Pages

Tuesday, March 26, 2013

Barut Oh Barut

Aku dah buat entry ni sebelum bersalin, tapi disebabkan tak sempat nak ambik gambau, baru sekarang aku post, hehehe...

Agak-agaknya ada ke orang buat barut guna kain cotton yang berharga RM35 semeter?? Huhuhu... Ada...ada...aku salah sorang daripadanya. Sebenarnya tersilap beli kain. Biasa orang buat barut baby guna kain cotton yang buat baju sekolah tu. Kalau yang tu harga semeter baru berapa hengget je. Ye la, kalau pegi ke Jakel, mesti la orang tu promot yang mahal-mahal punya kain kan? Sampai tak nampak dah kain murah-murah ni, ntah mana dia sorok agaknya. Ditambah dengan "tuan penasihat" pun join sekali, lagi la dia suruh beli je (janji dia bayar takpe...).. Swiss cotton kau! Beli semeter corak lain, semeter lagi corak lain, huhuhu..

Aku dah jumpa si zap-on tu. Beli kat kedai jahitan sebelah je dengan Semua House tu. Tak ingat apa nama kedai, tapi memang boleh nampak dari tepi jalan sebelah mamak kat Semua House tu... Aku beli semeter warna hitam, semeter warna putih. Kemudian, bermula la projek membuat barut baby...hehehe... Buat dua jenis, satu ada lekuk kat belakang satu lagi jenis kotak je macam biasa. Bila dah siap, aku tengok macam besar je barut ni. Ish..tak bole jadi ni, so aku pun beli jugak barut yang dah siap beberapa helai lagi sebab takut barut yang aku buat besar, huhuhu....bila kira-kira balik, beli lagi murah! kah! kah! kah!... tapi takpela, puas ati sebab sekurang-kurangnya menajamkan skill aku menjahit secara lurus... ;)

Ni yang bentuk segiempat tepat.

Cinonet je zap-on aku letak..huhuhu

Ni jenis yang berlekuk. Lekuk tu kat bawah. Gambar ni entah kenapa, tersangat la degil, dia tak mau rotate, biar je la, janji paham yang lekuk tu kat bawah.

TERKINI : Aku cuma guna barut ni selama sebulan je sebab dah tak muat! Masa buat aku rasa besar, bila dah pakai, sebulan je sempat pakai sebab Adik membesar bagai juara! Alhamdulillah, sehat anak ibu. Jadinya pakai yang dah ready made kat Tesco ada jual jenama Fiffy. Habis cerita. :D .. (kelihatan ada sedikit pembaziran di situ... ;) )

Monday, March 18, 2013

Laa Tahzan



La Tahzan… Innallaha ma’ana
“Janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita."

“Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

“Duhai hati bersabarlah. Bertenanglah. Tatkala ujian datang melanda, kau jatuh terduduk, mungkin juga hampir terbenam, sangat sukar untuk bangun semula sambil menghadam segala kata nista. Bergenang air mata, hanya pada Mu Ya Allah tempat meluah semoga yang mengeluarkan kata menginsafi diri dan berubah. Amin ya Allah…”
 
Aku tersangat lah stressnya sekarang. Huh! Sungguh tidak bagus perasaan itu. Disebabkan itu produktiviti susu merudum terus! Biasa pagi-pagi dapat 5 oz, tapi pagi tadi hanya 2oz. Tengahari tadi biasa dapat 9-10 oz, tapi tadi 6oz… maknanya betulla kata orang, ibu menyusu tak boleh tertekan. Hmmm…nak buat macam mana kan, moga Allah memberikan aku ketenangan.

Tadi baca paper Berita Harian tajuk dia “Makanan Ringan Tingkat Kemurungan” Baru berangan nak makan coklat kononnya petang nanti…tapi kajian mengatakan makan coklat bole buat mood hepi selama 3 minit. 3 minit pun 3 minit la, janji mood gembira sekejap...insyaAllah...

Sunday, March 10, 2013

Penyusuan Susu Ibu Selama 21 Hari



Masa Mawar dulu aku cuma sempat menyusukan dia selama 21 hari. Tu pun aku pam masuk dalam botol. Sebabnya?? Mawar lahir dengan berat cuma 2.19kg. Mulut dia kecik comel je. Dia cuba menghisap direct tapi selalunya termengah-mengah. Masa kat wad nurse-nurse banyak tolong ajar cara-cara nak menyusu tapi akhirnya Mawar termengah-mengah dan menangis sebab tak dapat hisap. Akhirnya nurse bagi susu guna botol. Sekarang aku mula musykil, susu apa yang nurse tu bagi ya? Susu formula ke susu orang?? Susu tu dah siap berbancuh dalam peti ais dalam kuantiti 2oz. Dia kata aku bole ambik susu tu bagi baby. Tak semua orang bole dapat, cuma yang tertentu je sebab yang mana baby berat lahir dia lebih 2.5kg, dia akan ‘paksa’ ibu-ibu menyusukan baby dan penggunaan susu formula di hospital amatlah dilarang. Ada orang kena marah sebab bancuh susu formula nak bagi baby. Ada yang merayu nak susu macam yang aku dapat tapi nurse tak bagi sebab katanya ‘baby awak berat dia 3kg, kena bagi susu sendiri’.

Kenapa 21 hari je? Sebabnya aku kena demam bengkak susu. Bermula lepas demam tu setitik-setitik je susu keluar walaupun dah dipam hampir sejam. Aku cari info kat internet untuk menambah susu. Aku tukar pam [sebelum tu cuma guna pam Pureen berbateri] guna Madela Harmony. Berurut, makan lobak putih, bayam, sawi, kurma, longan, milo, horlicks dan macam-macam lagi saranan – semua tak jalan. Susu masih tak keluar. Stok semakin sikit dan ‘hasutan-hasutan’ supaya menggunakan FM semakin berleluasa kiri-kanan menerjah-nerjah. Antara hasutan katanya guna je la FM sebab nanti dah keje susah kalau baby menyusu badan [aku menafikan : susah apanya, pam je la pastu bagi kat baby], baik bagi FM sekarang, nanti bagi kemudian dia dah taknak [aku menafikan : bagusla kalau dia taknak, boleh bagi susu aku je]. Aku memang sangat berhajat untuk menyusukan baby sepenuhnya. Barang-barang macam cooler bag, botol-botol untuk simpan stok, plastik berzip semua aku dah beli sebelum lahirnya baby tetapi kelemahan aku, aku mudah putus asa masa tu, lemah semangat dan akhirnya aku tertewas! Aku ingat aku kuat tapi selalunya aku tipu diri sendiri... Semua berlaku semasa aku masih dalam berpantang lagi...

Ramai orang puas hati dapat menyusukan baby dia sampai cukup 2 tahun tapi pada aku yang tak berjaya, 21 hari pun sudah cukup memuaskan hati aku. Dapat jugak menyusukan Mawar susu yang berkolestrum pada hari-hari awal dia menyusu tu. Aku dah berusaha tapi pada yang masih nak menafikan dengan menggunakan kata-kata “setiap ibu mempunyai susu, susu ibu susu yang terbaik dan ibu-ibu kena berusaha untuk menyusukan anaknya sehingga 2 tahun seperti dituntut Islam”. Ketahuilah bahawa kata-kata anda amat memeritkan walau kutahu kebenaran itu amat pahit untuk ditelan... :)