Kelmarin ada terbaca kat FB berkenaan 7 Things Your Muslim Husband Wont Tell You.
Berikut aku senaraikan 7-Things tu. Untuk lebih detail, klik kat link kat atas tu and baca sendiri...hehehe...
1. Above All, He Desires Your Respect
2. He Desires Your Loyalty
3. He Wants To Have Sex More Often
4. He Thinks About Other Women
5. He Wants To Make You Happy
6. If You Nudge Him, He Can Be A Better Muslim
7. He Loves You, Even If He Doesn’t Always Show It
Emm...boleh dijadikan panduan dalam mengukuhkan ikatan rumahtangga sempena tahun baru, azam baru... :D
Thursday, December 26, 2013
Tuesday, December 17, 2013
Hari Keluarga Bob
14.12.2013
Aku sekeluarga ikut mertua ke kampung Bob, Air Kuning,
Kampar, Perak. Ni kali pertama aku balik kampung Bob. Ada hari keluarga. Oh ya,
Pak Mertua aku panggil Bob. Pelik kan?? Macam kawan-kawan. Tapi dah itu yang
anak-anak dia panggil, takkan aku nak panggil abah @ ayah ke kan... =) Adik
beradik Bob ramai, 12 orang semuanya dan Bob anak kedua terakhir. Tapi dia
dijaga oleh keluarga bapa saudara dia. Jadi Bob dengan adik beradik dia masa
kecik-kecik kenal konon-konon sepupu, tapi sebenarnya diorang adik beradik. Dah
besar habis sekolah baru Bob tau. Macam dalam drama-drama yang biasa kita
tengok kat tv tu la kan...huhuhu...
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Kami pergi balik hari je KL-Air Kuning – 3 jam. Masa sampai tu dalam pukul 12 tengahari. Orang kampung tengah baca tahlil untuk arwah-arwah yang telah pergi (adik beradik Bob yang masih tinggal ada dalam 8 orang kot). Lepas kenduri tu, orang kampung dah balik jadi tinggal la sedara mara. Petang tu dalam pukul 2.30, ada la acara sukaneka untuk memeriahkan majlis sambil mengeratkan silaturrahim. Mawar masuk pertandingan mewarna. Lupa nak ambik hasil warnaan dia. Memang tak harap menang pun sebab memang tau Mawar belum kenal warna betul-betul dan teknik mewarna dia pun berterabur, huhuhu... Tapi alhamdulillah, boleh jugakla dia mewarna 3 ekor chipmunk tu. Sambil mewarna, sambil minum susu, pastu request nak dengar lagu “bertingkek-tingkek” dengan Mak Su dia. Mentang-mentang Mak Su dok layan, huhuhu...

Aku tak masuk pun acara apa-apa. Tukang tengok and tergelak je sambil layan adik makan, makan dan makan... oh Abdurredza! Rambutan pun dia nak... apa je yang orang kunyah dia nak jugak, huhuhu... Majlis habis dalam pukul 6 petang. Acara last tu cabutan bertuah. Alhamdulillah, dapat jugak aku hadiah, huhuhu... En. Amir dapat hadiah sebab menang acara teka-ria. Jadi, semua orang ada hadiah. Mawar dapat pensil warna yang dia guna untuk mewarna. Adik Redza je takde hadiah rasmi tapi dapat makan mcam-macam kira hadiah jugak la untuk adik, huhuhu...
Best acara macam ni. Boleh diamalkan setiap tahun dan
pada setiap keluarga. Dalam kepala aku dah mula rancang-rancang untuk buat hari
keluarga bagi adik beradik aku. Kami ramai. Duduk jauh-jauh. Sesekali jumpa
mesti meletop! InsyaAllah... =)
Friday, December 13, 2013
Hargailah Isteri Anda
Sana sini kecoh orang duduk puji isteri sendiri. Aku ingatkan kenapa, rupa-rupanya "mencontohi PM" kita yang memuji isterinya, huhu... So, ni aku copy paste dari facebook untuk peringatan bersama.
**Copy paste dari facebook.
Isteri ni, bila dah dekat dengan due date, jalan sikit pun termengah-mengah, berdiri lama pun dah semput, tidur pun tak selesa...TAPI KAN...
- Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan, walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh.
- Pinggan mangkuk tetap dibasuh waluapun perut dah melekat di sinki.
- Kain baju tetap dibasuh, dijemur, dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan.
- Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat.
- Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya
Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat, kalau tidak masakan dia boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriatmu.
