Pages

Sunday, May 25, 2014

Kandungan Ketiga

Memang kalau orang tengok macam rapat sangat anak kedua aku dengan kandungan ketiga ni. Tapi biarlah, itu pandangan mata mereka. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri. Kalau ikut tahun kelahiran, anak-anakku akan berbeza umur 2 tahun... jadi setiap 2 tahun masuk darjah 1, huhuhu...

Apa yang aku nak cerita kali ni pasal perbezaan mengandung di usia “makin lanjut” ini...huhuhu... Ya, mak dah tua...umur dah lebih 30... Anak pertama umur aku 28, anak kedua genap-genap 30 dan kali ni diusia 32...jadi dah rasa 3 keadaan. Kandungan kali ini tidak banyak ragam, hampir sama je dengan anak-anak sebelum ni tapi, aku...aku yang “meragam”...hahaha...
Mungkin disebabkan faktor usia. Aku mudah penat. Letih sungguh aku rasa. Walau ramai yang kata, kecik je perut aku, tapi aku rasa macam sarat je dah.  Kalau datang ofis, parking kereta kat tingkat 5, nak kena naik tangga 2 tingkat untuk ke lif tingkat 7. Baru naik satu tingkat aku dah mengah, berhenti kejap berehat. Dulu masa anak pertama, ofis aku pun perlu panjat tangga, nak pergi tandas pun kena turun naik tangga tapi aku ok...steady je turun naik tangga. Ya, aku (baru) sedar aku dah berusia...huhu...
 
Masa anak kedua pun tak lah macam ni punya letih. Dulu ofis naik lif. Tapi ada jugak turun naik tangga kalau nak ke pejabat big big bos. Yela, aku kat tingkat 6, big big bos kat tingkat 5, turun bawah biasanya nak kena brif dia pasal apa-apa isu dan selalunya turun nak melepak kat tempat PA dia, huhu...tapi tu pun turun naik tangga, masih steady, cuma bila dah hujung-hujung tu, makin jarang aku turun. Ha, nampak tak, usia 30 tu...
 
Disebabkan cepat letih, ramai yang menegur aku pucat. Tapi aku tak mengandung pun memang bermuka pucat kan... Mekap jangan cerita la kan. Lipstik pun aku dah setahun kot tak pakai. Bibir aku jenis kering, kalau pakai lipstik makin “serabai” aku tengok lipstik tu merekah-rekah ikut bibir yang kering. Jadi, pakai lip balm vaselin je. Tepek-tepek bedak, colek lipbalm kat bibir, selesai! Lipstik aku sekarang Cik Mawar yang selalu dok pakai sambil-sambil tunggu aku siap-siap nak gi kerja pagi-pagi tu... :)
Kerja rumah jangan cerita la kan. Buat mana ikut sempat je la. Tersangat letih aku rasa. Petang-petang balik rumah dah mengharung jem, sampai rumah nak dekat maghrib dah. Menghitungkan anak-anak (diorang mesti nak mandi dengan aku walaupun kat rumah nenek diorang dah mandi, adeh!). Masak memang jarang, kalau masak, aku cuma masak nasik, telur dadar. Kalau waktu-waktu “bertuah” je sempat la masak sardin, sambal telur ke, goreng ikan (kalau ikan masih beku pun aku dah gaul kunyit dengan garam then campak dalam kuali, dah dalam kuali takde la beku lagi kan?hahaha...).. biasanya incik amir yang tolong tapaukan makan malam, biasanya la...selalu lebih tepat lagi...huhuhu... hujung minggu waktu mendobi, mengemas (macam tak pernah kemas pun rumah, biarlah, anak kecik-kecik je lagi pun) dan berehat..berehat la sangat kan..kejap-kejap adik dengan kakak nak susu, pastu sorang berak, pastu sorang lagi, pastu nak makan, pastu dok bergaduh, pastu...pastu...and so on...

Tapi takpe lah, hadapi dengan senyuman... Sementara anak kecik ni, memang penat, letih. Bila masing-masing dah besar nanti rindu pulak dengan kerenah diorang nanti kan... Jadi, aku berdoa semoga diberi kekuatan untuk mengharungi hari-hari terakhir fasa mengandung ni. Semoga selamat semuanya. Usia bukan penghalang, semangat sebenarnya penegak kekuatan!!

