Satu
persatu perkara terjadi, berturut-turut. Dengan kerja di pejabat yang semakin
bertimbun, masalah sakit pening anak-anak, suami dan aku sendiri, aku rasakan
dugaan kali ini makin membuatkan aku kental untuk meneruskan hidup!
Dalam
“kesibukan” aku menguruskan kehidupan 2014, aku juga didatangi berita bahawa
aku mengandung anak ketiga. Ya, anak ketiga... Alhamdulillah. Syukran Ya
Allah... Aku kira anak ketigaku ini bakal menjadi anak yang tabah. Beliau
sentiasa bersamaku menghadapi susah senang 1/3 tahun 2014 ini tanpa sebarang
ragam. Dah hampir 7 bulan kita bersama, insyaAllah, lagi 2 bulan lebih kita
akan bertemu mata... J
Semoga
2/3 lagi baki tahun 2014 bakal memberikan aku lebih kebahagiaan, lebih
kemudahan dalam segala urusan dan lebih menenangkan, insyaAllah...