Pages

Friday, July 27, 2012

Separuh Perjalanan

Alhamdulillah, minggu ni genap 20 minggu aku mengandungkan si baby. Di awal-awal pregnen haritu ada la rasa mual-mual tapi tak la sampai termuntah. Masih steady je lagi. Cuma aku macam sangat anti dengan lauk kari kat kantin bawah ni, tak tau kenapa. Nampak je lauk kari atau terbau, aku rasa mual terus tak jadi makan nasi berlauk. Aku cuma berselera nak makan nasik ayam kunyit. Nak dekat sebulan jugak la aku lunch dengan makan nasik ayam kunyit je, hahaha....Ditakdirkan aku balik kampung masa adik bertunang hujung bulan 5 aritu, mak masak kari ayam. Sampai-sampai rumah aku dah bau kari, tapi yang peliknya, aku terus berselera makan kari, berketul-ketul gak la ayam aku bedal. So, sejak lepas tu la aku dah tak anti bau kari lagi, rupanya baby nak makan kari nenek...mengada je kan?...hahaha...

 Barang persiapan untuk menyambut baby baru memang satu pun tak beli lagi. Lagipun, EDD lambat lagi, 12.12.12. Aku masih tak tau lagi apa jantina baby dalam perut ni. Dulu masa Mawar, masuk minggu ke-18 doktor dah bagitau jantina. Kemudian bulan depannya check sekali lagi, masih jantina yang sama dan doktor pun nampak confident, jadi, lepas tu baru aku pergi beli barang baby. Masa tu dah 6 bulan pregnen. Mak kata dah 6 bulan boleh la pergi beli. Jangan awal sangat katanya, tak elok. Ntah, orang tua dulu-dulu banyak pantang larang dia, huhuhu....

Masa beli barang Mawar, aku tak terfikir langsung kot-kot la doktor tu tersalah tengok. Memang tengah excited, semua barang baby girl, pink je la kan warnanya. Masa pergi tu sekali dengan makcik, lagi la macam-macam baju dia rekemen. Tapi pergi kali ni, aku akan pergi dengan hasben and kakak Mawar, alahaaaaii....dah nak jadi kakak dah awak Mawar. Harini ada parenthood expo kat Midvalley, tapi aku tak berkesempatan nak pergi rasanya sebab petang ni nak balik Skudai, rumah mertua. Takpelah, nanti dapat bonus setengah bulan gaji tu bole la aku bershoping untuk baby dengan kakaknya sekali untuk raya.

Harap separuh lagi perjalanan aku mengandungkan baby ni dipermudahkan dan diberkati selalu. InsyaAllah. Solawat! Allahumma Solli A'la Muhammad Waali Muhammad!

Thursday, July 26, 2012

Certot : Pengarahkah Engkau?

Engkau memegang jawatan ada terselit perkataan "pengarah". Tetapi sedarkah engkau bahawa engkau tidak tahu untuk meng"arah"? Engkau hanya tahu merungut-merungut-merungut sampai keluar sesungut sampai aku dengar pun rasa sakit macam senggugut. Engkau memang tak pernah suka atas apa yang engkau buat, tapi engkau sedar tak bahawa engkau selesa di situ? Pernahkah engkau terfikir bahawa gaji yang engkau dapat tidak setimpal dengan kerja yang engkau buat? Merungut-merungut-merungut! Mungkin engkau merasakannya, itu sebab engkau tidak pernah meng"arah" untuk orang lain meringankan kerja engkau. Engkau bajet engkau boleh buat sendiri. Bagus dengan bajet engkau, tapi boleh tak jangan merungut? Kalau nak merungut, buang nama "pengarah" di jawatan engkau jadi engkau akan sesuai dengan orang yang berjawatan seperti itu yang memang selalu merungut!

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Hari ni, hari ke-3 umat Islam berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua yang boleh berpuasa. Alhamdulillah, setakat 2 hari yang lepas, aku dapat berpuasa dengan jayanya. Si baby dalam perut memang dah tau sekarang tengah puasa sebab dia akan "bermain bola" time nak dekat-dekat sahur and time berbuka. So sweet...

Puasa pertama hari tu aku berbuka kat rumah nenek. Kemain banyak lagi aku makan. Macam tak pernah jumpa nasik! Hahaha... Almaklumlah, hari Jumaat memang tak makan nasi sebab ada jamuan laksa. Siap tapau bawak balik and sahur pun makan laksa tu. Malam tu, lepas berbuka, aku, hasben, adik ipar dengan adik sepupu pegi Times Square (orang lain gi surau berterawih, huhuhu...). Kami pergi tengok cerita Batman kat GSC Maxx. Kemain besau lagi skrin dia. Dulu masa tengok Dark Knight pun tengok kat sini tapi masa tu dia masih bernama iMax. Sekarang dah tukar nama dan skrin pon dah kecik sikit sebab dia macam nak buat 2D konon kot. Cik Mawar duduk rumah tengok cerekarama dengan nek teh, huhuhu... Nanti aku buat post lain untuk review cerita Batman ni.

