Pages

Sunday, October 28, 2012

Blaus Gedobos

Hahaha... Aku kan baru berjinak-jinak di bidang jahitan. Aku pergi kelas untuk jahit baju kurung tradisional je, tapi aku sibuk cuba buat blaus bagai... Aku rasa dengan adanya mesin jahit, macam-macam baju "fesyen ala aku" boleh dibuat. Yela, kalau pergi kedai nak beli baju, tang ade je tak kena. Corak dah cantik tapi ketat mentat. Ada yang dah longgar tapi corak pulak macam opah-opah. Sekarang pulak orang sibuk dengan baju dari kain lycra, jersi, cotton lembut tu dan sebagainya tapi nak cari saiz susah sebab kene bli saiz lebih besar sikit sebab baju dari kain tu jenis ikut bentuk badan. Hmmm...leceh kan...tu sebab aku asyik pakai baju yang sama je, bukan taknak beli bali baju baru (alasan! hahahaha)...

Makanya, sekarang aku dah bole buat sendiri blaus aku. Sehelai blaus kain lycra bersaiz S (cutting besar, biasanya aku pakai M tapi sekarang dah XL terus...) telah aku jadikan 'korban' untuk dijadikan ukuran. Disebabkan aku budak baru belajar, maka aku tetas bahagian lengan sebab nak ambil bentuk lengan. Disebabkan saiz S maka aku besarkan setiap tempat dalam 2 inci. Lepas gunting kemudian cantum mencantum. Bila dah siap buat leher dan mencantum aku pun try la kan. Sekali hambik kau, gedobos betol!...hahahaha...kain jenis lycra. Tapi takpela, disebabkan sekarang aku pun tengah pregnen, pakai je la, selesa betul. Pasni ada lagi 2-3 helai kain nak ku jadikan blaus. Tak tau la samada sempat atau tak sebab minggu depan dah sibuk nak pindah rumah dan bersalin dah, huhuhu...

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Diam tak diam, dah nak raya haji. Kuih raya puasa pun masih berbaki lagi, hahaha... Raya haji tahun ni aku beraya kat KL. Biasanya takde buat apa pun. Aku akan ke rumah nenek, makan-makan, borak-borak. Tahun ni pun aku tak ambik cuti awal. Jadinya, tinggal la aku kebosanan kat pejabat ni. Yang ada kat ofis harini bos aku sorang pastu ada 3 orang lagi dari unit lain. Yang lain semua dah cuti. Takpela, sabar je la menunggu pukul 5...huhuhu...

Ok la, selamat hari raya aidiladha! :D

Wednesday, October 24, 2012

Akhirnya Kena Curi Jugak!



Semasa aku menulis entry ni, kejadian dah 4 hari berlaku. Rasa marah mungkin sudah reda, tapi rasa terkilan dan kecewa masih ada. Alkisahnya pasal motor Honda EX5 yang dipinjam oleh suamiku dari pakciknya (Pakman) untuk ke  tempat kerja. Usia motor tu duduk kat bawah rumah yang aku duduk tu baru 20 hari. Sedih betul! Motor tu dah la bukan kami yang punya. Dah la Pakman beli motor tu semata-mata untuk letakkan “nombor plat cantik” buat sementara waktu sebelum dia beli kereta baru

Hari Khamis (18.10.12) hasben balik rumah dalam pukul 8 malam dengan hujan sepanjang perjalanan. Hari Jumaat aku cuti sebab Achik pergi bercuti ke Singapore jadi aku jaga Mawar kat rumah. Hasben pergi keje guna kereta. Motor duduk elok kat bawah rumah (rumah flat yang bawah dia ada tempat letak motor, boleh bayangkan??) Malam tu dia balik lebih kurang pukul 8.45 sebab jalan jem. Hujan dan ditambah pula hari Jumaat memang jem la mana-mana jalan pun. Masa balik tu dia sempat jeling motor yang sedang duduk elok kat situ. Hari Sabtu dalam pukul 11pagi dia keluar nak cari makanan untuk “brunch” sekali tengok motor dah takde!! Aku turun ke bawah dan kami sama-sama round-round keliling rumah tu untuk tengok-tengok kot-kot ada yang ambik pastu letak kat tempat lain ke... Tapi memang takde la kan...Masing-masing diam tak terkata. Macam-macam perasaan ada tapi tak tau nak cakap macam mana.

