Kelmarin
bukak facebook, aku tengok ada beberapa orang kawan yang “mengupdate “ status
facebook masing-masing dengan berita gembira menimang cahaya mata.
Alhamdulillah, bertambah lagi umat Muhammad. Bila tengok baby-baby yang baru
lahir ni, terkenang la pulak Cik Mawar sekuntum masa dia baru lahir. Syahdu
rasa.
Sebelum
lebih banyak urat terputus yang akan menyebabkan aku terlupa, baik aku coretkan
alkisah masa Mawar nak dilahirkan.
Alhamdulillah,
pengalaman mengandungkan dia 38 bulan tanpa sebarang masalah. Tanpa mengidam
pelik-pelik (hampir tiada apa yang diidamkan kecuali rambutan, hahaha).
Aku mula
rasa sakit-sakit ala-ala senggugut tu masa hari Jumaat lebih kurang pukul 2
pagi. Masa tu aku tengah tengok World Cup 2010 (German lawan apa aku dah tak ingat).
Aku sorang kat rumah sebab En. Abah keluar jumpa kawan. Aku siap ambik kala
rasa sakit tu. Ye la, dah 38 minggu memang dah boleh meletup bila-bila masa.
Hasil pembacaan kat blog-blog banyak yang kata kekerapan rasa sakit tu akan
jadi antara 5-10 minit sekali sakit. Tapi aku tak kerap sebab dari sakit yang
kedua tu, 15 minit baru rasa balik, tu pun rasa macam perut masuk angin. Aku
pergi dapur makan roti dengan milo. Sambung balik tengok bola pastu SMS En.
Abah. “Abg, mlm ni baby mcm lain mcm sikit. Ada rasa sakit sikit-sikit mcm senggugut
tapi tak kerap. Abah kat mana tu?”. Lebih kurang gitu la SMS aku. En. Abah balik
pukul 3pagi lebih kurang. Dia tanya nak ke hospital tak? Tapi aku macam malas sebab
pagi-pagi buta. Lagipun belum kerap pun rasa sakit tu. Oh lupa, rasa sakit tu
dipanggil ‘contraction’. Aku kata tidur la dulu. Esok kalau rasa sakit boleh
pergi hospital.
Esoknya,
Sabtu, aku bangun pagi tapi rasa biasa. Kemudian sambung tidur sampai pukul
sebelas (sekarang dah tak boleh macam tu lagi dah….huhu). Semasa nak buang air
sekali keluar darah (istilah perubatannya dipanggil “show”). Auw! Berderau
darahku. Terus jantung berdegup kencang. Aku panggil En. Abah yang
terpisat-pisat. Terus dia suruh aku pergi bersenam naik eliptikal, ada ke
patut? Hahaha… Dia tengah mamai tapi excited. Aku mandi dan bersiap untuk ke
hospital, HUKM. Kami bawa semua keperluan (kot-kot kena tahan wad terus).
Sampai di unit kecemasan untuk ibu bersalin, aku pun diperiksa doktor. Doktor
pelatih pun ada. Tanya itu ini. Aku layankan aje sebab aku tahu, diorang
belajar. Doktor kata jalan belum bukak. Dia bagi aku 3 biji botol pastu suruh
datang hari Isnin bawak botol-botol tu atau datang bila rasa contraction kerap
(selang 5 minit sekali).
Fuh!
Perasaan makin berdebar. Masa tu dah pukul 12.30 tengahari. En. Abah ajak pergi
makan. Katanya makan besar sebelum aku bersalin. Jom! Aku setuju je bab
makan-makan ni. Kami makan di restoran nasi arab. Aku makan kebab kambing dengan
nasik segunung. Siap sempat rasa shisha yang abah pesan, hehehe… Lepas tu baru
call mak, nenek, mama dan segala bagai makcik-makcik di kejiranan Cheras tu.
Balik makan, aku terus balik rumah, sempat singgah kedai beli beras sebab mak
akan datang dari kampung untuk jaga masa
aku berpantang. Sebenarnya contraction aku ada rasa sepanjang masa tu, cuma
kekerapan dia selang 15 minit, 20 minit. Sampai rumah, mak kata dia dah dalam
perjalanan dari Melaka. Aku pun mengemas rumah, sapu sampah, bersenam atas
eliptikal pastu solat. Petang tu dalam pukul 6, aku dah rasa makin kerap
contraction. Selang 10 minit. Aku bagitau mak dengan En. Abah, mungkin dah
masanya kot. Kami semua ke HUKM. Sekali lagi pergi ke tempat kecemasan ibu-ibu.
