Pages

Sunday, August 12, 2012

My New Toy!


Ceh, tajuk omputih… Aku dah ada mesin jahit sendiri! Alhamdulillah… Moga-moga aku akan rajin dan memanfaatkan mesin tu dengan sepenuhnya. Aku beli mesin ni masa ada promotion, separuh harga dari biasa, sekarang harga dia dah kembali normal, RM4000 kau!... Mesin jahit aku ni ada dua fungsi; jahit & sulam. Yang part sulam aku belum cuba godek lagi. Aku nak mahirkan guna button-button untuk jahit dulu pastu nanti baru masuk bab sulam menyulam. Aku baru guna jahit jenis lurus je, ada beratus lagi aku belum cuba. Dengan tapak-tapak untuk jahitan lagi. Nak masukkan benang bawah pun terkial-kial sebab nak kasik benang lalu atas bobbin, fuh, berpeluh gak buat kerja-kerja “seni” ni, huhuhu...

Google je gambar ni. Rupa mesin jika bersekali dengan tapak untuk sulam.
Rupa mesin tanpa tapak sulam.
Ya, aku tau, MASA memang terhad sebagai wanita berkerjaya (huh, bajet...) dengan anak lagi, rumah lagi nak diuruskan, tapi aku percaya, kalau kita bijak bahagikan masa, susun elok-elok, pasti akan ada masa untuk apa-apa pun. Aku perhatikan hidup aku diawal-awal kawin, pun time tu aku rasa macam tak cukup masa padahal bukannya ada anak lagi. Sebenarnya tanpa disedari masa aku banyak terbuang macam tu aje. Pernah satu ketika, aku dengan hasben perasan benda ni, jadi kitorg cuba isi masa dengan beraktiviti (main badminton, tengok wayang dll) dan hasilnya memang terbukti, masa sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang selalu gagal menguruskan masa kemudian menyalahkan masa kerana tiada untuk kita. Eh! Ni dah bab lain dah ni.. dah bab Fadilah Kamsah dah ni...huhuhu...

*Masa baru dapat mesin ni seminggu sebelum raya, aku sangat berkobar-kobar nak menjahitkan baju kurung raya untuk Mawar. Nanti aku ceritakan tragedinya dalam entry lain...

Friday, August 10, 2012

Baju Pertama Jahitanku

Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita (sejak kecik) @ azam (2009-2012) aku nak belajar menjahit. Tiap-tiap tahun aku google mencari tempat untuk belajar. Setelah bertahun akhirnya aku memuktamadkan untuk belajar di Mariati Design. Aku pilih kelas jahitan baju kurung tradisional dengan MD ni sebab dia buat kelas secara intensif dan tak ambik banyak masa aku. Cuma belajar dua hari dari pukul 10pg sampai 5ptg untuk sepasang@sejenis baju. Yuran dia pun kalau convert pada yang belajar tiap-tiap minggu, 2-3 jam seminggu, sama jugak kira-kiranya malah lebih murah. Tang komitmen nak kena pergi setiap minggu yang kadang-kadang ambik masa 2-3 bulan tu yang buat aku malas sangat nak pergi awal-awal dulu. Bila terjumpa MD ni, baru bersemangat, lagipun dekat jugak nak pergi belajar kat Puncak Jalil.

 Aku belajar 12-13 Mei 2012 yang lepas. Baru sekarang nak cerita sebab weken ni aku akan dapat mesin jahit pertamaku! Hasil belian secara "kutu". Mesin ni pun beli dengan MD secara "kutu". Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok kat blog kakak tu. Ok, ni baju pertama jahitanku. Kain jenis english cotton sebab baru belajar kena pakai kain-kain jenis senang bentuk atau “ngikut kata”. Kalau kain licin susah dan lambat sikit. Dengan cemerlangnya aku berjaya buat baju pada hari pertama siap sempat sembat dengan jahit butang kat leher sebab sementara menunggu member lain menjahit (ada jugak yang bawak kain licin lembut gebu...). Hari kedua buat kain dalam masa sejam lebih la. Tengahari dah balik sebab dah siap semua. Dah dapat sijil, aku pun balik dengan hati berbunga-bunga seperti bunga di baju jahitanku! Alhamdulillah....