Pakman dengan Achik, hari Ahad baru balik. Bila dia balik petang Ahad tu, hasben aku pergi mengadap diorang sebab rasa macam tak sedap hati je nak bagitau guna telefon. Pakman takde kat rumah ada urusan, yang ada Achik. Dia gelak je sudahnya sebab benda dah jangka. Mula-mula dia bagi pinjam memang nampak dan rasa dia seperti keberatan nak bagi pinjam motor tu sebab dia tau, motor EX5 memang yang jenis mudah kena curi dan memandangkan kami pula tinggal di rumah flat yang tahap keselamatannya 50-50... Tapi, mungkin dah takde rezeki. Nasib baik nombor motor boleh dipakai semula tapi ada beberapa proses yang dia kena buat. Tak pasal-pasal dah menyusahkan orang. Dah la Pakman dan Achik tu dah banyak menolong kami.  Mungkin pada Pakman, tak menjadi kudis pasal harga motor sebab dia kaya. Mungkin boleh dipanggil jutawan sebenarnya. Tapi kami yang rasa sangat-sangat terkilan. Ada Pak Guard kat pagar utama pun tak guna! Kejenya tukang bukak palang gate je.. Bila cakap motor hilang, dia kata, oh, kat sini memang dalam sebulan 5-6 biji motor hilang. Boleh buat statistik lagi kau, tapi kau dok buat bodo je biar orang bawak lari motor keluar. Ke kau ada bersekongkol? Mula la aku nak buat tuduhan liar ni......

Sejak duduk situ hampir 4 tahun, cermin kereta aku pernah 2x pecah. Kali pertama ada orang baling botol arak dari tingkat 5, kene cermin depan kereta aku. Nasib baik tau siapa orangnya jadi kami mintak gantirugi (masa tu cermin kereta belum diinsurankan). Sekali lagi ada orang baling batu kene cermin belakang pulak. Time tu cermin kereta dah diinsurankan so boleh claim insuran. Sekarang tiap-tiap tahun aku insurankan aje cermin kereta. Kemudian, awal tahun aritu, no plat kereta aku pulak kene curi. Oii, no plat pon nak curi ker bangang?? Ish! Sib baik tengah pregnen, kalau tak macam2 perkataan dah keluar,huhuhu.... Pastu sekarang ni motor pulak kene curi. Sampai tak terkata dah.

Mungkin dah tiba masanya untuk aku berhijrah. Bukankah Rasulullah juga berhijrah untuk ke arah yang lebih baik? Semoga aku menjumpai tempat ‘penghijrahan’ yang lebih baik. InsyaAllah... Salam Maal Hijrah (walaupun raya haji pun belum :) )

Sunday, October 14, 2012

Harga Rumah Sewa Sekarang – Melampau!



Ok, aku memang belum mampu nak beli rumah sekarang. Mungkin satu dua tahun lagi. By the time tu, aku tau, pasti harga rumah akan lebih meningkat lagi. Melambung-lambung… So sekarang, bila tak mampu beli, sudah tentu la kena menyewa kan? Tapi…. Harga rumah sewa sekarang pun dah melampau! Terutama kalau nak sewa melalui agen. Agen ni makan duit atas angin je.