Wednesday, April 30, 2014

1per3 2014

Ini entry pertama aku untuk tahun 2014. Peh! Dah 4 bulan dah masuk tahun baru. Bermakna dah 1/3 tahun masa berlalu. Pantas sungguh! Ya, aku rasakan tahun 2014 merupakan tahun yang” paling cepat” pada aku. Dalam tempoh ini, macam-macam perkara terjadi. Syukur aku masih mampu tersenyum... sekurang-kurangnya.

Satu persatu perkara terjadi, berturut-turut. Dengan kerja di pejabat yang semakin bertimbun, masalah sakit pening anak-anak, suami dan aku sendiri, aku rasakan dugaan kali ini makin membuatkan aku kental untuk meneruskan hidup!
Dalam “kesibukan” aku menguruskan kehidupan 2014, aku juga didatangi berita bahawa aku mengandung anak ketiga. Ya, anak ketiga... Alhamdulillah. Syukran Ya Allah... Aku kira anak ketigaku ini bakal menjadi anak yang tabah. Beliau sentiasa bersamaku menghadapi susah senang 1/3 tahun 2014 ini tanpa sebarang ragam. Dah hampir 7 bulan kita bersama, insyaAllah, lagi 2 bulan lebih kita akan bertemu mata... J
Semoga 2/3 lagi baki tahun 2014 bakal memberikan aku lebih kebahagiaan, lebih kemudahan dalam segala urusan dan lebih menenangkan, insyaAllah...

Thursday, December 26, 2013

7 Things Your Muslim Husband Wont Tell You

Kelmarin ada terbaca kat FB berkenaan 7 Things Your Muslim Husband Wont Tell You.

Berikut aku senaraikan 7-Things tu. Untuk lebih detail, klik kat link kat atas tu and baca sendiri...hehehe...

1. Above All, He Desires Your Respect
2. He Desires Your Loyalty
3. He Wants To Have Sex More Often
4. He Thinks About Other Women
5. He Wants To Make You Happy
6. If You Nudge Him, He Can Be A Better Muslim
7. He Loves You, Even If He Doesn’t Always Show It

Emm...boleh dijadikan panduan dalam mengukuhkan ikatan rumahtangga sempena tahun baru, azam baru... :D

Tuesday, December 17, 2013

Hari Keluarga Bob

14.12.2013
Aku sekeluarga ikut mertua ke kampung Bob, Air Kuning, Kampar, Perak. Ni kali pertama aku balik kampung Bob. Ada hari keluarga. Oh ya, Pak Mertua aku panggil Bob. Pelik kan?? Macam kawan-kawan. Tapi dah itu yang anak-anak dia panggil, takkan aku nak panggil abah @ ayah ke kan... =) Adik beradik Bob ramai, 12 orang semuanya dan Bob anak kedua terakhir. Tapi dia dijaga oleh keluarga bapa saudara dia. Jadi Bob dengan adik beradik dia masa kecik-kecik kenal konon-konon sepupu, tapi sebenarnya diorang adik beradik. Dah besar habis sekolah baru Bob tau. Macam dalam drama-drama yang biasa kita tengok kat tv tu la kan...huhuhu...

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Kami pergi balik hari je KL-Air Kuning – 3 jam. Masa sampai tu dalam pukul 12 tengahari. Orang kampung tengah baca tahlil untuk arwah-arwah yang telah pergi (adik beradik Bob yang masih tinggal ada dalam 8 orang kot). Lepas kenduri tu, orang kampung dah balik jadi tinggal la sedara mara. Petang tu dalam pukul 2.30, ada la acara sukaneka untuk memeriahkan majlis sambil mengeratkan silaturrahim. Mawar masuk pertandingan mewarna. Lupa nak ambik hasil warnaan dia. Memang tak harap menang pun sebab memang tau Mawar belum kenal warna betul-betul dan teknik mewarna dia pun berterabur, huhuhu... Tapi alhamdulillah, boleh jugakla dia mewarna 3 ekor chipmunk tu. Sambil mewarna, sambil minum susu, pastu request nak dengar lagu “bertingkek-tingkek” dengan Mak Su dia. Mentang-mentang Mak Su dok layan, huhuhu...

