Pages

Tuesday, March 6, 2012

Hanya Allah Yang Tahu

"Mata tertangkap sesuatu. Sesuatu yang menyentap jantung. Hati mula berdebar-debar. Sedih. Terasa separuh nyawa melayang. Badan menggigil, seperti menahan suatu perasaan yang amat dahsyat, marah?sedih?takut?kecewa?dikhianati? Fikiran berkecamuk. Keliru. Pelbagai soalan bermain di minda. Perasaan ingin tahu berkobar-kobar.

Pernahkah anda mengalami perasaan seperti ini? Apa yang akan anda lakukan?

Saat itu, saat ini, hanya Allah yang tahu perasaan itu. Walaupun masih keliru, tetapi harus cuba bersabar, bertahan, bertabah. Dalam hati berselawat seribu kali. Itu penawar terbaik. Moga Allah membantu kerana Allah jualah yang menemukan dengan sesuatu itu. Maka selayaknya berserah kepada-Nya. Sambil menunggu, sambil muhasabah diri mengenang kesilapan diri, sambil menanti hikmah disebalik semuanya. Moga akan ada cahaya yang menerangi nanti."

Allahhumma solli a'la Muhammad, wa 'ali Muhammad.

Tuesday, February 28, 2012

Fuh! Lamanya...

Lama dah tak update blog. Kemalasan melanda. Bila tengok balik, banyak post berstatus "draf". Aku menaip dan menaip tapi akhirnya aku tak post sebabnya konon nanti nak 'touch-up' balik. Kesudahannya ia kekal sebagai "draf"... Tak apa lah, hari ni aku nak taip balik apa yang patut. Mungkin takde orang pun baca blog aku, tapi takpe lah, aku memang buat untuk aku sendiri je terutamanya. So, hari ni aku buat dua post. Kedua-dua post ni pun sebenarnya dah di draf awal-awal...hehehe... Ok lah, esok lusa aku akan edit lagi draf-draf yang ada ataupon tambah entry baru. Semoga berjaya buat diriku! :D

Certot : Cerita Kehidupan

"Life is short, make it fun!"

Engkau rasa hidup engkau tak bermakna. Engkau tengok orang seronok dengan kerja mereka, tapi engkau tidak tahu cukupkah gaji mereka untuk menyara hidup. Engkau tengok orang lain bahagia dengan keluarga tapi engkau tidak tahu berapa banyak hutang mereka. Engkau tengok hanya sebab engkau nampak. Engkau tidak tahu. Engkau mula berkira-kira itu ini. Engkau mula menghitung di mana silapnya sampai engkau rasa sebegitu. Oh, panjang cerita untuk engkau selongkar kepala otak yang berserabut dengan perkara-perkara yang engkau nampak. Engkau tepis-tepis otak yang berserabut menjadikan keadaan bertambah berselirat. Engkau keluar dan mula menyalahkan keadaan. Engkau kata itu tidak adil, ini tidak betul, itu tidak kena, ini yang sepatutnya. Akhirnya engkau menyalahkan takdir. Mudahnya engkau menghukum! 

Tidakkah engkau tahu bahawa takdir itu boleh diubah? Boleh diubah? Engkau termangu-mangu mendengarkanya kerana engkau hanya fikirkan ketidakadilan dan engkau hanya memikirkan kesusahan engkau. Kembalilah engkau ke pangkal nurani. Kembalikanlah jiwa engkau ke kehidupan yang suci. Tidak perlu engkau kembali ke pangkal jalan kerana waktu yang engkau telah tinggalkan pasti tidak akan kembali. Engkau perlu keluar dari jalan itu. Engkau perlu mengikut jalan yang sebenarnya. Itu yang penting.

Hidup ini singkat. Sementara sahaja. Hadapilah ia dengan hari-hari yang indah dan bersyukurlah dengan setiap nikmat kurniaan-Nya. 

Go!

