Pages

Wednesday, April 30, 2014

1per3 2014

Ini entry pertama aku untuk tahun 2014. Peh! Dah 4 bulan dah masuk tahun baru. Bermakna dah 1/3 tahun masa berlalu. Pantas sungguh! Ya, aku rasakan tahun 2014 merupakan tahun yang” paling cepat” pada aku. Dalam tempoh ini, macam-macam perkara terjadi. Syukur aku masih mampu tersenyum... sekurang-kurangnya.

Satu persatu perkara terjadi, berturut-turut. Dengan kerja di pejabat yang semakin bertimbun, masalah sakit pening anak-anak, suami dan aku sendiri, aku rasakan dugaan kali ini makin membuatkan aku kental untuk meneruskan hidup!
Dalam “kesibukan” aku menguruskan kehidupan 2014, aku juga didatangi berita bahawa aku mengandung anak ketiga. Ya, anak ketiga... Alhamdulillah. Syukran Ya Allah... Aku kira anak ketigaku ini bakal menjadi anak yang tabah. Beliau sentiasa bersamaku menghadapi susah senang 1/3 tahun 2014 ini tanpa sebarang ragam. Dah hampir 7 bulan kita bersama, insyaAllah, lagi 2 bulan lebih kita akan bertemu mata... J
Semoga 2/3 lagi baki tahun 2014 bakal memberikan aku lebih kebahagiaan, lebih kemudahan dalam segala urusan dan lebih menenangkan, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.