Pages

Saturday, May 26, 2012

Cadar Baby

Haritu dah sarung bantal, now sarung tilam a.k.a. cadar pulak. Aku selalunya gunting kain untuk buat macam-macam pastu jahitnya kemudian. Kemudian tu makan masa minggu jugak sebab yang free weken je. Kalau hari biasa nak buat malam-malam agak susah sebab Mawar takkan senang hati biarkan aku duduk menjahit sedangkan dia kena tidur. Nak buat time dia dah tidur, aku pulak dah ngantuk sebab nak kene bangun pagi keje pulak. Jadinya bermula Jumaat malam Sabtu membawa ke hari Ahad, bila-bila ada free aku akan mencilok untuk menjahit. Itu yang kadang-kadang aku boleh lupa kain tu aku potong nak buat apa sebenarnya. Ukuran macam mana dan sebagainya. Di sebabkan dah terkena haritu (awal-awal excited, semua buat by heart je) jadi aku pun dok tulis ukuran-ukuran dan tanda sikit-sikit pada kain.

Tengoklah buku yang aku tulis ukuran tu, "cantik" aje kena conteng dengan pembantu peribadi aku! Huhuhu...

Ni rupa cadar yang dah siap dijahit untuk tilam saiz baby. buat 2 helai, sama je coraknya. Sebenarnya terlebih beli kain pastu dah tak tau nak buat apa, buat cadar je la semua, hahaha....

Saturday, May 19, 2012

Selimut Cik Kak Dan Adik

Masa beli kain-kain untuk dibuat sarung bantal, cadar dan bermacam lagi projek aku, aku belikan sekali kain cotton untuk dijadikan selimut buat Cik Mawar. Aku beli semeter setiap corak. Kakak selai, adik selai. Masa nak potong-potong kain tu, aku tunjuk kat Mawar, bagitau yang ni untuk kain selimut Mawar, yang ni adik punya... Dia berulang kali lalu lalang pastu cakap, "Wah! Antiknyer... Ni kakaknyer, ni adiknyer" Pastu dok gomol-gomol kain tu. Alahai, comelnya aku rasa. Dia dah faham dah apa aku cakap cuma aku je yang tak faham apa yang dia cakap kalau dia mula "membebel", huhuhu... 

Tapi sebenarnya Mawar jenis yang tak pakai selimut masa tidur. Walau ngantuk macam mana sekalipun bila dia dah tidur, kalau aku selimutkan dia, tak sampai 2-3 minit dia dah tendang kain tu ke tepi, hahaha... Tapi sekarang aku akan cuba pujuk dia untuk pakai sebab nak kena biasakan dari kecik, lagipun dia anak perempuan, kena berselimut. Tu sebab asyik puji kata selimut dia cantik, comel. Malam tadi dah mula pakai selimut tu tapi macam biasa, seminit dua je, pastu dia tarik selimut tu gumpal-gumpal (buat bentuk bergulung macam bantal dah) pastu dia tutup telinga dia. Bila dia dah tido, aku selimutkan semula, bila tengah malam terbangun selimut tu dah ke mana-mana ntah, hahaha... Tapi takpe, perlahan-lahan nanti dia akan berselimut jugak. :)

Wednesday, May 9, 2012

Senyum Sendirian

Hari ini bosan-bosan di ofis. Tiba-tiba teringat nak print resepi buat biskut biskutan. Memandangkan nak raya nanti, boleh la aku praktis awal-awal (ceh! beraya ingat, puasa dah habis ganti ke belum??), hehehe...

Rupa-rupanya resepi ada dalam netbook kat rumah. So, aku buka la emel kot kot la emel asal yang dapat dari kawan tu masih ada. Sedang mencari-cari tiba-tiba aku ternampak emel lama. Lamaaaaa emel tu, sekitar Mac 2006. Dah 6 tahun emel tu ada lagi dalam inbox yang sebenarnya aku dah simpan dalam folder khas. Emel berbalas-balas dengan seseorang. Kemudian beberapa siri emel dengan orang yang sama tapi tajuk berlainan. Wah, emel itu mampu membuatkan aku tersenyum sendiri! Gedik rasa...hahaha... 

Emel pertama aku yang beri pada dia untuk bagi link website@forum untuk bersosial dengan bekas kawan-kawan sekolah menengah kami (kami sesekolah dulu) dan juga cerita pasal reunion yang akan dibuat nanti. Kemudian dibalas-berbalas dengan tanya khabar, terbabit cerita kawan-kawan kawin, dia ajak jumpa untuk belanja makan (nak memancing la tu...hehehe). Kemudian dalam 2 bulan tidak beremel. Mungkin masa tu kami dah berhubung pakai telefon rasanya. Kemudian banyak lagi emel-emel rentetan, tuju-tuju lagu dan lain-lain lagi yang tak perlu aku cerita, huhuhu... Memang emel-emel itu mebuatkan aku tersenyum memandangkan aku beremel dengan dia dengan bahasa diri "kau-aku". Tapi dia lebih lembut dan santun dengan "saya-awak". 

Ah! Semua ini gara-gara aku sedang menghadam novel "Perempuan Nan Bercinta" karya Dr. Faisal Tehrani yang aku beli di Pesta Buku tempohari. Selamat membaca untuk diriku.