TAPI...pastinya isteri anda akan tersenyum lebar.. BILA dia lihat
- Makanan telah siap terhidang untuk suami dan anak-anak
- Pinggan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
- Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
- Rumah siap berkemas & bersih
- Perihal anak-anak ditanggung beres
- Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih & menawarkan khidmat untuk mengurut isteri ^_^
AT LEAST...walaupun anda tidak merasai beban yang dipikul, tetapi cukuplah dengan menghargai pengorbanan si isteri melalui sokongan moral mahupun emosi. SEBAB...anda juga yang bertanggungjawab menjadikannya begitu kan? =)
HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI ANDA KERANA PENGORBANAN YANG TIADA BATASAN ^_^

Monday, December 9, 2013
Sarapan
Pagi ni aku bersarapan bubur KFC
kombo. Ada hashbrown. Air Kopi. Harga RM7.20. Aku tapau dan makan sambil ngadap
komputer, sambil nak menyusun kerja apa aku nak kerjakan dulu hari ni. Terlalu
banyak rasanya. Takpe, satu persatu ya ayu...
Ok, berbalik kepada menu sarapan
aku tadi, sambil menghirup kopi panas dan mengecap bubur panas-panas suam, aku
terimbau kenangan aku masa kecik-kecik dulu. Tahun 90-an. Lebih tepat lagi,
semasa sekolah menengah.
Dulu sebelum pergi sekolah mana
ada sarapan. Sarung baju, capai beg, pakai kasut, salam mak, ayah, terus tunggu
bas sekolah. Duit harian singgit. Ya RM1.00. Tambang bas pergi dan balik
RM0.60. Kalau nak jimat atau ada apa yang dihajat, balik sekolah aku jalan
kaki. Ada la dalam 4-5 kilometer dari rumah. Sepanjang jalan berdoa kalau ada
orang kampung aku yang bawak kereta boleh tumpangkan. Duit belanja tinggal
RM0.40 untuk “makan tengahari” kat sekolah. Masa tu murah je lagi. Air segelas
RM0.10 dan nasik lemak @ bihun @ mee goreng RM0.30. So, cukup-cukup lah duit
bekalan yang mak/ayah bagi untuk sehari.
Bila masa nak berjimat? Bila nak
mengumpul duit? Kalau tengok memang takde lebih pun. Jadi, kalau nak jimat, aku
balik sekolah jalan kaki. Nak bawa basikal aku tak larat nak kayuh naik bukit.
Lagipun, takde basikal yang “senonoh”. Pernah juga cuba bawak basikal, sekerat
jalan rantai tercabut. Nak naik bukit rantai tercabut. Sampai sekolah tangan
hitam legam dok betulkan rantai sepanjang jalan. Pernah juga cuba bawak basikal
tua. Tau kan basikal tua yang tayar besar tu?? Agak segan juga, jadi keluar
seawal pagi. Tapi tu pun seminggu je bertahan, rantai terputus pulak! Last-last
naik gak bas, auntie bas senyum je sebab kadang-kadang bas berselisih jugak
dengan aku yang tengah dok terkial-kial betulkan rantai basikal kat tepi jalan.
Tapi tu dulu...masa aku tingkatan 1-3. Sebelum aku masuk sekolah asrama.
Setiap hari Jumaat, kantin
sekolah akan buat makanan “special”. Contohnya, nasik ayam, nasik putih lauk
ayam masak merah. Akan diselangselikan setiap minggu. Sepinggan RM1.00 kemudian
perlahan-lahan naik seposen demi seposen dan last masa tingkatan 3 dah naik
jadi RM1.50. kadang-kadang teringin jugak nak makan nasik ayam, ayam masak
merah. Jadi, seminggu lah aku balik sekolah jalan kaki. Ada sorang kawan aku
ni, setiap minggu dia pasti akan makan makanan “special” tu. Memang kecur je
tengok. Dia tak pernah pelawa pun nak rasa. Apatah lagi nak belanja. Dia selalu
nak “claim” dia orang susah. Mak dia bagi duit belanja sehari seringgit juga,
tapi dia pergi sekolah ayah dia hantar naik kereta. Setiap hari dia bawak bekal
ke sekolah. Aku pun tak faham tang mana yang susah. Biarlah dia.
Aku bukan taknak bawak bekal ke
sekolah. Tapi takde apa yang boleh nak aku buat bekalan. Pernah cuba nak bawak
nasik lauk ikan (tu je la lauk istimewa rumah aku, almaklumlah, anak nelayan).
Tapi bila bangun pagi tengok-tengok nasik dah habis, ikan dah kena makan
“kucing”. Almaklumlah, rumah aku ramai dan mereka semua lelaki!
Aku tengok balik bubur yang aku
makan, dah tinggal suku. Alhamdulillah, dah makin kenyang. Syukur sekarang aku mampu
nak jamah apa yang aku makan pagi ni. Tapi tu tak bermakna aku tak perlu
berjimat. Bila teringat balik masa kecik-kecik, masa mak susah-susah, adik-adik
sekolah, insaf sungguh rasa. Ok, esok back to basic, makan nasik lemak bungkus
daun pisang RM1.20 yang jual kat area rumah. Noktah.
Subscribe to:
Posts (Atom)