Alhamdulillah, bersyukur aku ke
hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan ini. Hampir
sebulan aku ‘senyap’ di sini. Sibuk betul rasanya sejak kebelakangan ni. Sibuk
berkursus. Sibuk menguruskan anak-anak. Sibuk menguruskan kehidupan baru…
Kehidupan baru? Ya... Hidup aku
dah tak macam dulu. Banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku baik dari segi
kerjaya, keluarga dan juga diri sendiri sejak pertengahan bulan Mei hari tu.
Mula-mula aku bertukar tempat bertugas. Dari HQ di Jalan Sultan Salahuddin ke
HQ di Midvalley… Kemudian, anak-anak mula dijaga pengasuh, pastu husband “out
station” untuk tempoh yang agak lama la jugak….tacing….tapi alhamdulillah,
berkat doa dia dari kejauhan dapatlah aku menguruskan semuanya di dalam
kawalan….jauuuuhhh...tapi dekat di hati…. :D
Macam mana kerja kat tempat baru?
Alhamdulillah, best. Dapat bos pun yang baik. Aku lebih terasa macam “jurutera”
berbanding yang sebelum-sebelum ni…hahaha…. Pergi kerja and balik kerja lebih
kurang je jarak dia daripada yang sebelum ni cuma bila waktu balik, kadar
kesesakan dia luar sikit dari kebiasaan….biasa la KL kan…alah bisa tegal biasa…
Anak-anak? Alhamdulillah dapat
pengasuh yang baik. Lembut je orangnya. Husband dia pun jenis lembut, hahaha…
Ni pun makcik husband yang rekemenkan. Serabut sangat rasa masa dapat tau kena
tukar. Bukan sebab kerja, tapi fikir anak-anak dulu sebab masa tu jugak
pengasuh asal (makcik husband) dah mula busy dengan ‘bisnes’ dia jadi dah tak
boleh nak jaga sangat anak-anak. Tapi syukur akhirnya dipertemukan dengan
pengasuh sekarang, yang lebih dikenali sebagai Ummi oleh anak-anak...
Husband outstation pegi mana?
Jauuuuuhhhh…. Semoga dia selamat pergi and selamat kembali semula ke pangkuan keluarga…
Malam-malam sebelum tidur berborak dengan Mawar. Bila tanya, abah mana? Abah
naik terbang…huhuhu…tunjuk gambar abah, dia cium-cium. Bila abah call,
melompat-lompat dia bercakap pastu sempat pesan, nanti abah beli mainan
banyak-banyak eeh…. alahai…tacing tau…huhuhu… Pesanan untuk abah, jaga diri,
jaga kesihatan, jaga keselamatan, nikmati hidup diperantauan, all the best… May
Allah bless us… Jangan lupa pulak kat kami… ;)
Aku? Masih dalam proses
menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Tak lama lagi bulan puasa pulak. Semoga
Allah beri kekuatan yang lebih untuk aku bertahan dan menjalani kehidupan baru
ini… Syukran lillah. Solawat… Allahumma Solli A’la Muhammad, Wa aali Muhammad.
aku pun penah jauh,sbln stgh sndiri urus 2 anak.jauh keje nun jeddah sana
ReplyDeletemudahan urusan ko dan anak2 dmudahkan ya spjg tempoh bjauhan dgn suami.. :)
hai.. salam kenal,
ReplyDeletefollower no.8
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
semoga semua urusan dipermudahkan Allah.. insyaAllah..
ReplyDeleteInsyaAllah... ;)
ReplyDelete