Monday, January 2, 2012

Coretan Waktu Yang Meninggalkanku

Sekejap sahaja masa telah berlalu. Dengan masuknya tahun 2012 Masihi, maka aku akan berumur 30 tahun. Wow! What a wonderful life I've been go through... Macam-macam perkara telah berlaku dalam hidup aku.  Sedikit imbasan kisah hidupku untuk buat aku lebih mengenal diri dan selalu bersyukur di atas pemberian-Nya...
Aku dilahirkan pada pukul 3 pagi. Menurut abang-abang dan emak yang selalu bercerita ketika kelahiranku, seluruh Merlimau bergelap sekejap kerana ambulan terlanggar wayar elektrik, almaklumlah, awal 80-an, mungkin sistem utiliti tidak secanggih sekarang. Aku membesar di dalam sebuah keluarga yang besar dengan semuanya lelaki. Ayah seorang nelayan dan emak seorang suri rumah. Aku lalui hidup seperti kanak-kanak kampung seadanya. Main tangkap ikan pelaga, pancing ikan betuk (ikan puyu), petang-petang pergi cari kambing, halau ayam masuk reban. Kadang-kadang balik sekolah agama petang-petang tu, pergi rumah kawan makan tebu, panjat pokok asam jawa, cari buah nipah. Hujung minggu masuk kebun cari kelapa (sekarang kebun tu dah jadi milik orang lain). Macam-macam aktiviti di zaman kanak-kanak dengan kehidupan di kampung yang menyegarkan. 
Ayah meninggal dunia semasa aku berumur 13 tahun lebih. 30 Disember 1996. Masuk hari ini, arwah ayah telah pergi hampir 15 tahun, hampir separuh hayat aku hidup tanpa ayah disisi. Bermula detik itu, kehidupan aku mula berubah. Susah payah kehidupan kami tanggung sekeluarga dengan emak yang tidak bekerja dan mengharapkan ihsan Bang Long dan Bang Ngah untuk tanggung hidup kami sekeluarga. Walaupon arwah ayah tidak sempat merasa hasil titik peluh aku dan adik beradik yang lain, aku sentiasa doakan arwah ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan kami akan berusaha membuat emak gembira dan senang di hari-hari tuanya.
Aku masuk ke sekolah asrama semasa tingkatan 4 (atas paksaan Bang Ngah) . Kemudian masuk universiti dan alhamdulillah kehidupan berlalu dengan mudah. Seperti cerita tipikal di dalam buku-buku cerita atau cerpen-cerpen yang aku baca semasa sekolah rendah di mana anak orang susah, anak orang kampung, dapat keputusan cemerlang dan kemudian sambung belajar akhirnya berjaya mendapat pekerjaan yang bagus untuk menanggung keluarga. Tipikal kan? Tapi aku bersyukur, kerana cerita-cerita itu sebenarnya yang mendorong aku dalam diam untuk menjadi seperti itu.
Aku dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang amat memahami diri ini. Seorang lelaki yang menjadi pelengkap kepada kehidupanku. Alhamdulillah, aku juga telah dikurniakan seorang cahaya mata yang menyerikan lagi hari-hari kehidupanku. Sehingga hari ini, aku sangat berterima kasih, syukran lillah di atas kurniaMu ya Allah. Semoga hari-hari mendatangku akan dilimpahkan lagi dengan rahmat dan barakah dari mu. Moga aku dan keluargaku diberkati olehNya dan mendapat syafaat Rasulullah dan ahli keluarganya. Amin...