Aku tak masuk pun acara apa-apa. Tukang tengok and tergelak je sambil layan adik makan, makan dan makan... oh Abdurredza! Rambutan pun dia nak... apa je yang orang kunyah dia nak jugak, huhuhu... Majlis habis dalam pukul 6 petang. Acara last tu cabutan bertuah. Alhamdulillah, dapat jugak aku hadiah, huhuhu... En. Amir dapat hadiah sebab menang acara teka-ria. Jadi, semua orang ada hadiah. Mawar dapat pensil warna yang dia guna untuk mewarna. Adik Redza je takde hadiah rasmi tapi dapat makan mcam-macam kira hadiah jugak la untuk adik, huhuhu...

Best acara macam ni. Boleh diamalkan setiap tahun dan pada setiap keluarga. Dalam kepala aku dah mula rancang-rancang untuk buat hari keluarga bagi adik beradik aku. Kami ramai. Duduk jauh-jauh. Sesekali jumpa mesti meletop! InsyaAllah... =)

Friday, December 13, 2013

Hargailah Isteri Anda

Sana sini kecoh orang duduk puji isteri sendiri. Aku ingatkan kenapa, rupa-rupanya "mencontohi PM" kita yang memuji isterinya, huhu... So, ni aku copy paste dari facebook untuk peringatan bersama.

**Copy paste dari facebook.

Isteri ni, bila dah dekat dengan due date, jalan sikit pun termengah-mengah, berdiri lama pun dah semput, tidur pun tak selesa...TAPI KAN...

- Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan, walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh.
- Pinggan mangkuk tetap dibasuh waluapun perut dah melekat di sinki.
- Kain baju tetap dibasuh, dijemur, dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan.
- Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat.
- Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya

Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat, kalau tidak masakan dia boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriatmu.

TAPI...pastinya isteri anda akan tersenyum lebar.. BILA dia lihat

- Makanan telah siap terhidang untuk suami dan anak-anak
- Pinggan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
- Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
- Rumah siap berkemas & bersih
- Perihal anak-anak ditanggung beres
- Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih & menawarkan khidmat untuk mengurut isteri ^_^

AT LEAST...walaupun anda tidak merasai beban yang dipikul, tetapi cukuplah dengan menghargai pengorbanan si isteri melalui sokongan moral mahupun emosi. SEBAB...anda juga yang bertanggungjawab menjadikannya begitu kan? =)

HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI ANDA KERANA PENGORBANAN YANG TIADA BATASAN ^_^

Monday, December 9, 2013

Sarapan

Pagi ni aku bersarapan bubur KFC kombo. Ada hashbrown. Air Kopi. Harga RM7.20. Aku tapau dan makan sambil ngadap komputer, sambil nak menyusun kerja apa aku nak kerjakan dulu hari ni. Terlalu banyak rasanya. Takpe, satu persatu ya ayu...
 