Tuesday, May 8, 2012

Certot : Semak!


Engkau. Ye engkau! Engkau tahu tak bahawa aku ini bukan seperti engkau? Engkau tahu tak bahawa hidup aku bukannya 100% malah 50% pun tidak untuk dicurahkan dengan menjadi hamba kerja?Agenda hidup aku bukan setakat hanya di pejabat.  Aku datang ke tempat kerja hanyalah menunaikan tanggungjawab aku untuk mencari rezeki. Jika ada hal berebut karpet, penyapu dan kertas di seputarku selagi tidak menjejaskan periuk nasi aku, ada aku kesah? Asalkan tidak mengganggu hidup aku, asalkan tidak menjejaskan rezeki aku, tidak kuasa aku nak kesah!

Maaf andai engkau tersinggung. Aku sudah semak dengan ngomelan-ngomelan engkau yang tidak berkesudahan. Apa yang engkau dapat dengan mengomel itu ini pasal dia? Lagi kerap engkau bercerita pasal dia, lagi kerap jugalah dia akan “menari-nari” di depan mata engkau. Engkau tahu tak? Tau tak? Semakin banyak engkau sebut nama dia, semakin banyak engkau bercerita pasal dia, semakin banyak pahala dia dapat? Semakin banyak dosa engkau dapat? Dan semakin semak aku yang mendengarnya. Mula-mula dulu, aku pun meluat dengan mereka-mereka, tetapi apa guna aku rosakkan hati aku dengan merasa jaki kepada mereka? Apa yang aku dapat? Semak! Maka, tidak bolehkah engkau berlapang dada? Tidak bolehkah engkau lantakkan sahaja dia-dia itu? Jika dia-dia itu mengganggu periuk nasi engkau, mengganggu engkau membuat kerja, cakaplah terus terang dengan dia. Jangan cakap dengan aku lagi. Semak! Banyak lagi hal lain yang aku boleh fikir. Banyak lagi hal lain yang boleh dibicarakan untuk menambah pahala.

Moga engkau mengerti.

Monday, April 23, 2012

Ayu's Pizza

Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mengisi masa dengan membuat pizza!... Cuti hari pertabalan agung. Maka makan lah makanan agung ini, hahaha.... Aku tengok banyak je cara-cara dengan resepi membuat pizza simple kat internet. Hasil gabungan beberapa cara dan resepi, maka terhasil lah pizza ni... Rasa dia best! macam nak buat hari-hari je, tapi nak menguli tu yang malas sikit. Hehehe...


Pavlova je masih belum buat... Mood memasak macam terhenti seketika sebab sekarang sedang teruja untuk belajar menjahit... Hehehe...

Monday, April 9, 2012

Red Velvet??

Kenapa tajuk ada tanda soal? Hahaha... Sebenarnya aku tak pernah rasa kek red velvet yang sebenar. Yang aku pernah rasa red velvet ni adalah froyo tutti frutti. Biasala kan, ada oven, jadi semangat membakar berkobar-kobar. Aku mencari bahan semua bagai nak dekat seminggu baru cukup semua. Aku ikut resepi dari blog yang aku 'google-google' kat internet ni kat sini dengan kat sini. Klik la kalau nak tau resepi dengan cara-cara nak buat.
Aku buat hari ahad, time tu mertua aku ada di KL. Dah la 1st time buat, siap nak bagi orang rasa, sungguh tidak agak-agak aku ini! hahaha... Tapi, kira boleh la jadi dalam 80% kot kek tu. Cream cheese dia macam cair. Pastu buat dua lapis tapi macam layer tak menjadi je. Dah la tak pernah sapu cream cheese, selekeh sungguh (sila abaikan ye...) Siap buat dua jenis, satu kotak satu bulat! hahaha...


Apa-apa pun, aku telah berjaya mencubakan diri membuatnya. Tahniah untuk diri sendiri! :D. Lepas ni projek pavlova pulak. Mungkin weken ni boleh buat, tengok resepi macam senang je...huhuhuhu...

Saturday, April 7, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-3 \(^_^)/


29 Mac 2012. Alhamdulillah, genap 3 tahun usia perkahwinanku... Seperti tahun-tahun sebelum ni, dan sambutan-sambutan hari lahir seblum ni, kebanyakannya kami habiskan masa dengan M.A.K.A.N. hahahaha... Kalau itu boleh menggembirakan, why not?? Terima kasih buat suamiku terchenta sebab bawak makan kat tempat gayat! Dah hampir 30 tahun hidup, tu la kali pertama aku menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur. Alhamdulillah, untuk benda-benda 1st time, aku lebih suka kalau buat bersama dia walaupun mungkin dia dah 2-3 times...huhuhu....

 
Pemandangan sungguh menggayatkan. Nampak keliling KL. Ofis pun boleh nampak tapi rumah je tak nampak sebab jauh sangat dah (melampau la kalau sampai ke Bandar Tun Husin Onn pon boleh nampak! hahaha)...
Makanan kat situ best! Disebabkan lapar, hanya gambar makanan yang sedang dimakan je dapat di ambil, huhuhu...
 
Alhamdulillah, kenyang! 

Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhirat dan dipenuhi dengan kebahagiaan dan dilimpahi rahmat dari-Nya. Amin. Syukran Lillah...