Pages

Monday, October 3, 2011

Cerita Mawar Tanpa Capoten

*Capoten adalah nama manja untuk pacifier Mawar. Abah yang bagi nama tu…

*Ritual nak tidur adalah gaya Mawar untuk mendapatkan mood untuk tidur dengan cara mengangkat kedua kaki ke atas secara tegang dan kedua tangan menggenggam penumbuk yang diletakkan di dada (gambar seperti di bawah)


Masuk hari ni, dah genap 4 hari 4 malam Mawar tidur tanpa “capoten”… Asalnya capoten tu teringgal kat rumah nenek. Dah pukul 9 malam masa nak tidurkan Mawar, baru sedar capoten takde!...Aduss… Berderau darah takut Mawar tak boleh tidur. Tapi malam tu, lepas buat “ritual nak tidur”, Mawar terus tidur kerana keletihan. Almaklumlah, hari Jumaat siangnya tu Mawar duduk dengan Oyang kat rumah. Mawar seronok bermain-main dengan Oyang jadi dia kurang tidur.

Hari Sabtu pagi, lepas minum susu di waktu subuh, kebiasaanya Mawar akan tidur semula sampai pukul 10 lebih. Kadang-kadang jejak ke pukul 11. Tapi pagi tu, Mawar kegelisahan. Mawar pejam mata, pusing kiri, pusing kanan serba tak kena. Ritual pon tak menjadi. Ibu dah risau, jangan Mawar menangis tak boleh tidur sudah… Mawar pandang ibu, buat muka sedih, tapi Mawar tak cakap pape. Mawar nak tanya ibu, tapi Mawar belum pandai cakap. Kalau Mawar pandai cakap, mungkin Mawar nak tanya, “Ibu, mana capoten Mawar ibu?...”  Ibu tepuk-tepuk Mawar sambil pujuk, anak ibu dah besar, dah setahun 3 bulan dah, anak ibu dah tak comel kalau isap capoten… terkelip-kelip Mawar dengar ibu cakap. Pastu Mawar ambik bantal bucuk, gigit-gigit sampai lelap… Fuh, lega, tidur jugak dia lepas hampir sejam jugak la dia keresahan.

Yela, capoten tu dah jadi teman tidur dia sejak masih berbedung lagi sampai la umur setahun 3 bulan ni. So, setiap kali tidur, ibu akan pujuk Mawar lagi, anak ibu comel, budak comel tak hisap capoten, Mawar comel kan? Kan?... jadi dia akan terkebil-kebil sambil buat ritual sambil gigit-gigit, gentel-gentel bantal bucuknya…

Moga hari kelima, keenam dan seterusnya Mawar akan lupakan terus pada capotennya dan ibu akan mengghaibkan capoten tu dari pandangan Mawar. Biarlah gentel bantal bucuk dan gigit-gigit bantal tu sampai basah, ibu tak kesah janji Mawar dah tak bergantung pada capoten. Selamat membesar wahai anakku!...

No comments:

Post a Comment

Ada nak tulis apa-apa? Tinggalkan 'tulisan' anda di sini.