Tuesday, December 27, 2011

Cuti Yang Padat

Kini aku telah kembali semula ke meja pejabat yang agak lapang (aku dah kemas siap-siap minggu lepas,hehehe).
Alhamdulillah, best sangat hujung minggu krismas yang lalu... \(^_^)/
Agak hectic tapi enjoy...
Kisahnya bermula hari Jumaat lepas. Aku packing baju-baju pastu balik kampung aku. Aku se'family' gerak pukul 9.30 malam. Sampai kampung nak dekat 1.00 pagi sebab jalan agak perlahan masa di Bangi membawa ke Seremban (tempat feberet jem!). Sampai-sampai, makan pastu tidur....
Sabtu - pagi-pagi lagi aku dah suruh adik aku ke pasar beli tulang belulang. Nak mintak mak buat sup. Sup feberet...(apsal aku buat tak pernah nak sama rasa dengan yang mak buat???) Tengah hari tu, abang chik datang, borak-borak pasal SBPA (topik terhangat masakini). Petang tu, aku se'family', mak dengan adik bongsu (Akon) pegi MP a.k.a. Mahkota Parade. Kami jenguk kat tempat bowling, macam ada kosong. Terus decide main bowling 2 game terus. Mak dengan Mawar jadi penyokong aku, En. Amir and Akon main. Habis main bowling, pergi makan. Dah nak pukul 8.00 malam rupanya. Tapi sebelum pegi makan kat Kenny Rogers, sempat lagi singgah main-main kat tempat game budak-budak sebab konon kesiankan kat Mawar dok tunggu ibu dengan abah dia main (itu sebenarnya alasan abah dia je...hehehe)...
Lepas dah kenyang, kami decide nak balik, lagipun dah pukul 10.30 malam. Sekali, nak dijadikan cerita, jalan jem gila! Almaklumla, malam Krismas... Mungkin ramai yang keluar sebab nak tunggu 'salji turun'! Dah hampir 45 minit dalam kereta tapi baru bergerak dalam 50 meter!.. Untuk mengelak tension yang berpanjangan, En. Amir buat keputusan untuk masuk semula ke MP. Katanya pergi karaoke lagi bagus. Tunggu dalam sejam lebih mungkin jalan dah lengang. Nak tak nak, aku layankan sebab memang dah 'stuck' sangat, silap-silap boleh jadi mood swing! huhuhu...
Masuk dalam tempat karaoke. Dengan mak-mak pon sekali masuk. Dia duduk kat kerusi, pastu cakap, "Ooo...macam ni tempat yang orang panggil karaoke..."hehehe. Selepas menguji suara, kami pon gerak balik dalam pukul satu lebih jugak la... Alhamdulillah, jalan dah agak lengang. Masuk-masuk kereta, Mawar terus terlelap..kesian dia. Dalam perjalanan balik, sempat lagi singgah kedai roti canai terbang dengan kedai burger sebab esok pagi mesti bangun lewat!
Ahad - dalam pukul sepuluh, aku dah kemas-kemas beg untuk balik KL. Lepas makan gitu-gitu, aku gerak balik KL pastu singgah rumah nenek sebab mama balik dari JB. Sampai sana dah pukul 6.30 petang so, cadang beli untuk makan malam terus. Beli sate dengan mee rebus kat Satay Station di Bandar Sri Permaisuri. Aku ingatkan lepas makan boleh la balik rumah untuk rehat-rehat, rupa-rupanya mama ajak pergi Jusco/Tesco sebab dia berhajat nak belikan basikal untuk Mawar. Layan... Pergi Jusco Maluri, tapi kat sana tak banyak pilihan dan boleh dikatakan tak ada basikal yang sesuai. So, kami santai-santai tengok itu ini sambil bawak Mawar main-main kat tempat kanak-kanak. Dalam pukul 10 malam, kami gerak balik terus ke rumah. Fuh! Letih sungguh..
Isnin - Pagi tu dalam pukul 10.30 pagi, geng-geng BTR dah calling-calling nak ke Giant Cheras (baru buka..) Janji jumpa kat sana dalam pukul 12 tengahari. Kami sampai sana nak dekat pukul satu. Mama dah tengok-tengok basikal untuk untuk Mawar dan mama belikan basikal arnab warna biru! Comel... Walaupon Mawar belum pandai sangat guna tapi comel je dia duduk atas tu. Terima kasih mama...Terima kasih nenek (katanya Mawar...). Petang tu pegi makan nasi ayam hailam di Ampang. Balik rumah nenek, duduk lepak-lepak sampai lepas maghrib baru balik rumah. Mama dengan adik-adik balik JB pukul 9.00 malam katanya. Jadi aku balik dulu sebab dah letih dan lagipon, esoknya kerja.
Sampai rumah, kemas apa yang patut siap-siapkan Mawar pastu tidur. Walaupon letih tapi aku puas. Macam-macam aku dapat buat dalam tempoh 3 hari bercuti. Marvelous!