Thursday, August 9, 2012

Persiapan Raya 2012


Bonus! Bonus! Alhamdulillah, ade gak suntikan dana untuk raya ni. Lega sikit nak berbelanja itu ini nanti. Bila cakap pasal bonus ni, boleh tak kalau aku nak rasa tak puas hati dengan statement sape ntah kat paper. Dia pekerja swasta. Katanya kerajaan jangan bagi bonus sebab nanti harga barang naik. Eh! Hello, kerajaan bagi bonus setengah bulan gaji je tau… berapa sangatlah nak dibandingkan dengan bonus yang swasta dapat? Paling kurang sebulan gaji. Jangan iri dengan rezeki orang, doakan Allah bagi lebih rezeki lagi kat diri sendiri lagi bagus…

Berbalik kepada persiapan raya, tahun ni baju raya adalah untuk 3 orang. Baju Cik Mawar dah beli, ada la 3-4pasang gaun kembang-kembang. Ingat nak topap lagi beberapa helai playwear memandangkan cik kak dah makin besar pastu banyak baju dah comot, huhuhu… Untuk aku, macam tahun-tahun lepas adalah baju kurung. Baju dah siap awal-awal sebelum puasa lagi. Sebenarnya baju kurung tu baju kerja, tapi memandangkan nak raya, aku tak pakai lagi sebab nak pakai masa raya, jimat dah, hahaha… Biasanya orang lain kalau baju raya memang lain dari biasa, ye la, dengan manik sarat, sulam mulam, lace kilat-kilat, dan macam-macam rupa bentuk, tapi aku selesa dengan baju kurung. Tudung je belum cari lagi. Konon nak pakai tudung chiffon, chewah, kemain! Tapi, sume tudung jenis tu kontot-kontot. Saiz S, M, hampeh... Untuk abah pulak? Kesian… Baju melayu dia tak hantar jahit sebab aku dah boikot tailor yang aku dah tempah baju dengan dia sejak kecik, huhuhu… Kain tu nanti bila aku dah pandai jahit baju melayu la aku buat…sabar ye abah… So, baju untuk abah je belum ada lagi dan rancang nak pergi beli weken ni atau minggu depan.

Persiapan raya gitu-gitu je sebab rumah aku biasanya takde orang pun datang beraya kecuali sorang dua kawan abah. Kami dah gotong royong bersihkan rumah sebelum puasa sebab tahun ni aku mengandung, jadi mungkin puasa nanti letih. Jadi abah dah ajak kemas rumah awal-awal. Memandangkan duduk rumah flat yang sekangkang kera, makanya sikit je la ruang yang nak dikemas, bagus, jimat tenaga (tu sebab aku tak duduk rumah yang luas-luas, nanti penat mengemas…hahahaha…alasan je, cuba kalau ada banglo, berebut nak duduk!). Langsir ke, perabot ke takde tukar-tukar. Cuma kalau mesin jahit aku dapat awal boleh la aku jahit kain langsir yang dah 3tahun terperap. Tapi semua tu adalah kalau...hehehe...

Kuih raya pun tunjuk-tunjuk siap kecuali sejenis iaitu popiah kacang hijau. Aku suka sangat kuih tu sampai terasa nak buat sendiri. Sebelum puasa ada cuba buat coklat chip, tapi hangit! Penat dah ejas suhu, tetap hangit pahit, huhuhu... Tahun ni beraya di Melaka. Beraya di Melaka bermakna beraya di rumah sendiri je. Paling kurang pun pergi rumah paklong dengan rumah abg ude. Tak ramai sedara maka aku akan melawat Mahkota Parade, Tesco, Jusco dan yang sewaktu dengannya, jangan pergi zoo sudah! huhuhu...

Monday, August 6, 2012

Berbuka Di Double Tree By Hilton


Rezeki tahun ni. Alhamdulillah, big bos nak belanja kami sepejabat sefamily untuk berbuka puasa di Hotel Double Tree by Hilton. Ni tahun last dia dalam perkhidmatan awam sebab lepas ni dia bersara dah. Terima kasih Dato’… Semoga Dato’ sekeluarga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah selalu…
Deco-deco (sikit je ambik gambar)
Ok, berbalik kepada bab berbuka tadi, aku pergi sekeluarga dengan perut kosong (ye la, puasa mesti la perut kosong. Lagipun kami simpan perut untuk sumbat dengan makanan yang best kat hotel dengan makan sahur pun ala kadar je…). Sampai kat hotel dalam pukul 6.45pm. Aku memang suka tengok hotel ni, cantik, kemas, memang klass la kau hotel! Memandangkan hotel yang macam ni punya rupa, aku terbayangkan buffet dia mesti gempak. Peh, makin bergendang perut dibuatnya, tapi sabar sebab belum pun waktu berbuka.
Kambing yang tergolek
Tempat makan di tingkat 11. Aku tak pasti apa namanya tapi survey di internet, nama dia Makan Kitchen. Meja kami di hujung-hujung, agak jauh dari makanan tapi takpelah, boleh bersenam kasi makanan turun ke perut sementara berjalan nak pilih makanan lain. Sampai-sampai je kami disambut dengan kambing yang tergolek dalam dulang. Aku dengan hasben dah sengih-sengih. Jaga kau kambin, akan kami kerjakan kau kejap lagi. Aku duduk di satu sudut dengan ofismate yang lain. Hasben dengan Cik Mawar pergi survey hidangan apa yang ada. Ada makanan India, Cina, kuih muih, sate, buah-buah dan dessert macam cendol, ABC, puding roti. Pukul 7 lebih sikit, orang dah mula ambil makanan. Cik Mawar duduk makan “popok” (keropok ikan) dengan aku dan abahnya pergi ambik makanan. Hasben aku ambik kambing sepinggan untuk kami kongsikan bersama. Member semeja aku sefamily dia pun suka kambing jadi masing-masing ambik kambing sorang sepinggan. Turn hasben aku jaga Mawar, aku pulak pergi ambik makanan. Aku ambik buah-buahan dengan kuih je dulu.

