Pages

Tuesday, November 20, 2012

Certot : Isteri Buat Suami



Mungkin orang kata dia sudah gila. Tapi dia rasa dia masih waras.

“Calon Isteri untuk suami. Paling penting, rela berMADU. Kalau rela, baru boleh terus membaca ciri seterusnya. Seterusnya, berpersonaliti menarik, pandai bermanja-manja (gedik terlebih tidak digalakkan), pandai ambil hati lelaki, lemah lembut, sopan santun. Sila PM jika berminat”

Tapi, itulah status di Facebooknya. Itulah juga tweetnya sekian hari. Atau mungkin juga dia sudah mengiklankan kenyataan itu di www.mudah.my. Dia sedang berusaha mencarikan calon isteri baru buat suaminya! Suaminya sering merungut kerana dia tiada ciri-ciri seperti wanita di dalam iklannya itu. Kerana ciri-ciri itu, menyebabkan mereka selalu bergaduh. Mereka selalu berselisih faham. Panas. Yang selalunya dia akan makan hati. Dah puas dia cuba berubah, tapi dia tetap juga begitu dan isu pergaduhan tetap perkara yang sama. Jadi dia terfikir, mungkin dengan cara ini boleh menyelesaikan masalah.  Menambah apa yang kurang, melengkapkan apa yang tempang.

Ya, dia mungkin sudah gila. Jika bukan kerana kasih dan kasihan, mungkin dia sudah mengundurkan diri. Tapi padanya, sekali bersatu, biarlah selamanya. Jika ingin pergi biarlah Yang Maha Kuasa menjemputnya kerana dia tiada tempat untuk dituju. Mungkin bila dia sudah tiada lagi, baru dirinya akan lebih dihargai.


**Ada ke orang macam ni ek? huhuhu....

4 comments:

  1. Replies
    1. Takde sape2 pon Nozie... Tu sbb aku pon tny, ade ke org mcm ni? huhuhu...

      Sebenarnya Certot = Cerita Kontot yang kebanyakannya aku buat lepas baca buku or sesuatu bahan bacaan or selepas sesuatu kejadian... Contohnya macam lepas baca novel, perasaan nak karang novel membuak-buak, tp biasanya akan senyap je lepas tu,hahahaha....jd aku jdkan la semangat berkobar tu certot-certot je. Nak buat novel blom mampu..hahahaha

      Delete
  2. soalan aku lak, ade ke laki camni? masa sebelum kawin takde pulak isu 'tiada ciri2 wanita idaman'? nape dah kawin baru kuar isu2 ni? grrrr..

    pernah terbaca ntah kat mana ntah.. kalau nak rumahtangga tu aman/bahagia etc, isteri & suami sama2 perlu jaga solat 5 waktu..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tu la kan Liza...dulu u jump i jump kunun...

      Delete

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.