Friday, December 23, 2011

Certot : Ya, Semua Engkau

Engkau bercakap dengan orang sana, saya yang .....
Engkau bercakap dengan orang sini, semua tu kalau bukan kerana saya .....
Engkau bercakap dengan orang situ, kalau saya tak buat, takdenya .....

Ya, engkau boleh cakap macam-macam. Memang tak dinafikan pun yang itu ini, begitu begini adalah usaha engkau. Aku angguk-angguk setiap kali engkau cakap. Engkau cakap lagi, aku angguk-angguk lagi. Engkau semakin suka. Aku semakin laju mengangguk. Tapi lepas dah banyak kali, aku dah mula rasa menyampah. Nak je aku cakap, "wak kau hangguk!"...

Monday, December 12, 2011

Aku Nak Cuti

Tengok pc, mata dah berpinau. Tengok tray, ade kertas mertas dua tiga helai. Tengok kat tepi tray, ada dua minit mesyuarat belum buat lagi. Khamis nanti ada mesyuarat. Isu-isu berbangkit belum update lagi. Bulan ni nak emel pada semua cawangan untuk mereka update sendiri. Hari ni dah 12.12.11. Lagi 19hari nak jenguk tahun Masihi yang baru. SBPA dah keluar untuk pilih opsyen. Mata makin berpinau pinau.

Aku nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...........

Ya Allah, moga aku dapat pergi keluar dari kuala yang berlumpur ini untuk menyedut udara segar buat seketika... Amin....

Bersemangat!

Hari ini hari Isnin. Hari Isnin selalunya orang kata malas nak buat kerja. Aku tak malas, sangat bersemangat, tapi.... pendrive yang ada semua kerja-kerja aku tertinggal kat rumah!(adakah itu punca aku bersemangat??hehehe) Aku save semua kerja-kerja aku kat dalam pendrive. Aku tak save dalam pc sebab kadang-kadang kena buat kerja dari rumah kalau aku cuti, so, aku save dalam pendrive je.

Pagi tadi, masa lalu kat bawah, aku tak nampak kereta bos aku. Mungkin dia cuti. Aku punch, 8.02..ahh! Lambat lagi... Aku jalan ke bilikku sambil jeling ke bilik bos sorang lagi, gelap jugak. Dua-dua bos aku cuti ke??

Oowh...patutkah aku bersemangat tadi? hahahaha

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Tanpa Kata 231111

Sebelum

Selepas

Empangan CFRD (concrete faced rockfill dam) tertinggi di dunia

Monday, November 21, 2011

Certot : Berpestalah Hai Sang Pemujuk!

Akhirnya engkau telah berjaya menewaskan dia. Setelah sekian lama dia pertahankan, engkau goda dan goda hingga akhirnya dia tertewas. Ya, aku tahu engkau pasti akan tertawa puas. Tertawa seperti syaitan yang telah berjaya melalaikan umat Muhammad dari bersolat. Engkau puas melihat akhirnya dia kembali terjebak. Engkau puji katakan dia hebat. Engkau ampu hingga buat dia tersenyum melebat. Berpestalah! Pesta! Hebohkan kepada rakan-rakanmu yang lain. Maklumkan lagenda terhebat telah kembali.

Sebenarnya...

Engkau tidak tahu ada janji yang telah dirobohkan. Engkau tidak tahu ada hati yang sedang menangis. Engkau tidak tahu ada hati yang sedang berdoa agar dia dijauhkan dari semua itu. Ada hati yang sedang berdoa untuk kesejahteraan hidupnya dan keluarganya. Ada hati-hati yang sedang menagih kasih darinya.

Semoga Allah sentiasa bersama dia. Semoga dia tetap di jalan kebenaranNya. Semoga dia bahagia melalui hari-harinya sebelum doa-doa itu termakbulkan olehNya.

Amin.