Dah lebih separuh dah raya baru nak tulis pasal hari raya, hehehe... busy
makan kueh raya ler.... Tahun ni raya di Melaka. Agak meriah sebab adik beradik
semua ada kecuali Bang Ngah, turn raya dia lari sikit sebab 2 tahun lepas kakak
ipar bersalin 3 hari sebelum raya yang mana, turn raya masa tu kat Melaka. Aku
beraya tahun ni Cuma 3 buah rumah je kat Melaka, 2 rumah member sekolah satu
lagi rumah mertua abang Chik aku. Rumah lain tak pergi (ada ke rumah yang nak
pergi??hahaha...).
Malam raya kedua, aku ajak diorg buat BBQ. Kebetulan Bang Ngah balik
haritu tapi Bang Long pulak takde sebab dia raya pertama lagi dah balik ke
rumah mertua. Takpela, janji masih ramai. Adik aku sorang tu “tokey” Giant,
jadi kebetulan dia bagitau harga kambing murah masa raya pertama pastu ditambah
dengan diskaun dia sebagai staff, lagi berganda murahnya, maka aku memborong
daging kambing agak berkilo-kilo jugak. Perap guna rempah sendiri je, kalau
beli yang dah siap perap, mahal sikit. Disebabkan adik beradik aku semua
lelaki, memang keje diorang la panggang memanggang ni. Aku dengan ipar-ipar dan
anak buah duduk tadah mulut dan perut je la... Puas betul makan kambing malam
tu. Ada jugak ayam, udang dengan sosej. Best makan-makan... Kami jemput sekali
keluarga mertua Bang Chik (setakat ni, Bang Chik je kawin dengan orang Melaka
pastu jarak umah 10 minit je dah sampai). Lepas makan-makan, diorang main
mercun & budak-budak main bunga api. Laki aku antara kaplanya, dah la pakai
kain pelikat je... huhuhu...
Raya ketiga kami balik KL. Kat KL pun takde rumah mana pun yang kami
beraya sebab mertua dah pergi raya rumah sedara awal-awal (lagipun hasben aku
taknak beraya sangat tahun ni katanya...layan...). Raya keempat kami pergi
Senawang rumah sepupu Mama, raya ke-5 rumah Andak, raya ke-6 rumah Achik, tu je rasanya rumah sedara belah KL yang aku pergi,
sikit betul... Malamnya pulak pergi berkaroke ramai-ramai dengan adik-adik
ipar, aku tak nyanyi, segan seh... :)
Harini dah hari ke 16 Syawal, mungkin dah takde rumah yang
nak dirayakan. Jemputan rumah terbuka pun tak banyak tahun ni, bagus la jugak.
Bukan apa, kadang-kadang ni kalau pergi makan sana sini, sakit perut, sengsara.
Dah la pregnen ni, letih aku nak ke toilet. So, masa yang ada ni la aku
berehat-rehat setting apa patut kat rumah ni untuk memulakan kerja dengan
semangat baru, memulakan hidup dengan semangat baru, memulakan segalanya dengan
semangat baru... InsyaAllah...
*Gambar raya takde sebab semua snap guna camera Bang Chik. Tak bawak pendrive time tu so tak sempat nak ambik. Nanti balik kampung, copy kat adik baru bole upload...huhuhu