Ok, berbalik kepada menu sarapan aku tadi, sambil menghirup kopi panas dan mengecap bubur panas-panas suam, aku terimbau kenangan aku masa kecik-kecik dulu. Tahun 90-an. Lebih tepat lagi, semasa sekolah menengah.
Dulu sebelum pergi sekolah mana ada sarapan. Sarung baju, capai beg, pakai kasut, salam mak, ayah, terus tunggu bas sekolah. Duit harian singgit. Ya RM1.00. Tambang bas pergi dan balik RM0.60. Kalau nak jimat atau ada apa yang dihajat, balik sekolah aku jalan kaki. Ada la dalam 4-5 kilometer dari rumah. Sepanjang jalan berdoa kalau ada orang kampung aku yang bawak kereta boleh tumpangkan. Duit belanja tinggal RM0.40 untuk “makan tengahari” kat sekolah. Masa tu murah je lagi. Air segelas RM0.10 dan nasik lemak @ bihun @ mee goreng RM0.30. So, cukup-cukup lah duit bekalan yang mak/ayah bagi untuk sehari.
Bila masa nak berjimat? Bila nak mengumpul duit? Kalau tengok memang takde lebih pun. Jadi, kalau nak jimat, aku balik sekolah jalan kaki. Nak bawa basikal aku tak larat nak kayuh naik bukit. Lagipun, takde basikal yang “senonoh”. Pernah juga cuba bawak basikal, sekerat jalan rantai tercabut. Nak naik bukit rantai tercabut. Sampai sekolah tangan hitam legam dok betulkan rantai sepanjang jalan. Pernah juga cuba bawak basikal tua. Tau kan basikal tua yang tayar besar tu?? Agak segan juga, jadi keluar seawal pagi. Tapi tu pun seminggu je bertahan, rantai terputus pulak! Last-last naik gak bas, auntie bas senyum je sebab kadang-kadang bas berselisih jugak dengan aku yang tengah dok terkial-kial betulkan rantai basikal kat tepi jalan. Tapi tu dulu...masa aku tingkatan 1-3. Sebelum aku masuk sekolah asrama.
Setiap hari Jumaat, kantin sekolah akan buat makanan “special”. Contohnya, nasik ayam, nasik putih lauk ayam masak merah. Akan diselangselikan setiap minggu. Sepinggan RM1.00 kemudian perlahan-lahan naik seposen demi seposen dan last masa tingkatan 3 dah naik jadi RM1.50. kadang-kadang teringin jugak nak makan nasik ayam, ayam masak merah. Jadi, seminggu lah aku balik sekolah jalan kaki. Ada sorang kawan aku ni, setiap minggu dia pasti akan makan makanan “special” tu. Memang kecur je tengok. Dia tak pernah pelawa pun nak rasa. Apatah lagi nak belanja. Dia selalu nak “claim” dia orang susah. Mak dia bagi duit belanja sehari seringgit juga, tapi dia pergi sekolah ayah dia hantar naik kereta. Setiap hari dia bawak bekal ke sekolah. Aku pun tak faham tang mana yang susah. Biarlah dia.
Aku bukan taknak bawak bekal ke sekolah. Tapi takde apa yang boleh nak aku buat bekalan. Pernah cuba nak bawak nasik lauk ikan (tu je la lauk istimewa rumah aku, almaklumlah, anak nelayan). Tapi bila bangun pagi tengok-tengok nasik dah habis, ikan dah kena makan “kucing”. Almaklumlah, rumah aku ramai dan mereka semua lelaki!
 
Aku tengok balik bubur yang aku makan, dah tinggal suku. Alhamdulillah, dah makin kenyang. Syukur sekarang aku mampu nak jamah apa yang aku makan pagi ni. Tapi tu tak bermakna aku tak perlu berjimat. Bila teringat balik masa kecik-kecik, masa mak susah-susah, adik-adik sekolah, insaf sungguh rasa. Ok, esok back to basic, makan nasik lemak bungkus daun pisang RM1.20 yang jual kat area rumah. Noktah.

Saturday, November 16, 2013

Keberkatan Hidup

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Monday, September 2, 2013

Selamat Hari Raya 2013!!

Apa?? September sudah... Peh, betul-betul "baru" kehidupan aku. Sampai nak menulis pun tak sempat, hahaha...alasan...alasan...
 
Selamat hari raya aidilfitri. Masih belum terlambat sebab hari ni 27 Syawal. Ada 3 hari lagi nak habis raya. Masa puasa aku tak berkesempatan langsung nak menulis. Ditambah dengan internet kat rumah dah takde, jadinya mengharap kat ofis. Kat ofis pulak dah busy. Pulak tu bos depan bijik mata. Memang tak sempat la aku nak menaip!
 
Ok, dah 3 bulan aku di pejabat baru. Makin tak menang tangan cuma sekarang ni dah makin 'bijak' menyusun jadual. So sekarang, nak stop dulu nak pergi mengepam, solat kemudian sambung kerja. Beginilah aku sekarang... Walau apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar. Keluarga, kerjaya dan kehidupan peribadi aku sendiri.
 
InsyaAllah, all is well...
 
Maaf Zahir & Batin!