Penuh meja dengan makanan
Ok, tiba waktu berbuka, aku tak sabar nak rasa kambing. Nampak macam sedap tapi sebenarnya tidak seperti yang disangka! Disebabkan dah ambik, aku bedal je la. Habis makan kambing aku makan buah-buah, kuih-muih. Pastu stop pegi solat sekejap. Aku pergi semula kat tempat makanan untuk cuba ambik lauk ke untuk diratah tapi kebanyakan lauk dia sotong, ketam, lala  yang mana aku dah tak makan benda-benda tu, bole allergik. Udang pulak dia masak campur petai. Aku tengok petai lagi banyak dari udang, tak jadi nak ambik. Aku round pulak ke tempat nasi briyani. Rasa nak ambik tapi tiba-tiba rasa tak lalu. Chef kat dalam tu India semua. Ada murtabak, capati, roti nan, tapi semua aku takde rasa nak ambik. Aku patah balik ke tempat lauk pauk then ternampak bubur lambuk sayur. Ok la, ambik bubur lambuk je la. Hasben aku pergi ambik kambing sekali lagi tapi kali ni dia cuba nak mensedapkan dengan letak kuah-kuah sos yang ada tapi tetap begitu juga rasa dia. Last sekali hasben ambik aiskrim untuk Mawar dan untuk dia ABC dengan puding roti.
Seronok cik kak dapat aiskrim besau!
Sebenarnya agak mengecewakan dengan makanan kat situ. Bayaran agak mahal (walaupun bukan aku yang bayar), maybe sebab tempat dia klass kot. Tapi kalau untuk taste, tak rekemen langsung untuk orang pergi sana. Walau apa pun, terima kasih pada yang membelanja! Disebabkan rasa tidak puas makan di sini, kami buat keputusan untuk makan buffet di hotel yang sejak kawin, tiap-tiap tahun berbuka kat situ, iaitu De Palma Ampang. Lagipun ada makcik keje situ, bole dapat harga staf, yahoo!!...

Friday, August 3, 2012

Ikan Bakar Lagi


Yeah!... Semalam buat ikan bakar lagi… Kali ni versi sambal pulak. Yang sebelum ni macam terang sikit sebab cili merah sikit je and ada guna cili padi pastu rasa macam rending,huhuhu…. Seperti biasa, aku tak ambik gambar sebab malas. Kalau rajin je la atau kebetulan handphone ada dekat-dekat bole lah ambik, kalau tak, ambik gambar guna otak je la,huhuhu… 

Bakar 4 ekor ikan kembung, Cik Mawar makan banyak ikan. Bagus, banyak makan ikan elok untuk otak, hehehe… Bulan ni aku dah tukar waktu kerja. Sebelum ni masuk pukul 8.30 balik 5.30. Peh, bila bulan puasa, jem jadi berganda. Pukul 6.45 – 7.00 aku baru sampai rumah. Memang masak cincai je la, kalau tak aku singgah param depan rumah. Senang cerita. Ada orang tak suka pergi param. 

“Ok, kalau engkau tak suka pergi param bagus lah, masaklah sendiri guna air tangan ko bagi family makan. Bagi orang lain yang tak berkesempatan nak memasak, memang paramlah tempat nak membeli juadah. Tak perlu nak kutuk-kutuk or pandang senget pada orang yang membeli di param. Masing-masing ada pilihan sendiri, ada aku kesah??” – gaya bercakap ala-ala Azwan Ali. Eh! Tiba-tiba je Azwan Ali interframe!..

Sekarang masuk kerja pukul 8.00 balik pukul 5.00. Lega la sikit dapat sampai rumah dalam pukul 5.45 - 6.00. Boleh masak-masak apa yang patut. Takde la rushing sangat. Banyak sikit masa nak bermain-main dengan Cik Mawar. Nak bertenang-tenang lepas kenyang makan. Nak solat lagi. Alhamdulillah… Diam tak diam, dah separuh Ramadhan dah. Ada lagi 15 hari. Persiapan raya? Nanti lah cerita dalam entri yang lain…huhuhu…