Pagi ni aku bersarapan bubur KFC
kombo. Ada hashbrown. Air Kopi. Harga RM7.20. Aku tapau dan makan sambil ngadap
komputer, sambil nak menyusun kerja apa aku nak kerjakan dulu hari ni. Terlalu
banyak rasanya. Takpe, satu persatu ya ayu...
Ok, berbalik kepada menu sarapan
aku tadi, sambil menghirup kopi panas dan mengecap bubur panas-panas suam, aku
terimbau kenangan aku masa kecik-kecik dulu. Tahun 90-an. Lebih tepat lagi,
semasa sekolah menengah.
Dulu sebelum pergi sekolah mana
ada sarapan. Sarung baju, capai beg, pakai kasut, salam mak, ayah, terus tunggu
bas sekolah. Duit harian singgit. Ya RM1.00. Tambang bas pergi dan balik
RM0.60. Kalau nak jimat atau ada apa yang dihajat, balik sekolah aku jalan
kaki. Ada la dalam 4-5 kilometer dari rumah. Sepanjang jalan berdoa kalau ada
orang kampung aku yang bawak kereta boleh tumpangkan. Duit belanja tinggal
RM0.40 untuk “makan tengahari” kat sekolah. Masa tu murah je lagi. Air segelas
RM0.10 dan nasik lemak @ bihun @ mee goreng RM0.30. So, cukup-cukup lah duit
bekalan yang mak/ayah bagi untuk sehari.
Bila masa nak berjimat? Bila nak
mengumpul duit? Kalau tengok memang takde lebih pun. Jadi, kalau nak jimat, aku
balik sekolah jalan kaki. Nak bawa basikal aku tak larat nak kayuh naik bukit.
Lagipun, takde basikal yang “senonoh”. Pernah juga cuba bawak basikal, sekerat
jalan rantai tercabut. Nak naik bukit rantai tercabut. Sampai sekolah tangan
hitam legam dok betulkan rantai sepanjang jalan. Pernah juga cuba bawak basikal
tua. Tau kan basikal tua yang tayar besar tu?? Agak segan juga, jadi keluar
seawal pagi. Tapi tu pun seminggu je bertahan, rantai terputus pulak! Last-last
naik gak bas, auntie bas senyum je sebab kadang-kadang bas berselisih jugak
dengan aku yang tengah dok terkial-kial betulkan rantai basikal kat tepi jalan.
Tapi tu dulu...masa aku tingkatan 1-3. Sebelum aku masuk sekolah asrama.
Setiap hari Jumaat, kantin
sekolah akan buat makanan “special”. Contohnya, nasik ayam, nasik putih lauk
ayam masak merah. Akan diselangselikan setiap minggu. Sepinggan RM1.00 kemudian
perlahan-lahan naik seposen demi seposen dan last masa tingkatan 3 dah naik
jadi RM1.50. kadang-kadang teringin jugak nak makan nasik ayam, ayam masak
merah. Jadi, seminggu lah aku balik sekolah jalan kaki. Ada sorang kawan aku
ni, setiap minggu dia pasti akan makan makanan “special” tu. Memang kecur je
tengok. Dia tak pernah pelawa pun nak rasa. Apatah lagi nak belanja. Dia selalu
nak “claim” dia orang susah. Mak dia bagi duit belanja sehari seringgit juga,
tapi dia pergi sekolah ayah dia hantar naik kereta. Setiap hari dia bawak bekal
ke sekolah. Aku pun tak faham tang mana yang susah. Biarlah dia.
Aku bukan taknak bawak bekal ke
sekolah. Tapi takde apa yang boleh nak aku buat bekalan. Pernah cuba nak bawak
nasik lauk ikan (tu je la lauk istimewa rumah aku, almaklumlah, anak nelayan).
Tapi bila bangun pagi tengok-tengok nasik dah habis, ikan dah kena makan
“kucing”. Almaklumlah, rumah aku ramai dan mereka semua lelaki!
Aku tengok balik bubur yang aku
makan, dah tinggal suku. Alhamdulillah, dah makin kenyang. Syukur sekarang aku mampu
nak jamah apa yang aku makan pagi ni. Tapi tu tak bermakna aku tak perlu
berjimat. Bila teringat balik masa kecik-kecik, masa mak susah-susah, adik-adik
sekolah, insaf sungguh rasa. Ok, esok back to basic, makan nasik lemak bungkus
daun pisang RM1.20 yang jual kat area rumah. Noktah.
No comments:
Post a Comment
Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.