Pages

Tuesday, February 28, 2012

Certot : Cerita Kehidupan

"Life is short, make it fun!"

Engkau rasa hidup engkau tak bermakna. Engkau tengok orang seronok dengan kerja mereka, tapi engkau tidak tahu cukupkah gaji mereka untuk menyara hidup. Engkau tengok orang lain bahagia dengan keluarga tapi engkau tidak tahu berapa banyak hutang mereka. Engkau tengok hanya sebab engkau nampak. Engkau tidak tahu. Engkau mula berkira-kira itu ini. Engkau mula menghitung di mana silapnya sampai engkau rasa sebegitu. Oh, panjang cerita untuk engkau selongkar kepala otak yang berserabut dengan perkara-perkara yang engkau nampak. Engkau tepis-tepis otak yang berserabut menjadikan keadaan bertambah berselirat. Engkau keluar dan mula menyalahkan keadaan. Engkau kata itu tidak adil, ini tidak betul, itu tidak kena, ini yang sepatutnya. Akhirnya engkau menyalahkan takdir. Mudahnya engkau menghukum! 

Tidakkah engkau tahu bahawa takdir itu boleh diubah? Boleh diubah? Engkau termangu-mangu mendengarkanya kerana engkau hanya fikirkan ketidakadilan dan engkau hanya memikirkan kesusahan engkau. Kembalilah engkau ke pangkal nurani. Kembalikanlah jiwa engkau ke kehidupan yang suci. Tidak perlu engkau kembali ke pangkal jalan kerana waktu yang engkau telah tinggalkan pasti tidak akan kembali. Engkau perlu keluar dari jalan itu. Engkau perlu mengikut jalan yang sebenarnya. Itu yang penting.

Hidup ini singkat. Sementara sahaja. Hadapilah ia dengan hari-hari yang indah dan bersyukurlah dengan setiap nikmat kurniaan-Nya. 

Go!

No comments:

Post a Comment

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.