Monday, June 17, 2013

Kehidupan Baru

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan ini. Hampir sebulan aku ‘senyap’ di sini. Sibuk betul rasanya sejak kebelakangan ni. Sibuk berkursus. Sibuk menguruskan anak-anak. Sibuk menguruskan kehidupan baru…

Kehidupan baru? Ya... Hidup aku dah tak macam dulu. Banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku baik dari segi kerjaya, keluarga dan juga diri sendiri sejak pertengahan bulan Mei hari tu. Mula-mula aku bertukar tempat bertugas. Dari HQ di Jalan Sultan Salahuddin ke HQ di Midvalley… Kemudian, anak-anak mula dijaga pengasuh, pastu husband “out station” untuk tempoh yang agak lama la jugak….tacing….tapi alhamdulillah, berkat doa dia dari kejauhan dapatlah aku menguruskan semuanya di dalam kawalan….jauuuuhhh...tapi dekat di hati…. :D

Macam mana kerja kat tempat baru? Alhamdulillah, best. Dapat bos pun yang baik. Aku lebih terasa macam “jurutera” berbanding yang sebelum-sebelum ni…hahaha…. Pergi kerja and balik kerja lebih kurang je jarak dia daripada yang sebelum ni cuma bila waktu balik, kadar kesesakan dia luar sikit dari kebiasaan….biasa la KL kan…alah bisa tegal biasa…

Anak-anak? Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik. Lembut je orangnya. Husband dia pun jenis lembut, hahaha… Ni pun makcik husband yang rekemenkan. Serabut sangat rasa masa dapat tau kena tukar. Bukan sebab kerja, tapi fikir anak-anak dulu sebab masa tu jugak pengasuh asal (makcik husband) dah mula busy dengan ‘bisnes’ dia jadi dah tak boleh nak jaga sangat anak-anak. Tapi syukur akhirnya dipertemukan dengan pengasuh sekarang, yang lebih dikenali sebagai Ummi oleh anak-anak...

Husband outstation pegi mana? Jauuuuuhhhh…. Semoga dia selamat pergi and selamat kembali semula ke pangkuan keluarga… Malam-malam sebelum tidur berborak dengan Mawar. Bila tanya, abah mana? Abah naik terbang…huhuhu…tunjuk gambar abah, dia cium-cium. Bila abah call, melompat-lompat dia bercakap pastu sempat pesan, nanti abah beli mainan banyak-banyak eeh…. alahai…tacing tau…huhuhu… Pesanan untuk abah, jaga diri, jaga kesihatan, jaga keselamatan, nikmati hidup diperantauan, all the best… May Allah bless us… Jangan lupa pulak kat kami… ;)

Aku? Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Tak lama lagi bulan puasa pulak. Semoga Allah beri kekuatan yang lebih untuk aku bertahan dan menjalani kehidupan baru ini… Syukran lillah. Solawat… Allahumma Solli A’la Muhammad, Wa aali Muhammad.

Friday, May 10, 2013

Good Story - Don't React, Respond

Terjumpa cerita ni dalam FB. Good lesson learnt...

"At a restaurant, a cockroach suddenly flew from somewhere and sat on a lady. She started screaming out of fear. With a panic stricken face and trembling voice, she started jumping, with both her hands desperately trying to get rid of the cockroach.

Her reaction was contagious, as everyone in her group also got panicky. The lady finally managed to push the cockroach away but...it landed on another lady in the group. Now, it was the turn of the other lady in the group to continue the drama.

The waiter rushed forward to their rescue. In the relay of throwing, the cockroach next fell upon the waiter. The waiter stood firm, composed himself and observed the behavior of the cockroach on his shirt. When he was confident enough, he grabbed it with his fingers and threw it out of the restaurant.

Sipping my coffee and watching the amusement, the antenna of my mind picked up a few thoughts and started wondering, was the cockroach responsible for their histrionic behavior? If so, then why was the waiter not disturbed? He handled it near to perfection, without any chaos. It is not the cockroach, but the inability of the ladies to handle the disturbance caused by the cockroach that disturbed the ladies.

I realized that, it is not the shouting of my father or my boss or my wife that disturbs me, but it's my inability to handle the disturbances caused by their shouting that disturbs me. It's not the traffic jams on the road that disturbs me, but my inability to handle the disturbance caused by the traffic jam that disturbs me.

More than the problem, it's my reaction to the problem that creates chaos in my life.

Lessons learnt from the story:

I understood, I should not react in life. I should always respond. The women reacted, whereas the waiter responded. Reactions are always instinctive whereas responses are always well thought of, just and right to save a situation from going out of hands, to avoid cracks in relationship, to avoid taking decisions in anger, anxiety, stress or hurry."