Pages

Sunday, March 10, 2013

Penyusuan Susu Ibu Selama 21 Hari



Masa Mawar dulu aku cuma sempat menyusukan dia selama 21 hari. Tu pun aku pam masuk dalam botol. Sebabnya?? Mawar lahir dengan berat cuma 2.19kg. Mulut dia kecik comel je. Dia cuba menghisap direct tapi selalunya termengah-mengah. Masa kat wad nurse-nurse banyak tolong ajar cara-cara nak menyusu tapi akhirnya Mawar termengah-mengah dan menangis sebab tak dapat hisap. Akhirnya nurse bagi susu guna botol. Sekarang aku mula musykil, susu apa yang nurse tu bagi ya? Susu formula ke susu orang?? Susu tu dah siap berbancuh dalam peti ais dalam kuantiti 2oz. Dia kata aku bole ambik susu tu bagi baby. Tak semua orang bole dapat, cuma yang tertentu je sebab yang mana baby berat lahir dia lebih 2.5kg, dia akan ‘paksa’ ibu-ibu menyusukan baby dan penggunaan susu formula di hospital amatlah dilarang. Ada orang kena marah sebab bancuh susu formula nak bagi baby. Ada yang merayu nak susu macam yang aku dapat tapi nurse tak bagi sebab katanya ‘baby awak berat dia 3kg, kena bagi susu sendiri’.

Kenapa 21 hari je? Sebabnya aku kena demam bengkak susu. Bermula lepas demam tu setitik-setitik je susu keluar walaupun dah dipam hampir sejam. Aku cari info kat internet untuk menambah susu. Aku tukar pam [sebelum tu cuma guna pam Pureen berbateri] guna Madela Harmony. Berurut, makan lobak putih, bayam, sawi, kurma, longan, milo, horlicks dan macam-macam lagi saranan – semua tak jalan. Susu masih tak keluar. Stok semakin sikit dan ‘hasutan-hasutan’ supaya menggunakan FM semakin berleluasa kiri-kanan menerjah-nerjah. Antara hasutan katanya guna je la FM sebab nanti dah keje susah kalau baby menyusu badan [aku menafikan : susah apanya, pam je la pastu bagi kat baby], baik bagi FM sekarang, nanti bagi kemudian dia dah taknak [aku menafikan : bagusla kalau dia taknak, boleh bagi susu aku je]. Aku memang sangat berhajat untuk menyusukan baby sepenuhnya. Barang-barang macam cooler bag, botol-botol untuk simpan stok, plastik berzip semua aku dah beli sebelum lahirnya baby tetapi kelemahan aku, aku mudah putus asa masa tu, lemah semangat dan akhirnya aku tertewas! Aku ingat aku kuat tapi selalunya aku tipu diri sendiri... Semua berlaku semasa aku masih dalam berpantang lagi...

Ramai orang puas hati dapat menyusukan baby dia sampai cukup 2 tahun tapi pada aku yang tak berjaya, 21 hari pun sudah cukup memuaskan hati aku. Dapat jugak menyusukan Mawar susu yang berkolestrum pada hari-hari awal dia menyusu tu. Aku dah berusaha tapi pada yang masih nak menafikan dengan menggunakan kata-kata “setiap ibu mempunyai susu, susu ibu susu yang terbaik dan ibu-ibu kena berusaha untuk menyusukan anaknya sehingga 2 tahun seperti dituntut Islam”. Ketahuilah bahawa kata-kata anda amat memeritkan walau kutahu kebenaran itu amat pahit untuk ditelan... :)


2 comments:

  1. pengalaman adalah guru terbaik.. gagal sekali tak bermakna selamanya gagal..
    aku pun masa Husna tak dapat fully BF. alhamdulillah Aliff dan Ammar ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, alhamdulillah untuk 2nd baby ni. Harap-harap berjaya dengan cemerlang...hehehe....

      Delete

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.