Pages

Tuesday, November 27, 2012

Musim "Cuti"

Harini dah 27.11.2012. Bermakna ada lagi 3 hari nak habis bulan November 2012. Sebenarnya nak tulis pasal CUTI. Bulan ni aku dah ambik 8 hari cuti di mana 5 daripadanya adalah Cuti Kecemasan (EL)! Fuh, 3 hari je cuti terancang sebab nak pindah rumah aritu jadi memang cuti yang terancang. Yang lain-lain terpaksa EL sebab kes-kes kecemasan. Nasib baik cuti aku banyaaakkk lagi, hehehe... Aku memang simpan cuti untuk kes-kes macam ni. Sebab anak kecik lagi jadi simpan-simpan cuti dalam GCR ke memang aku tak simpan pun lagi. Sebabnya aku rancang akan mula menyimpan bila dah 10 tahun kerja. Makin lama kerja, makin naik pangkat, makin susah nak bercuti, jadi time tu la paling sesuai untuk simpan cuti. Ada orang simpan awal-awal sebab senang katanya. Terpulanglah pada masing-masing, tapi berdasarkan pengalaman aku tengok bos-bos aku, cuti diorang berlambak-lambak bila pangkat dah tinggi sebab susah nak cuti dan kadang-kadang takde keperluan untuk cuti. Last-last cuti burn gitu je. Rugi...rugi... Lagipun aku ada 30 tahun lagi nak kerja beb! (tu kalau umur panjang dan tak bersara awal, hehehe...)

Ok, berbalik kepada kepada cerita asal aku, 1hb je aku dah EL. Sebabnya? Aku pun dah tak ingat, almaklumla, banyak betul EL bulan ni sekaligus, huhuhu... Kemudian cuti rehat semasa cuti berapit Deepavali & Maal Hijrah (pindah rumah - cuti terancang maknanya), kemudian EL sehari selepas cuti yang panjang sebab jaga Mawar (anak makcik berkhatan, tak sampai hati nak hantar Mawar hari tu sebab taknak makcik terkejar-kejar antar anak dia pegi berkhatan, dah la tu anak last dia...biarlah...). Kemudian, hari Khamis aku cuti lagi, sebab Hasben masuk Emergency (sesak nafas, asthma, kesian dia...), hari Jumaat pulak, Mawar demam. sebelum tu Mawar selsema n batuk-batuk dah tapi tak demam. Bawak Mawar pegi klinik, aku EL lagi. Sabtu dan Ahad berehat gitu-gitu sambil pergi kenduri kawin sepupu hasben dan lepak-lepak di rumah sebab Mawar masih demam. Dia tak nak makan ubat. Ada ke patut dia luih balik ubat kalau aku bagi pastu muntah. Hari Isnin, aku dah siap-siap nak pergi kerja walaupun hati rasa berat sangat. Sebab malam tu dia batuk sambil nangis-nangis sebab kahak pekat. Oh lupa, cik kak ni pun ada asthma macam abah dia gak. Memang menjadi kebiasaan kalau abah dia selesema, batuk, selang sehari dua anak dia ngikut. Tak pun anak selsema, batuk, pastu abah dia ngikut... Mentang-mentanglah selama ni abah dia jaga dia, sume nak ikut abah ye...huhuhu...Eh, melalut lak. Hasben rasa badan Mawar, panas. Dia kata kena bawak gak pegi klinik yang biasa kitorg buat neb untuk Mawar. Jadi aku sms bos & ofismate bagitu aku masuk lewat. Lepas dah balik klinik dalam pukul 10 pagi, aku rasa kesian kat Mawar jadi aku ambik keputusan EL je la lagi, terus call bos bagitau aku EL (biasanya aku sms, tapi rasa tak sedap hati sebab dah banyak kali pulak EL so aku call la dia, nasib aku dapat bos-bos yang baik, alhamdulillah... dan pejabat aku pun sekarang macam tak banyak kerja, hehehe...).

Dan harini, Mawar dah tak demam. Malam tadi pun dia tido lena sebab makan ubat selsema, demam & asthma, tak berkutik tidonya. Terima kasih sangat-sangat pada Achik yang susah-susah datang rumah sebab nak tolong bagi Mawar makan ubat atau dalam ertikata lain, paksa Mawar makan ubat, huhuhu... Kalau tak, mungkin harini aku masih EL lagi!.Alhamdulillah, Hasben & Mawar dah beransur kembali sehat. Semoga kami sekeluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. Aku masuk semula ke ofis. Masuk-masuk terus isi permohonan cuti aku kat HRMIS. Penilaian prestasi & SKT pun aku submit sekali ke PPP sebab takut nanti dah terberanak, susah jadinya. Dan sekarang aku sedang menaip di blog ni, hehehe.... Dah, bole kemas-kemas meja, fail-fail dalam komputer, nota serah tugas pun dah boleh buat dah sebab nanti mungkin lepas cuti berpantang aku kena pindah sebab big bos dah nak pencen... 

Ok, chaiyukkk!!!!!!!!!!!..........

8 comments:

  1. cuti aku tinggal 9 hari je, compare last year aku ada 25hari. tp bil aku audit balik aku byk cuti ms fahry xsehat aritue. aku pon xnak syg cuti lah jgk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg cuti aku dah tinggal 14 hari selepas tolak EL tu sume... Tula, setakat ni sehari pun aku belum simpan dalam GCR tu. Bos-bos aku bawak cuti kehadapan berpuluh-puluh hari sebab GCR dah penuh, last-last cuti burn. Pdhal dia ada lg 8 thn nak pencen, katanya GCR dah lama penuh dah...huhuhu...

      Delete
  2. hahaha.. saya ber EL lan minggu sebelum ayu tu.. haish sorang2 demam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira demam berganti-ganti la kau kan...hehehe... alhamdulillah sume dah sihat kan skrg?...Memang tengah musim demam skrg ni, cuaca pun x menentu...

      Delete
    2. ha ah.. rasa macam marathon pon ada..sekrang sume tengah berselera makan. bulat balik la si edil tu nanti... hihi.... saya pon xde simpan GCR pon lagi.. hahahaha... dah keje terus kawen, memang jangan harapla.

      Delete
  3. jeles ngan korang hehe..
    cuti aku dah -ve 8 hari.. kena tolak gaji..
    tahun ni banyak ambil cuti sbb morning sickness teruk dulu tu. MC tak dpt so kene la apply cuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ye ke...sian ko...xpela liza, dugaan semua tu..insyaAllah ade rezki besar nnt...
      weh, bukak la bakeri....huhuhu...tiba-tiba je kan aku...

      Delete
    2. ha ah la liza!!! saya sokong!!! buat penat je keje engineering ni. skill dah ada...

      Delete

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.