Alhamdulillah, bulan Oktober ini
dimulakan dengan berita dan pengharapan yang baik. Bukan sekadar pengumuman
bajet, tapi lebih kepada sumber rezeki buat kami sekeluarga. Allah maha
berkuasa. He can change our planning in a split second!..
Jika diikutkan, semalam adalah
hari pertama Mawar ke Tadika Pasti. Hasben akan berada jauh di perantauan untuk
tempoh sebulan setengah sebelum aku deliver early Disember. Semua telah
dirancang sejak lama tetapi baru seminggu dua ni menguruskan semua hal sebelum
keberangkatan (dijangka Ahad, 30 September) sebab masing-masing berat hati. Tapi, demi keluarga “kepergian” itu harus
dan terpaksa direlakan.
Kuasa Allah, pada hari yang
sepatutnya tiket dibeli (Khamis, 27 Sept), satu berita mengujakan diterima.
Pakcik Man (bapa saudara) mintak abah kerja dengan dia jadi
pengurus food court yang baru diambil alih olehnya. Wow??!! Hasben memang
pernah berniat untuk terlibat dengan bidang F&B ni tapi masih belum
bermodal dan sekarang peluang terbuka luas depan mata. Berfikir hanya dalam
sekelip mata jua, maka tawaran diterima. "Ok, minggu depan (1 Oktober) mula
kerja tapi esok datang dulu kat food court bangunan tempat kerja Pakman untuk
bincang".
Hari ini, alhamdulillah, masuk
hari kedua hasben bekerja di situ dan dia sukakannya. Semoga semuanya berjalan
lancar dan kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Syukran Lillah...
Habis tu, Mawar pergi Taska tak??
Sudah tentu tidak...huhuhu... Achik (isteri Pakcik Man) beriye nak jaga Mawar
sementara aku nak bersalin lagi dua bulan ni. Ateh, Andak pun tak bagi hantar
ke Taska lagi. Katanya Mawar kecik lagi (dah 2 tahun 3 bulan la...) pastu belum
pandai cakap, nanti kalau ada orang buli dia tak pandai nak mengadu
(mentang-mentang cucu sulung, manja ye!), huhuhu... Ok la, aku mengalah, hantar
la pada Achik. Sebenarnya aku taknak menyusahkan orang sebab aku tau, Achik ni
walaupun tak kerja dah (bersara awal) tapi dia banyak aktiviti. Takpela, tengok
dulu macam mana seminggu ni, harap semua berjalan lancar.
Sesungguhnya perancangan Allah tu kita tak tahu dan tak
terjangkakan. Dan semestinya, ikutlah perancanganNya yang tentunya lebih baik
dan memberi seribu rahmat. Syukran ya Allah...
No comments:
Post a Comment
Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.