Masa Mawar dulu aku cuma sempat
menyusukan dia selama 21 hari. Tu pun aku pam masuk dalam botol. Sebabnya??
Mawar lahir dengan berat cuma 2.19kg. Mulut dia kecik comel je. Dia cuba
menghisap direct tapi selalunya termengah-mengah. Masa kat wad nurse-nurse
banyak tolong ajar cara-cara nak menyusu tapi akhirnya Mawar termengah-mengah
dan menangis sebab tak dapat hisap. Akhirnya nurse bagi susu guna botol.
Sekarang aku mula musykil, susu apa yang nurse tu bagi ya? Susu formula ke susu
orang?? Susu tu dah siap berbancuh dalam peti ais dalam kuantiti 2oz. Dia kata
aku bole ambik susu tu bagi baby. Tak semua orang bole dapat, cuma yang tertentu
je sebab yang mana baby berat lahir dia lebih 2.5kg, dia akan ‘paksa’ ibu-ibu
menyusukan baby dan penggunaan susu formula di hospital amatlah dilarang. Ada
orang kena marah sebab bancuh susu formula nak bagi baby. Ada yang merayu nak
susu macam yang aku dapat tapi nurse tak bagi sebab katanya ‘baby awak berat
dia 3kg, kena bagi susu sendiri’.
Kenapa 21 hari je? Sebabnya aku
kena demam bengkak susu. Bermula lepas demam tu setitik-setitik je susu keluar
walaupun dah dipam hampir sejam. Aku cari info kat internet untuk menambah
susu. Aku tukar pam [sebelum tu cuma guna pam Pureen berbateri] guna Madela
Harmony. Berurut, makan lobak putih, bayam, sawi, kurma, longan, milo, horlicks
dan macam-macam lagi saranan – semua tak jalan. Susu masih tak keluar. Stok
semakin sikit dan ‘hasutan-hasutan’ supaya menggunakan FM semakin berleluasa kiri-kanan
menerjah-nerjah. Antara hasutan katanya guna je la FM sebab nanti dah keje
susah kalau baby menyusu badan [aku menafikan : susah apanya, pam je la pastu
bagi kat baby], baik bagi FM sekarang, nanti bagi kemudian dia dah taknak [aku
menafikan : bagusla kalau dia taknak, boleh bagi susu aku je]. Aku memang
sangat berhajat untuk menyusukan baby sepenuhnya. Barang-barang macam cooler
bag, botol-botol untuk simpan stok, plastik berzip semua aku dah beli sebelum
lahirnya baby tetapi kelemahan aku, aku mudah putus asa masa tu, lemah semangat
dan akhirnya aku tertewas! Aku ingat aku kuat tapi selalunya aku tipu diri
sendiri... Semua berlaku semasa aku masih dalam berpantang lagi...
Ramai orang puas hati dapat
menyusukan baby dia sampai cukup 2 tahun tapi pada aku yang tak berjaya, 21
hari pun sudah cukup memuaskan hati aku. Dapat jugak menyusukan Mawar susu yang
berkolestrum pada hari-hari awal dia menyusu tu. Aku dah berusaha tapi pada
yang masih nak menafikan dengan menggunakan kata-kata “setiap ibu mempunyai susu, susu ibu susu yang terbaik dan ibu-ibu kena
berusaha untuk menyusukan anaknya sehingga 2 tahun seperti dituntut Islam”.
Ketahuilah bahawa kata-kata anda amat memeritkan walau kutahu kebenaran itu
amat pahit untuk ditelan... :)
pengalaman adalah guru terbaik.. gagal sekali tak bermakna selamanya gagal..
ReplyDeleteaku pun masa Husna tak dapat fully BF. alhamdulillah Aliff dan Ammar ok..
Yup, alhamdulillah untuk 2nd baby ni. Harap-harap berjaya dengan cemerlang...hehehe....
Delete