Semalam berbuka kat rumah je, tapi makanan masak kat luar rumah, hehehe... Tapau kat param la, apa lagi... Hari ni aku bercita-cita nak masak ikan bakar. Kali ni cuba resepi lain pulak. Adui, tak sabar lak rasa nak balik. Mintak-mintak jalan raya steady je balik nanti. Letih ler nak tekan-tekan minyak dengan brek! 

Walau apa pun, aku ucapkan selamat meneruskan puasa kepada semua. Ada lagi 27 hari. Salam Ramadhan 1433H...

Thursday, July 19, 2012

Wanita Angin

Hari ini aku tengok kalender, dah 19 Julai 2012. Betapa cepatnya masa berlalu. Diam tak diam dah separuh tahun lebih dah masa berlalu. Dulu, selalu dengar kata 2012 nanti akan berlaku kiamat. Siap ada filem 2012 lagi. Tilikan masyarakat mayan (orang Afrika) yang menyatakan kemusnahan besar dunia ini akan berlaku tahun 2012. Pastu banyak lagi cerita-cerita mengenai kemusnahan dunia atau kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ni. Walaubagaimanapun, bukan berkenaan kiamat yang aku nak cerita, selagi dunia belum berakhir, aku perlu tetapkan hala tuju hidup aku.Ada dunia lain yang lebih lama, yang lebih kekal abadi yang akan aku huni selepas ini. Sebelum aku rancang itu ini tiba-tiba aku terasa nak tengok karekteristik aku melalui tarikh lahir@bintang kelahiran. Bukan nak percaya 100% pun, tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu aku mengenali diri ini. Macam cerita-cerita kiamat, semua orang percaya kiamat akan berlaku (salah satu rukun iman) jadi, cakap-cakap orang berkenaan kiamat sekurang-kurangnya menyedarkan mereka-mereka (termasukla aku) agar bertaubat, mengukuhkan iman dan melakukan kebaikan dengan sedikit masa yang kita ada. Jika tiada peringatan, orang akan lalai dan hanyut dengan arus hidup mereka sendiri.

Setelah meng'gugel' dan menyelongkar emel, aku jumpa balik benda ni. Ada yang dalam BI, tapi panjang berjela. Aku ambik yang ni sebab pendek dan mudah faham. Wanita angin rupanya aku, patutla mudah nak angin je, hahahaha....

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
-Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Macam ni rupanya sifat wanita angin. Walaubagaimanapun, ambil yang positif. Jadikan diri kita yang terbaik. Amin!
 





Tuesday, July 17, 2012

Cacamarba Di Pagi 27 Sha'aban

Aku nak mandi tapi air takde, lampu bilik air terkelip-kelip. Aku takut, pastu mintak hasben temankan mandi kat bilik air lain (tapi sebenarnya rumah aku ni ada satu je bilik air). Yang peliknya, aku boleh goreng ikan haruan sambil mandi! Hasben aku dok lipat kain baju. Tengah mandi sambil goreng ikan, tiba-tiba mak dengan adik datang umah nak ukur rumah, katanya nak pilihanraya ni, orang nak bagi bantuan buat rumah. Tengah terbongkok-bongkok mengukur tu la aku terbangun dari tidur.. Mimpi rupanya! Hahahaha!! Tengok jam baru pukul 2.51pagi. Tapi aku rasa pelik aje mimpi aku ni. Lawak pun ada. Ah! Lupakan, mimpi mainan tidur.

Sekarang dah pukul 4.27pagi, mata aku masih tak ngantuk. Kejap lagi nak bangun sahur. Puasa ganti di waktu-waktu kecemasan, huhuhu.. Takpelah, sekurang-kurangnya bole praktis puasa masa pregnen ni. Masa mengandungkan Mawar dulu, aku tak jumpe bulan puasa, so tak tau macam mana rasanya. Sekarang baby dalam perut dah 5 bulan, dia pon dah praktis puasa dengan aku dalam 7 hari dengan cemerlang, kira lulus la untuk bersedia puasa selama sebulan. Malam ni baby banyak bergerak, tak tau la kenapa. Sebenarnya sejak seminggu ni aku selalu terjaga dalam pukul 3,4 pagi dan time tu la si baby ni main bola. Wah, seronok ye berjaga malam-malam! Nanti bila dah lahir, malam-malam awak tido ye.. Hehehe..