Pages

Sunday, September 25, 2011

EL Sampai Ke Sekinchan

Pukul 8??? Terkelip-kelip bijik mata aku macam cicak berak kapur agaknya bila tengok jam kat dinding. Terus capai handset SMS ofismate (Saya EL, anak takde orang nak jaga). Memang pon sebab ateh keje pagi and hasben ade keje kat Sabak Bernam.

"Abah nak gerak pukul berapa?"
"Dalam pukul 9 lebih, nak ikut?"
"Nak!" (dengan lajunya aku menjawab dan bersiap)

Selesai urusan di Sabak Bernam, dalam perjalanan pulang kami singgah di Sekinchan. Ke sawah lebih tepatnya. Subhanallah, luasnya sawah padi! Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa, aduh, nyaman sungguh. Cik Mawar sangat memberi kerjasama and hepi masa kat sawah tu.

Gambar-gambar berikut merupakan bukti kegembiraannya...
Ibu dan Mawar berlatarbelakangkan sawah padi menghijau...

Gumbira!
Yeah!
Mawar dan abah...
"Budak pandai tepuk tangan..." dengan segera dia akan tepuk,hehehe...

**3 jam sebelum sebelum pukul 8...

"Mawar, tidur la...esok ibu keje....dari pukul 2.30 tadi Mawar dah main-main...jom tido jom..."

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Tanpa Kata 210911

Tidur beralaskan pipi...

Tuesday, September 20, 2011

Melawat Baby

Tengahari tadi aku ke Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju dengan 2 orang kawan. Ofismate a.k.a. bos aku bersalin anak ketiga. Aku yang bawak kereta. Disebabkan aku ni jenis "buta geografi", maka awal-awal lagi aku dah cari jalan kat google map. Tak jauh kalau ikut peta, 13km je. Jadi aku pon ke sana. Alhamdulillah, selamat sampai dengan jayanya (ceh, rupanya depan Wangsa Walk je pusat perubatan tu).

Anak bos aku lelaki. Ni anak ketiga lelaki. Berat 3.45kg. Normal delivery. Comel, tembam dan berlesung pipit. Bos aku sedang menghitung-hitung hari samada nak ambil 3 bulan atau 2 bulan je cuti. Disebabkab belum ada anak perempuan, kami nasihatkan ambik je la 2 bulan, sebab nanti boleh dua kali lagi try untuk dapat anak perempuan, hehehe...

Balik tadi lepas makan "langsat" sebiji dua, kami selamat sampai ke ofis jam 3.30 lebih kurang. Aku singgah kantin pegi tapau makanan, ayam goreng berempah dengan pucuk paku masak kuning. Sedapnya! (samada perut tengah lapar atau memang betul-betul punya sedap lauk tu?). Habis sudah cerita ini hari.

Thursday, September 15, 2011

Jamuan Raya

Blurp! Alhamdulillah... Kenyang makan-makan jamuan raya tadi. Punya la ramai umat. Ye la, Kementerian Kerja Raya bawah dia je ada berapa agensi, tapi aku tak rasa semua datang. Yang mane sempat je kot. Aku dah rasa nak patah balik je bila tengok orang beratur ni. Mula la peluh berjuraian. Rimas rasa tapi demi tuntutan perut, aku gagahkan diri mengekor lagi 4 orang ofismate...hehehe...

Ada macam-macam jenis makanan, sate, nasi beriyani, soto, laksa, lemang, rendang, char kuey teow, cendol, ABC, popiah, mee kari and macam-macam lagi lah... Aku cuma makan sate, char kuey teow, cendol and popiah. Tu pon dah kenyang ;)... otw balik semula ke ofis, member ajak lalu dalam dewan, wah! banyak lagi makanan... so, sambil lalu-lalu tu, aku pon ambik la lemang & rendang ayam + sate daging 3 cucuk untuk bawak naik ofis. Nanti lapar-lapar dalam pukul 4 lebih bole la aku layan lagi...huhuhu......

Terima kasih pak menteri...tahun depan bole buat lagi.... ;)

Tuesday, September 13, 2011

Demam

Hari ni aku MC...demam! Semalam pegi keje, dari pagi dah rasa tak sedap badan. Sampai kol 11 lebih, badan dah gigil2, bos kata kalau tak tahan balik je la...aku terus kemas2 cabut balik. Sampai umah terus tergolek berbungkus sambil gigil2...telan panadol, titon... Bangun tido still tak kebah lagi, last2 mlm tu En. Amir ajak@paksa gi klinik. Check2, doktor kata suhu 38 darjah celcius. Dia bagi ubat & Medical Certificate utk arini. Alhamdulillah, arini dah lega sikit walau masih rasa suam2 lagi. Hope esok dah sehat sebab pagi ada miting pastu kene prepare untuk poskab. Demi Cik Mawar, ibu kuatkan semangat...hope Mawar tak berjangkit dari ibu...

Monday, September 12, 2011

Perasmian

Assalammualaikum

Selamat datang ke dunia blogging...yeah! Wah, semangatnya aku, huhuhu... Adakah aku akan rajin mengupdate blogku ini? Aku akan sahut cabaran dan mencabar diri sendiri untuk terus komited. Walaupun sibuk dengan tugas harian di pejabat dan pulang ke rumah sebagai ibu dan isteri, aku akan tetap cuba meluangkan masa untuk 'menyelit' dicelah kesibukan duniaku itu. Semoga dapat aku kongsikan apa yang aku fikirkan dan apa yang aku temui dalam perjalanan kehidupan ini tidak terbazir begitu sahaja, maka aku wujudkan blog ini.

Maka dengan ini, dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, aku merasmikan blog ceriterayu! ;)