Aku nak kongsi pengalaman mencari rumah sewa sekitar Bandar Sri Permaisuri & Bandar Tun Razak, Cheras. Aku nak cari rumah sewa sekitar situ sebab memandangkan anak aku dah makin besar dan boleh masuk playschool, aku nak hantar dia ke sekolah, boleh berkawan-kawan jugak. Kawasan situ dekat jugak dengan ofis (lepas separuh jem di Jalan Cheras/Loke Yew yang memang glemer dengan kesesakannya). Jadi, aku dengan hasben pun round-round sekitar perumahan flat, apartment, kondo, townhouse, teres dan sewaktu dengannya tu nak cari rumah sewa yang ditampal-tampal iklan, sekali call, majoriti harga sewa adalah RM1000 ke atas untuk apartment. Ada yang dah ada perabot sikit, RM1200 ke atas. Ada satu tu, bila tanya, harga sewa RM1700! Terus letak telefon je la. Bayangkan, kalu sewa RM1200 bersamaan dengan installment kalau aku beli rumah yang berharga RM250k ke bawah. Tapi mana nak cari rumah RM250k di kL?? Di pinggiran KL pun sekarang harga dah lebih RM250k. Nak harga macam tu boleh dapat, tapi kena duduk kat Bukit Beruntung ke, Rawang yang menghala ke utara tu ke, Kuala Selangor ke. Kalau duduk jauh, dah kena kira kos minyak dan tol pulak pastu masa atas jalan lagi yang tak ternilai kalau nak dibandingkan masa tu kita guna untuk luangkan masa dengan anak-anak dan keluarga. Kalau nak beli rumah di kampung aku (Melaka), masih boleh dapat rumah berharga di bawah RM250k di atas tanah, tapi bebanan komitmen bayar rumah dan sewa (sebab tak duduk di rumah sendiri) akan jadi berganda. Jika rumah boleh disewakan, mungkin agak kurang bebanan.

Kerajaan sekarang konon nak bantu golongan muda memiliki rumah dengan mewujudkan skim rumah PR1MA. Tapi yang dapat atau layak beli hanya golongan tertentu sahaja dan tinggal/bekerja di kawasan tersebut dan juga pengundi berdaftar di Parlimen Putrajaya! Kalau mengikut gaji, hanya kakitangan sokongan sahaja yang mampu memiliki rumah tersebut sebenarnya. Bagi yang pertengahan, memang kena beli la rumah dari kapitalis-kapitalis cekik darah tu. Dah la kami-kami juga tidak layak membeli rumah kos rendah. Bagi mereka yang layak pula, dah la boleh beli rumah PR1MA, ada rumah kos rendah yang dibuat sewa di kampung laki bini, sudahnya, memang kami golongan pertengahan ini seperti tertindas. Oh, sungguh tidak adil dan kejam dunia ini.

Bila tiada rumah, terasa macam asing di negara sendiri. Rasa tak “secure”. Rasa “kepunyaan” seperti entah di mana... Kalau nak kerja sehingga pencen dan hutang rumah dijangka selesai sejurus pencen, aku kena mula beli rumah sekarang kalau tempoh loan 30 tahun atau beli selewatnya umur 35 tahun jika tempoh loan 25 tahun. Aku bukan nak mengeluh, tapi inilah kenyataan hidup yang perlu dilalui bukan aku seorang, malah beribu lagi golongan muda pertengahan. Oh! Mudakah aku? Tapi umur ahli pemuda pemudi parti mana-mana pun, bawah 35 kan? So, masih muda aku ini, huhuhu...

Wednesday, October 3, 2012

30 Minggu, Alhamdulillah



Hah? Dah 30 minggu?? Wow! Rasa macam tak percaya je... Walaupun semakin hari semakin rasa mengah, semakin hari semakin kembang, tapi Alhamdulillah, aku masih ok dan mampu tersenyum… Kalau mengikut sejarah kelahiran Cik Mawar, aku awal 2 minggu dari due date, tapi untuk kali ni, tak tahu la macam mana nanti, samada awal, on-time or terlebih (mintak dijauhkan…). Semalam baru dapat result check darah tu. Alhamdulillah, aku takde diabetis, semua normal. Penyakit-penyakit lain pun takde dan normal, syukur… 

Sejak awal pregnen aritu, aku baru @ dah naik 5.5kg… sikit je nampaknya kan? Dulu masa Mawar, masa minggu ke-38 tu aku dah naik 12.5kg! tapi memang tak mustahil sebab aku ada 8-10 minggu lagi dan kalau setiap minggu naik sekilo, bole la cecah angka bebelas kilo naik, huhuhu…lagipun, dihujung-hujung pregnen ni yang berat lagi banyak naik. Aku masih boleh berbaju kurung lagi sehingga hari ini. Ye la, aku pakai kain pinggangnya bawah pusat, no wonder la aku boleh pakai lagi. Kalau yang jenis pakai kain tepat-tepat kat pinggang, memang senak dah perut kalau pakai baju kurung.

