Sana sini kecoh orang duduk puji isteri sendiri. Aku ingatkan kenapa, rupa-rupanya "mencontohi PM" kita yang memuji isterinya, huhu... So, ni aku copy paste dari facebook untuk peringatan bersama.
**Copy paste dari facebook.
Isteri ni, bila dah dekat dengan due date, jalan sikit pun
termengah-mengah, berdiri lama pun dah semput, tidur pun tak selesa...TAPI
KAN...
- Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan, walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh.
- Pinggan mangkuk tetap dibasuh waluapun perut dah melekat di sinki.
- Kain baju tetap dibasuh, dijemur, dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan.
- Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat.
- Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya
Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat, kalau tidak masakan dia
boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriatmu.
TAPI...pastinya isteri anda akan tersenyum lebar.. BILA dia lihat
- Makanan telah siap terhidang untuk suami dan anak-anak
- Pinggan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
- Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
- Rumah siap berkemas & bersih
- Perihal anak-anak ditanggung beres
- Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih & menawarkan khidmat untuk mengurut isteri ^_^
AT LEAST...walaupun anda tidak merasai beban yang dipikul, tetapi
cukuplah dengan menghargai pengorbanan si isteri melalui sokongan moral
mahupun emosi. SEBAB...anda juga yang bertanggungjawab menjadikannya
begitu kan? =)
HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI ANDA KERANA PENGORBANAN YANG TIADA BATASAN ^_^
No comments:
Post a Comment
Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.