Pages

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Tanpa Kata 231111

Sebelum

Selepas

Empangan CFRD (concrete faced rockfill dam) tertinggi di dunia

Monday, November 21, 2011

Certot : Berpestalah Hai Sang Pemujuk!

Akhirnya engkau telah berjaya menewaskan dia. Setelah sekian lama dia pertahankan, engkau goda dan goda hingga akhirnya dia tertewas. Ya, aku tahu engkau pasti akan tertawa puas. Tertawa seperti syaitan yang telah berjaya melalaikan umat Muhammad dari bersolat. Engkau puas melihat akhirnya dia kembali terjebak. Engkau puji katakan dia hebat. Engkau ampu hingga buat dia tersenyum melebat. Berpestalah! Pesta! Hebohkan kepada rakan-rakanmu yang lain. Maklumkan lagenda terhebat telah kembali.

Sebenarnya...

Engkau tidak tahu ada janji yang telah dirobohkan. Engkau tidak tahu ada hati yang sedang menangis. Engkau tidak tahu ada hati yang sedang berdoa agar dia dijauhkan dari semua itu. Ada hati yang sedang berdoa untuk kesejahteraan hidupnya dan keluarganya. Ada hati-hati yang sedang menagih kasih darinya.

Semoga Allah sentiasa bersama dia. Semoga dia tetap di jalan kebenaranNya. Semoga dia bahagia melalui hari-harinya sebelum doa-doa itu termakbulkan olehNya.

Amin.

Sunday, October 30, 2011

Cerita Baca Buku

Pernah tak kalian tiba-tiba rasa nak jadi penulis selepas membaca sesebuah buku? Perasaan tiba-tiba nak tukar profesyen dari seorang engineer contohnya, menjadi penulis novel, penulis cerpen, senang cerita nak jadi 'ahli sastera". Kalau pernah, itu bermakna kalian telah terinspirasikan dengan bahan bacaan tersebut! Bahan bacaan yang berkualiti selalunya akan sampai "menyentuh hati". Jangan risau, itu semua perkara normal.

Macam aku contohnya, aku baru selesai membaca dua buah buku bertajuk Kentang dan Tentang. Buku tersebut hasil karya penulisan saudara Saharil Hasrin Sanin. Buku ni dibeli oleh En. Amir semasa pesta buku underground di Pasar Seni pada 17 September 2011 yang lepas. Dan dan lepas baca terus nak menaip, hahaha....

Monday, October 10, 2011

Certot : Ada Engkau Peduli???

Engkau, ye, engkau yang sedang membaca certot ini dan engkau yang sedang menaip cerita ini.
Satu hari, engkau sedang memandu di jalan yang sesak. Engkau bawak tersenggut-senggut di tengah-tengah jalan yang ada 4 lorong. Kiri kanan kereta. Engkau asyik mendengar radio. Entah apa yang DJ tu memekakkan, engkau tak peduli. yang engkau tahu, engkau kena cepat sampai ofis. Kena sampai sebelum pukul lapan. Jam menunjukkan pukul 7.25 pagi. Engkau ada 35 minit lagi untuk meredah jalan sejauh 4km lebih kurang.

Eh! Laju la pulak lorong kanan ni. Engkau merasa tidak senang melihat orang yang lebih lewat keluar rumah dari engkau boleh berada di depan. Engkau rasa mahu tukar lorong. Engkau tengok dari cermin sisi, kereta bertali arus. Engkau bagi isyarat untuk masuk lorong kanan. Satu, dua, tiga kereta bontot-membontoti. Tak bagi peluang engkau menyelit. Engkau tetap tidak berputus asa untuk masuk ke lorong kanan. Selepas 7-8 bijik kereta, akhirnya engkau merasakan ada peluang dan engkau pon masuk. Tetapi....

Kereta proton saga merah itu melajukan keretanya. Dia rasa lorong itu mak bapak tok nenek dia yang punya. Orang lain tak boleh potong kereta dia. Dia lajukan kereta dan brek betol-betol di belakang bonet kereta engkau. Dia hon kuat-kuat, panjang-panjang. Engkau? Engkau buat selamba, terus masuk. Dalam hati engkau menyumpah. "Kan aku dah bagi signal? Bebal". Engkau teruskan perjalanan pada kelajuan 0-5km/jam. Si merah tak puas hati. Engkau tengok pada cermin sisi. Engkau nampak dia tunjuk-tunjuk simbol *%#@**. Nak dekat 2km dah dia tunjuk-tunjuk simbol tangan dan mulut macam cakap sesuatu.

