Pages

Sunday, August 12, 2012

My New Toy!


Ceh, tajuk omputih… Aku dah ada mesin jahit sendiri! Alhamdulillah… Moga-moga aku akan rajin dan memanfaatkan mesin tu dengan sepenuhnya. Aku beli mesin ni masa ada promotion, separuh harga dari biasa, sekarang harga dia dah kembali normal, RM4000 kau!... Mesin jahit aku ni ada dua fungsi; jahit & sulam. Yang part sulam aku belum cuba godek lagi. Aku nak mahirkan guna button-button untuk jahit dulu pastu nanti baru masuk bab sulam menyulam. Aku baru guna jahit jenis lurus je, ada beratus lagi aku belum cuba. Dengan tapak-tapak untuk jahitan lagi. Nak masukkan benang bawah pun terkial-kial sebab nak kasik benang lalu atas bobbin, fuh, berpeluh gak buat kerja-kerja “seni” ni, huhuhu...

Google je gambar ni. Rupa mesin jika bersekali dengan tapak untuk sulam.
Rupa mesin tanpa tapak sulam.
Ya, aku tau, MASA memang terhad sebagai wanita berkerjaya (huh, bajet...) dengan anak lagi, rumah lagi nak diuruskan, tapi aku percaya, kalau kita bijak bahagikan masa, susun elok-elok, pasti akan ada masa untuk apa-apa pun. Aku perhatikan hidup aku diawal-awal kawin, pun time tu aku rasa macam tak cukup masa padahal bukannya ada anak lagi. Sebenarnya tanpa disedari masa aku banyak terbuang macam tu aje. Pernah satu ketika, aku dengan hasben perasan benda ni, jadi kitorg cuba isi masa dengan beraktiviti (main badminton, tengok wayang dll) dan hasilnya memang terbukti, masa sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang selalu gagal menguruskan masa kemudian menyalahkan masa kerana tiada untuk kita. Eh! Ni dah bab lain dah ni.. dah bab Fadilah Kamsah dah ni...huhuhu...

*Masa baru dapat mesin ni seminggu sebelum raya, aku sangat berkobar-kobar nak menjahitkan baju kurung raya untuk Mawar. Nanti aku ceritakan tragedinya dalam entry lain...

3 comments:

  1. Hi awk.. nk tumpang tye.. ok x mesin nv950 ni??. Sy bcadang nk beli.. just utk blajar jahit baju kuarge n simple2 lgsir.. niat nk beli nv950 ni sbb ade function jahit tepi.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...
      Setakat ni alhamdulillah, sgt cemerlang... (baru jahit sikit je pun...hehehe). Yg function jahit tepi tu untuk sikit2 bole la, tp kalau mcm baju kurung nak jahit tepi guna mesin ni, x seswai...jahit tepi dia mcm guna untuk claim2 tepi lengan, leher...

      Delete
  2. kalau nak menyulam, perlu ke letak benang bawah? atau guna benang atas je?

    ReplyDelete

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.