aku rasa dengan adanya mesin jahit, macam-macam baju "fesyen ala aku" boleh dibuat. Yela, kalau pergi kedai nak beli baju, tang ade je tak kena. Corak dah cantik tapi ketat mentat. Ada yang dah longgar tapi corak pulak macam opah-opah. Sekarang pulak orang sibuk dengan baju dari kain lycra, jersi, cotton lembut tu dan sebagainya tapi nak cari saiz susah sebab kene bli saiz lebih besar sikit sebab baju dari kain tu jenis ikut bentuk badan. Hmmm...leceh kan...tu sebab aku asyik pakai baju yang sama je, bukan taknak beli bali baju baru (alasan! hahahaha)...

Makanya, sekarang aku dah bole buat sendiri blaus aku. Sehelai blaus kain lycra bersaiz S (cutting besar, biasanya aku pakai M tapi sekarang dah XL terus...) telah aku jadikan 'korban' untuk dijadikan ukuran. Disebabkan aku budak baru belajar, maka aku tetas bahagian lengan sebab nak ambil bentuk lengan. Disebabkan saiz S maka aku besarkan setiap tempat dalam 2 inci. Lepas gunting kemudian cantum mencantum. Bila dah siap buat leher dan mencantum aku pun try la kan. Sekali hambik kau, gedobos betol!...hahahaha...kain jenis lycra. Tapi takpela, disebabkan sekarang aku pun tengah pregnen, pakai je la, selesa betul. Pasni ada lagi 2-3 helai kain nak ku jadikan blaus. Tak tau la samada sempat atau tak sebab minggu depan dah sibuk nak pindah rumah dan bersalin dah, huhuhu...

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Diam tak diam, dah nak raya haji. Kuih raya puasa pun masih berbaki lagi, hahaha... Raya haji tahun ni aku beraya kat KL. Biasanya takde buat apa pun. Aku akan ke rumah nenek, makan-makan, borak-borak. Tahun ni pun aku tak ambik cuti awal. Jadinya, tinggal la aku kebosanan kat pejabat ni. Yang ada kat ofis harini bos aku sorang pastu ada 3 orang lagi dari unit lain. Yang lain semua dah cuti. Takpela, sabar je la menunggu pukul 5...huhuhu...

Ok la, selamat hari raya aidiladha! :D