Engkau tengok jam. Dah pukul 7.45. Ada lagi 2km untuk sampai ke ofis. Kalau ikut, rasa nak berhenti dan ambik gambar si merah. Mungkin dia ada penyakit latah marah. Tapi engkau fikir, mungkin engkau pon akan dicop gila kerana melayan si merah itu. Sampai satu simpang, si merah terus jalan ke depan dan engkau ke kiri (untuk ke ofis engkau perlu belok ke kiri). Semasa merah melintas sebelah kereta engkau, engkau hon kuat-kuat sambil gelak-gelak puas sebab engkau sengaja melambat-lambatkan kereta jadi ramai yang masuk ke kanan di depan engkau. Lagi la si merah marah tengok lagak kau memandu perlahan dan biarkan banyak kereta masuk kat depan. Tapi, ada engkau peduli???

Wednesday, October 5, 2011

Birthday!

Today is En. Amir birthday... Happy birthday my dear!... I Love u!
 Semoga panjang umur, dimurahkan rezki dan berbahagia selalu...
Tahun ni hadiah b'day akan dapat lewat dari tarikh birthday, 
tapi percayalah, adalah berbaloi penungguan itu.. ;) Nantikan ya!... 
So, sementara menunggu hadiah tersebut, telan & kunyahlah kata-kata berikut..

Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always.
To the world, you may be one person. But to me, you are the world.
It's as easy to stay in love with you as it was to fall in love.
Happy Birthday my love!
It is not being in love that makes me happy but it is being in love with YOU that makes me happy.
With each year I love you more and more.
I'm enthralled by your beauty, mesmerised by your charisma and spellbound by your love. No wonder I am always thinking about you.
It's always a treat to wish Happy Birthday to someone so sweet.
My heart for you will never break. My smile for you will never fade. My love for you will never end. 
I love you.
Happy Birthday my dearest and sweetest, not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not here.
With each year I'll love you more. Remember that your best years are still ahead of you and I'll be there for every up down and in between.
Because you're the gift in my life, I give you my gift of love.



Monday, October 3, 2011

Cerita Mawar Tanpa Capoten

*Capoten adalah nama manja untuk pacifier Mawar. Abah yang bagi nama tu…

*Ritual nak tidur adalah gaya Mawar untuk mendapatkan mood untuk tidur dengan cara mengangkat kedua kaki ke atas secara tegang dan kedua tangan menggenggam penumbuk yang diletakkan di dada (gambar seperti di bawah)


Masuk hari ni, dah genap 4 hari 4 malam Mawar tidur tanpa “capoten”… Asalnya capoten tu teringgal kat rumah nenek. Dah pukul 9 malam masa nak tidurkan Mawar, baru sedar capoten takde!...Aduss… Berderau darah takut Mawar tak boleh tidur. Tapi malam tu, lepas buat “ritual nak tidur”, Mawar terus tidur kerana keletihan. Almaklumlah, hari Jumaat siangnya tu Mawar duduk dengan Oyang kat rumah. Mawar seronok bermain-main dengan Oyang jadi dia kurang tidur.

Hari Sabtu pagi, lepas minum susu di waktu subuh, kebiasaanya Mawar akan tidur semula sampai pukul 10 lebih. Kadang-kadang jejak ke pukul 11. Tapi pagi tu, Mawar kegelisahan. Mawar pejam mata, pusing kiri, pusing kanan serba tak kena. Ritual pon tak menjadi. Ibu dah risau, jangan Mawar menangis tak boleh tidur sudah… Mawar pandang ibu, buat muka sedih, tapi Mawar tak cakap pape. Mawar nak tanya ibu, tapi Mawar belum pandai cakap. Kalau Mawar pandai cakap, mungkin Mawar nak tanya, “Ibu, mana capoten Mawar ibu?...”  Ibu tepuk-tepuk Mawar sambil pujuk, anak ibu dah besar, dah setahun 3 bulan dah, anak ibu dah tak comel kalau isap capoten… terkelip-kelip Mawar dengar ibu cakap. Pastu Mawar ambik bantal bucuk, gigit-gigit sampai lelap… Fuh, lega, tidur jugak dia lepas hampir sejam jugak la dia keresahan.

