Aku cuti raya seawalnya tahun ni. Rabu dah cuti dah. Bukan apa, cuti banyak lagi pastu semangat nak menjahit berkobar-kobar sebab baru dapat mesin jahit kan... Achik ada bagi kain cotton jepun corak polkadot, sweet je kaler dia. Achik beli kat Indon, katanya ada 2meter, bole la buat baju Mawar.. Aku pon potong la kain tu untuk buat baju kurung. Hantar ke kedai untuk jahit tepi siap dah. Semasa hari kejadian, hari Khamis, hari yang kami bercadang nak balik Melaka. Pagi tu konon aku siapkan jahit baju Mawar pastu hasben kata nak beli baju raya dia b4 balik Melaka. Cadangnya nak keluar ke kL pukul 10pagi balik umah lepas zohor, kemas-kemas baju pastu balik Melaka lepas asar ke, janji sempat sampai b4 berbuka.
Lepas sahur, aku cuba tidokan Mawar,tapi dia takmau tido. Macam tau-tau je aku ada projek. Akhirnya dia tido pukul 7.30. Aku pon mula la projek menjahit. Senang je, takat nak cantum-cantumkan je. Cantum punya cantum, skali aku tengok pesak dia macam terkontot pulak! Dah cantumkan dengan badan, rupanya terkontot nak dekat 2inci! Maybe masa potong-potong pesak aku tak lebihkan untuk basi atas bawah, almaklumla, baru 1st time..hehe.. Termenung aku jap..pastu tiba-tiba cik kak bangun dah. Eh, kejap je ke dia tido? Sekali aku tengok jam dah pukul 10! Peh, kata kejap je cantum-cantum kan?hahaha...yela,aku nak masukkan benang lagi, nak operate mesin, baru nak guna, terkial-kial dibuatnya. Alasan..alasan..
Aku tinggalkan baju kurung separa siap Mawar tu dulu. Kain untuk baju tu pon tak buat lagi. Last-last, beli jela jawabnya baju dia, hahaha... Beli kat Keluargaku, Bukit Piatu, dekat-dekat dengan Masjid Al-Azim tu. Comel-comel je baju-baju kurung budak kat situ. Nasib baik jumpa yang warna nak dekat sama dengan baju aku, kira ok la tu...dia pon bukannya pakai lama. Silap-silap pagi raya tu je... Harga pon murah... Habis cerita!...
Status Terkini :
Baju dan kain dah siap jahit, cuma belum pakai je lagi... Baju tersenteng la dalam 2 inci kot...hahaha...

No comments:
Post a Comment
Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.