Ramai yang menegur, “eh,tak nampak sangat perut ko la…”  “eh! Pregnen ke? Berapa bulan? Aku jawab “7, nak masuk 8 dah” “hah! Ye ke??” dan yang seumpama dengannya. Masa Mawar dulu pun, memang perot aku macam tak nampak sangat, tu sebab orang kata baby kecik, yes, 2.19kg! comel sesangat… tapi Alhamdulillah, dia membesar bagai johan, dan berjaya menempatkan diri dia pada garis saiz baby normal dari bulan ke bulan…huhuhu… Sebenarnya besar je perut aku, tapi orang tak berapa nampak sebab…. (malu nak reveal kat sini…hahaha). Mungkin minggu depan aku dah boleh mula pakai baju pregnen.

So, ada lagi 8-10 minggu ni, aku harus bertenang dan set mental untuk menghadapi detik-detik melahirkan seorang lagi baby ke muka bumi ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan sama seperti Dia mempermudahkan kelahiran Cik Mawar. Amin….

Tuesday, October 2, 2012

Sesungguhnya Perancangan Allah Lebih Baik


Alhamdulillah, bulan Oktober ini dimulakan dengan berita dan pengharapan yang baik. Bukan sekadar pengumuman bajet, tapi lebih kepada sumber rezeki buat kami sekeluarga. Allah maha berkuasa. He can change our planning in a split second!..

Jika diikutkan, semalam adalah hari pertama Mawar ke Tadika Pasti. Hasben akan berada jauh di perantauan untuk tempoh sebulan setengah sebelum aku deliver early Disember. Semua telah dirancang sejak lama tetapi baru seminggu dua ni menguruskan semua hal sebelum keberangkatan (dijangka Ahad, 30 September) sebab masing-masing berat hati. Tapi, demi keluarga “kepergian” itu harus dan terpaksa direlakan.

Kuasa Allah, pada hari yang sepatutnya tiket dibeli (Khamis, 27 Sept), satu berita mengujakan diterima. Pakcik Man (bapa saudara) mintak abah kerja dengan dia jadi pengurus food court yang baru diambil alih olehnya. Wow??!! Hasben memang pernah berniat untuk terlibat dengan bidang F&B ni tapi masih belum bermodal dan sekarang peluang terbuka luas depan mata. Berfikir hanya dalam sekelip mata jua, maka tawaran diterima. "Ok, minggu depan (1 Oktober) mula kerja tapi esok datang dulu kat food court bangunan tempat kerja Pakman untuk bincang".

Hari ini, alhamdulillah, masuk hari kedua hasben bekerja di situ dan dia sukakannya. Semoga semuanya berjalan lancar dan kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Syukran Lillah...

Habis tu, Mawar pergi Taska tak?? Sudah tentu tidak...huhuhu... Achik (isteri Pakcik Man) beriye nak jaga Mawar sementara aku nak bersalin lagi dua bulan ni. Ateh, Andak pun tak bagi hantar ke Taska lagi. Katanya Mawar kecik lagi (dah 2 tahun 3 bulan la...) pastu belum pandai cakap, nanti kalau ada orang buli dia tak pandai nak mengadu (mentang-mentang cucu sulung, manja ye!), huhuhu... Ok la, aku mengalah, hantar la pada Achik. Sebenarnya aku taknak menyusahkan orang sebab aku tau, Achik ni walaupun tak kerja dah (bersara awal) tapi dia banyak aktiviti. Takpela, tengok dulu macam mana seminggu ni, harap semua berjalan lancar.

Sesungguhnya perancangan Allah tu kita tak tahu dan tak terjangkakan. Dan semestinya, ikutlah perancanganNya yang tentunya lebih baik dan memberi seribu rahmat. Syukran ya Allah...