Kali ini, doktor kata dah bukak 2cm dan aku kene duduk wad. Makin berdebar aku
dibuatnya. 7.30 aku masuk wad. Doktor kata, pukul 12malam nanti akan datang periksa.
Lamanya! Contraction makin kuat dan kerap tapi aku masih boleh bertahan. Aku
makan nasi goreng ayam kunyit yang En. Abah tapau, habis sepolistrin. Mak
temankan aku sampai pukul 10.30 malam sebab waktu melawat dah habis. Tinggal la
aku sorang-sorang kat katil dengan pesakit-pesakit yang lain (HUKM tiada
pengkelasan wad. Semua orang sama taraf). En. Abah kata dia duduk kat luar
tunggu aku. Sementara tunggu pukul 12, aku jalan-jalan keliling wad,
tegur-tegur orang. Pusing sana-sini (orang kata kalau banyak berjalan mudah
bersalin, tu yang aku buat tu…). Akhirnya sampai jugak pukul 12 (memang
penantian suatu penyeksaan!). Dah dengar
suara doktor, tapi masih belum sampai turn aku. Masa tu kalau contraction, rasa
tak boleh bergerak dah, sakit sangat.
Pukul
12.30 baru nurse datang panggil aku suruh masuk bilik pemeriksaan. Doktor
check, dia kata dah buka 5cm. Dia akan pecahkan air ketuban. Aku senyum je la.
Doktor tu sangat lembut, perempuan India, baik je. Terasa hilang sakit sekejap.
Lepas dia pecahkan air ketuban, katanya aku dah boleh masuk bilik bersalin.
Husband pun dah boleh ikut masuk sekali. Aku pun SMS En. Abah ajak dia masuk.
Pukul 1.15 aku masuk bilik bersalin. Nurse dengan doktor-doktor pelatih sibuk
pasang alat itu ini. Aku dah seram sejuk (aircond kuat sangat…-ke aku
nervous??-). En. Abah tenangkan aku (thanxs sayang kerana berada disisiku
selalu). Tiba-tiba aku rasa contraction kuat sangat. Menggigil tangan. Diaorang bagi aku gas (sedut guna corong) untuk hilangkan rasa sakit katanya tapi macam takde kesan pon. Nurse kata kalau sakit sangat dia boleh bagi suntikan epidural. Aku kata
suntik la, sakit sangat dah ni. Aku tanya, bila doktor akan datang check? Dia
kata pukul 4 pagi. Apa?? Pukul 4 pagi?? Dengan sakit macam ni, aku tak boleh nak
bayang macam mana nak tahan sampai pukul 4 pagi! 5 minit lepas nurse tu suntik, aku tiba-tiba rasa macam nak meneran, masa tu air ketuban semua terpercik keluar sampai aku jerit sekuat hati, "Doktorrrrr....." hahaha...lawak gile bila ingat balik. Berlari nurse-nurse datang tengok aku. Aku cakap macam nak keluar je ni. Diorang terus siap-siap pakai glove dan ajar aku cara nak meneran. Sekali lagi rasa sakit datang, aku teran sekuat hati. En. Abah bisik bagi kata semangat sambil tu bagitau yang dah nampak ubun-ubun dah! Wah, aku pon makin semangat push sampai keluar kepala, fuh! Time tu segala macam zikir keluar sampai last sekali aku jerit "Hiyaaaarghhhhh" hahahaha!.... Sekali lagi teran untuk keluar bahu and jeng..jeng...jeng..keluarlah Cik Mawar ku sayang! Aku masuk 1.15 pagi, aku bersalin 1.37 pagi, alhamdulillah, mudah dan sekejap. Berkat berselawat dari mula masuk wad sampai ke bilik bersalin.
Bermula saat itu, bergelarlah aku seorang ibu dengan rasminya... Syukran Lillah... Bila tengok muka si comel ni, hilang semua sakit yang aku rasa. Itulah nikmat seorang ibu. Sempena ulang tahun kelahirannya yang kedua, aku berdoa agar dia diberikan kesihatan yang baik, membesar sebagai johan dan menjadi anak yang solehah. Ibu sayang kamu wahai Mawar Zahra...