Pages

Saturday, March 24, 2012

Moist Chocolate Cake

Sejak sekian lama aku dah tak membuat kek. Sejak Abang Ngah dah ada mixer, tiap-tiap kali raya dia yang akan bawak kek ataupun buat kat kampung je kek raya. Rasanya dah nak dekat 7-8 tahun dah kot aku tak membuat kek. Fuh! Lamanya... So, semenjak ada oven ni, aku pon merajinkan diri untuk mencuba. Selama ni terliur je tengok orang buat. Eksperimen pertama aku adalah membuat m*c*r*n sebenarnya. Disebabkan tak jadi, maka aku pun membatalkan niat nak buat entry pasal dia...(tak agak2, mula2 je dah buat benda susah! tapi rasa dah ada, rupa bentuk je fail. Dah jadi nanti aku akan buat entry untuk itu, hehehe...).

Ni rupa kek coklat moist yang aku buat.


Resepinya aku ceduk sana sini di samping ingat-ingat lupa resepi sendiri. Lepas ni nak kene ada buku khas untuk letak resepi la. So, pada yang nak mencuba, boleh la cuba resepi ni, sumber dari My Resipi best!

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • *1 cawan serbuk koko
  • *1/2 cawan gula halus
  • *1 cawan air panas
  • *1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

Tuesday, March 20, 2012

Oven Baru!



Alhmadulillah! Yeah! Akhirnya aku dah ada oven sendiri (aku curik gambau kat google...).. Lamaaaa sangat dah nak ada oven ni, tapi aku pendamkan je hasrat hati sebab aku macam malas nanti benda tu akan jadi "gajah putih" je kat dapur (ceh! dah macam kerja construction terbengkalai dipanggil gajah putih, hehehe). Punya la kecoh bagai aku rasa masa nak beli oven ni. Semua bermula bila aku sampai kat rumah dalam pukul 6 pastu lepas maghrib kami keluar as "oven hunter" (huhuhu...)

Mula-mula aku ke Carrefour, macam-macam brand ada, macam-macam harga ada. Tapi aku tengok je dulu sebab rasa macam kat Giant Cheras yang baru tu ada lagi banyak pilihan. Dengan Cik Mawar yang berlari ke sana kemari, semua barang dia nak sentuh, aku dengan En. Amir menggagahkan kaki ke Giant pulak. Sampai sana, aku sangat berkenan dengan oven jenama Sharp tapi, hanya ada display sahaja. Kami lalu kat tempat ada daging kambing yang dah siap diperap, apa lagi, meleleh air liur. Kami tapau kambing tu 5 slice!.

Dalam kereta, call adik aku yang keje Giant Melaka mintak dia check kat Giant mana area KL ni yang ada stok tapi semua takde stok! Termasuk lah Giant kat Melaka tu. Ish, apa la Giant ni, kalau dah takde, tak payah display barang tu, buat mengharap hati je. En. Amir pulak call Achik, tanya kat mane ada jual oven yang ok tapi murah. Dia bagitau ada kedai di Taman Midah atau Sen Heng di Permaisuri tapi katanya jangan pergi Courts sebab mahal. Kami pun pergi ke Taman Midah tapi kali ni, En. Amir je yang turun pergi tengok, tapi hampa jugak. Semua mahal-mahal belaka, yang Sharp punya takde jual. Pergi pulak ke Sen Heng di Permaisuri, bila tengok oven, yang aku nak tu takde, semangat makin lemah. Mata tertangkap pada mixer, so, kalau takde oven, beli mixer la dulu. Bila tanya pada salesman tu dia kata dah habis stok! Aiyak, kalau dah habis stok tak payah display maa... Masa tu dah terbayang balik rumah jela, tido, letih. Tapi En. Amir masih bersemangat. Dia ajak pegi Viva pulak. Dalam Viva ada Giant, walaupun harapan sangat tipis dia tetap nak puaskan hati untuk tengok dalam Viva tu. Dia pergi tengok sorang, aku tunggu dalam kereta. Kejap tu dia keluar balik katanya yang aku nak tu takde. Display pun takde (bagus lah, takde lah orang mengharap hati kan...).

Dengan hati berat, kami pun gerak untuk balik rumah. Tapi En. Amir rasa nak jugak ajak pergi tengok kat Courts. Katanya alang-alang dah kesana kemari ni, biar puas hati kalau betul-betul takde dan seperti kedai sebelumnya dia je yang masuk ke dalam untuk survey. Aku tunggu dalam kereta dengan Cik Mawar yang sangat renyah malam tu. En. Amir mms kat aku gambar oven. Walaupun bukan oven yang aku nak, tapi range harga dan saiz yang aku nak. Wow! Dengan laju aku pun keluar kereta, pergi joint En. Amir kat dalam Courts. Akhirnya, aku beli oven Elba 30L ini dengan mixer jenama Elba jugak. Hope kalian bertahan lama dan dapat berjasa banyak dengan aku. Terima kasih kepada En. Amir kerana dengan "semangatnya" akhirnya berjaya jugak kita dapatkan oven & mixer malam tu. Malam tu kami dinner "black pepper grilled lamb chop" (En. Amir yang merasmikan, siap google kat internet cara-cara nak grilled guna oven tu, hehehe....) Sedapnyerrrr....Selepas ini, bermulalah episod baru aku dalam dunia di dapur!

Love it!

Monday, March 12, 2012

Terukir Di Bintang

Lagi tiga minggu, akan genap tiga tahun usia perkahwinanku pada usia 30 tahun ini...(semuanya tiga...hehehe). Semakin hampir ke tarikh itu, semakin aku terkenang-kenang kisah-kisah sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Aku cuma nak kenang yang indah sahaja, yang pahit semua aku dah ludahkan dan buang jauh-jauh. Sekarang, aku perlu fokus kepada keluarga, kerjaya, diri sendiri dan yang paling penting, tujuan apa aku hidup di dunia ini. Semakin hari manusia semakin lupa apa tujuan dia hidup di dunia ini dan apa tanggungjawab sebenarnya dek kerana sibuk dengan urusan-urusan duniawi. Ya, tujuan hidupku adalah untuk mengakui kebenaran agama Allah dan berbuat baik untuk kehidupan di akhirat nanti. Buat teman hidupku, semoga kita sama-sama dapat menjejakkan kaki ke syurga dan mengecapi indahnya hidup selepas kehidupan ini. Susah senang hidup di dunia ini kita hadapilah dengan senyuman dan ingat "aku ada kerna engkau ada". Entry-entry selepas ini pon akan jiwang-jiwang agaknya sebab mood anniversary,hehe..

Lagu ini ditujukan untuk teman hidupku. Tiada lain di hati ini kerana 'hati ini bukan milik ku lagi'...wah! jiwang! ;)

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu