Pages

Friday, May 3, 2013

Raya! Satu Pilihan

Sana sini sinun memang hangat orang perkatakan tentang PRU-13 ni. Boleh dikatakan PRU terhangit di pasaran! Yang itu kata yang ini. Yang ini kata yang itu. Tuduh menuduh, fitnah memfitnah, baiah membaiah, bantah membantah, selongkar dalam kain orang, fitnah anak bini orang dan segala macam taktik kotor lagi jijik dipersembahkan. Ya, "raya"lah kalian dengan corak perayaan kalian. Siapa yang paling besar dan meriah "bunga apinya" yang akan menang kan? Mungkinkah yang paling kuat bunyi "mercunnya" yang akan menang? Atau mungkin yang duduk selesa di dalam kokpit "roketnya" yang akan menang? Atau mungkin "bulan sabit" yang muncul tanda hari raya itu yang akan menang? Atau mungkin "bulan mengambang penuh" itu yang akan menang? Atau mungkin tidak mustahil juga Tok Mun yang akan menang nun di sana. 

Segalanya mungkin...

Aku mula mengenali suasana pilihanraya ni adalah pilihanraya ke-10 pada tahun 1999. Kalau erti rasanya belajar dah dalam subjek sejarah. Masa tu aku masih di tingkatan 5 dan masih belum boleh mengundi pun lagi. Mungkin ada orang yang tak ambik tahu pun. Bergantung kepada mentaliti masing-masing samada mahu peduli atau tidak. Dan bila dah tahu, tidaklah perlu "totok" sangat kan? Tapi kalau nak totok sangat pun, suka hatilah, sifat manusia kan berbeza-beza.

Pada tahun 1998, kes yang menggemparkan negara berlaku dimana TPM dipecat. Bermula itu lah, 'kempen kecil-kecilan' dari cikgu-cikgu aku bermula. Ada dua orang cikgu sebenarnya. Sorang ajar sejarah, sorang ajar biologi. Siapa yang sama sekolah dengan aku mesti kenal. Paling tak tahan si cikgu biologi, sebelum kelas bermula, hampir setengah jam dok cerita politik. Pulak tu ada yang suka melayan, lagi lama la dia bercerita. Pernah satu tahap aku sampai stress dan dengan selamba aku bangun "cikgu, lama lagi ke nak cerita politik? Saya nak belajar biologi, kalau tak saya balik ke kelas" Dia tercengang dan aku pun keluar dari makmal. SPM aku dapat C6 untuk subjek biologi. Apakah? Kah! Kah! Kah!

Berbalik pada PRU, aku dah pernah mengundi semasa PRU-12 tahun 2008 dan sekali lagi akan mengundi untuk PRU-13 tahun 2013 ini. Sebenarnya aku kecewa dengan pihak kiri kanan. Berkempen cara orang mundur. Sepatutnya berkempenlah apa yang engkau akan buat untuk rakyat & negara jika engkau menang. Ini tidak, cerita lagha semata-mata. Takpe lah, hanya 2 hari lagi. Kita undi, tunggu dan lihat keputusan. Bagi yang menang, sila perintah dengan baik. Pada yang kalah, harap bertenang dan tunggu 5 tahun lagi untuk "raya" sekali lagi.
 
Raya! Raya! Raya!

3 comments:

  1. Tu diaaaaa..kalo ayu jadi sayaesti lagi panjang cerita ni...huhu..nagis tak berlagu je la

    ReplyDelete
  2. He he..
    alhamdulillah dah lepas pun 'raya' ni..
    semoga pemimpin2 kali ni akan melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan berintegriti.. insyaAllah.. doakan aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..raya yg sebenar pulak akan dtg lg beberapa bulan. puasa pun lom ganti...hehehe....

      Delete

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.