Yela, capoten tu dah jadi teman tidur dia sejak masih berbedung lagi sampai la umur setahun 3 bulan ni. So, setiap kali tidur, ibu akan pujuk Mawar lagi, anak ibu comel, budak comel tak hisap capoten, Mawar comel kan? Kan?... jadi dia akan terkebil-kebil sambil buat ritual sambil gigit-gigit, gentel-gentel bantal bucuknya…

Moga hari kelima, keenam dan seterusnya Mawar akan lupakan terus pada capotennya dan ibu akan mengghaibkan capoten tu dari pandangan Mawar. Biarlah gentel bantal bucuk dan gigit-gigit bantal tu sampai basah, ibu tak kesah janji Mawar dah tak bergantung pada capoten. Selamat membesar wahai anakku!...

Sunday, September 25, 2011

EL Sampai Ke Sekinchan

Pukul 8??? Terkelip-kelip bijik mata aku macam cicak berak kapur agaknya bila tengok jam kat dinding. Terus capai handset SMS ofismate (Saya EL, anak takde orang nak jaga). Memang pon sebab ateh keje pagi and hasben ade keje kat Sabak Bernam.

"Abah nak gerak pukul berapa?"
"Dalam pukul 9 lebih, nak ikut?"
"Nak!" (dengan lajunya aku menjawab dan bersiap)

Selesai urusan di Sabak Bernam, dalam perjalanan pulang kami singgah di Sekinchan. Ke sawah lebih tepatnya. Subhanallah, luasnya sawah padi! Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa, aduh, nyaman sungguh. Cik Mawar sangat memberi kerjasama and hepi masa kat sawah tu.

Gambar-gambar berikut merupakan bukti kegembiraannya...
Ibu dan Mawar berlatarbelakangkan sawah padi menghijau...

Gumbira!
Yeah!
Mawar dan abah...
"Budak pandai tepuk tangan..." dengan segera dia akan tepuk,hehehe...

**3 jam sebelum sebelum pukul 8...

"Mawar, tidur la...esok ibu keje....dari pukul 2.30 tadi Mawar dah main-main...jom tido jom..."

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Tanpa Kata 210911

Tidur beralaskan pipi...

Tuesday, September 20, 2011

Melawat Baby

Tengahari tadi aku ke Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju dengan 2 orang kawan. Ofismate a.k.a. bos aku bersalin anak ketiga. Aku yang bawak kereta. Disebabkan aku ni jenis "buta geografi", maka awal-awal lagi aku dah cari jalan kat google map. Tak jauh kalau ikut peta, 13km je. Jadi aku pon ke sana. Alhamdulillah, selamat sampai dengan jayanya (ceh, rupanya depan Wangsa Walk je pusat perubatan tu).

Anak bos aku lelaki. Ni anak ketiga lelaki. Berat 3.45kg. Normal delivery. Comel, tembam dan berlesung pipit. Bos aku sedang menghitung-hitung hari samada nak ambil 3 bulan atau 2 bulan je cuti. Disebabkab belum ada anak perempuan, kami nasihatkan ambik je la 2 bulan, sebab nanti boleh dua kali lagi try untuk dapat anak perempuan, hehehe...

Balik tadi lepas makan "langsat" sebiji dua, kami selamat sampai ke ofis jam 3.30 lebih kurang. Aku singgah kantin pegi tapau makanan, ayam goreng berempah dengan pucuk paku masak kuning. Sedapnya! (samada perut tengah lapar atau memang betul-betul punya sedap lauk tu?). Habis sudah cerita ini hari.

Thursday, September 15, 2011

Jamuan Raya

Blurp! Alhamdulillah... Kenyang makan-makan jamuan raya tadi. Punya la ramai umat. Ye la, Kementerian Kerja Raya bawah dia je ada berapa agensi, tapi aku tak rasa semua datang. Yang mane sempat je kot. Aku dah rasa nak patah balik je bila tengok orang beratur ni. Mula la peluh berjuraian. Rimas rasa tapi demi tuntutan perut, aku gagahkan diri mengekor lagi 4 orang ofismate...hehehe...

Ada macam-macam jenis makanan, sate, nasi beriyani, soto, laksa, lemang, rendang, char kuey teow, cendol, ABC, popiah, mee kari and macam-macam lagi lah... Aku cuma makan sate, char kuey teow, cendol and popiah. Tu pon dah kenyang ;)... otw balik semula ke ofis, member ajak lalu dalam dewan, wah! banyak lagi makanan... so, sambil lalu-lalu tu, aku pon ambik la lemang & rendang ayam + sate daging 3 cucuk untuk bawak naik ofis. Nanti lapar-lapar dalam pukul 4 lebih bole la aku layan lagi...huhuhu......

Terima kasih pak menteri...tahun depan bole buat lagi.... ;)